Sedap Kuih Tepung Pelita ni. Lemak manis, memang jadi kegemaran ramai. Bagi anda yang sukakan manisan ini dan mahu cuba membuatnya, resipi perkongsian saudari Shakinah Zainal ni boleh dicuba. Nampak sangat sedap dan membuka selera. Paling penting resipinya sangat mudah. Jomlah cuba.
CARA MEMBUAT TEPUNG PELITA SEDAP & MUDAH DIBUAT
BAHAN LAPISAN BAWAH:
1 cawan tepung beras – beli online disini
1 cawn gula pasir – beli online disini
2 cawan air pandan
3 cawan air putih
1/2 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh pewarna hijau – beli online disini
Sedikit air kapur (tak letak pun tak apa) – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Campurkan semua bahan dan kacau sebati.
2. Bila bancuhan sudah tidak berketul, buka api dan kacau lagi sampai masak.
3. Tepung akan kelihatan pekat berkilat bila sudah masak. Padamkan api dan masukkan ke dalam bekas yang bersesuaian. Biarkan seketika.
BAHAN LAPISAN ATAS:
4 sudu besar (jangan membukit) tepung beras
4 cawan santan (boleh guna 2 cawan santan pekat & 2 cawan air tapi lebih sedap jika guna santan lebih supaya rasa lebih lemak)
2 sudu teh garam
1 sudu teh gula – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan dan kacau sebati sehingga tiada bahan berketul.
2. Buka api dan masak hingga adunan menjadi pekat dan berkilat. Padamkan api.
3. Masukkan ke dalam bekas berisi lapisan hijau tadi. Masukkan dengan secukupnya.
4. Sejukkan Tepung Pelita dan bolehlah dinikmati.
Nota : Air kapur perlu dibancuh cair sahaja. Jika pekat kuih akan berbau kapur.
Kredit resipi & foto: Shakinah Zainal
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official