Cookies Coklat Tiktok ni kini jadi kegemaran ramai. Mana tidaknya, resipi yang menggunakan bahan-bahan yang ringkas malah cara penghasilannya juga cukup mudah. Patutlah ramai yang cuba. Anak-anak remaja pun boleh buat sendiri. Bak kata saudari Hardina Sofia yang berkongsi resipi, cicah dengan susu segar memang sedap! Berbaloi untuk dicuba. Jom lihat cara-caranya.

 

CARA BUAT COOKIES COKLAT TIKTOK SEDAP & MUDAH

Resipi Terlajak Mudah, Cookies Coklat Tiktok Ni Paling Best Cicah Susu

BAHAN-BAHAN:
1/2 cawan gula beli online disini
1/2 cawan gula perang beli online disini
1/2 cawan mentega – dicairkan beli online disini
1 biji telur
Esen vanilla beli online disini
190gm tepung gandum beli online disini
Sedikit baking soda beli online disini
Dark chocolate @ coklat gelap / cip coklat secukupnya beli online disini

Ads

CARA MEMASAK:
1.Dalam satu bekas yang besar, satukan gula, gula perang, mentega cair, telur dan esen vanilla. Kacau hingga sebati.

Resipi Terlajak Mudah, Cookies Coklat Tiktok Ni Paling Best Cicah Susu

Resipi Terlajak Mudah, Cookies Coklat Tiktok Ni Paling Best Cicah Susu

Resipi Terlajak Mudah, Cookies Coklat Tiktok Ni Paling Best Cicah Susu

Resipi Terlajak Mudah, Cookies Coklat Tiktok Ni Paling Best Cicah Susu
2. Masukkan tepung gandum dan baking soda. Pastikan baking soda tidak dimasukkan terlalu banyak. Kacau dengan perlahan hingga sampai semua bahan sebati.

Resipi Terlajak Mudah, Cookies Coklat Tiktok Ni Paling Best Cicah Susu
3. Akhir sekali masukkan cincangan coklat gelap atau cip coklat. Lebih banyak dimasukkan, lebih sedap rasanya. Sebatikan.

Resipi Terlajak Mudah, Cookies Coklat Tiktok Ni Paling Best Cicah Susu
4. Rehatkan adunan di dalam peti sejuk selama 30 minit atau satu jam.
5. Ambil loyang, alas dengan baking paper. Bulatkan adunan mengikut saiz kegemaran. Susun dengan jarak sesuai kerana biskut akan kembang.
6. Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 170C dan bakar doh pada suhu yang sama selama 10-15 minit. Masa mungkin berbeza mengikut ketuhar masing-masing.
7. Sejukkan Cookies Coklat Tiktok sebentar sebelum dinikmati. Paling enak dimakan bersama susu segar.

Resipi Terlajak Mudah, Cookies Coklat Tiktok Ni Paling Best Cicah Susu

Kredit resipi & foto: Hardina Sofia

Ads

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Masak Sampai Pecah Minyak, Rahsia Sambal Tempoyak Bilis Petai Jadi Sedap

Sedap, Cepat Masak. Resepi Sotong Masak Hitam Pedas Disukai Ramai

Buat Sendiri Kuih Bakul Homemade Sempena Tahun Baru Cina

Ads

Resipi Sambal Perap Ikan Bakar Yang Sedap. Mudah Je Caranya

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

https://www.youtube.com/watch?v=EojUfuKxzTc

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI