Resipi Terlajak Padu, Sambal Belado Bilis Terung & Kentang

Share

Bagi penggemar sajian bergoreng dan bercili, sajian Sambal Belado Bilis Terung & Kentang ini tentunya sangat patut untuk anda cuba. Lauknya sangat mudah disediakan namun rasanya begitu sedap. Saudari Siti Nornaim Keng kongsikan resipinya. Jom cuba! Pasti tidak menyesal. Sekali cuba, berkali-kali akan ulang makan. Memang puas hati.

 

CARA MASAK SAMBAL BELADO BILIS TERUNG & KENTANG

BAHAN-BAHAN:
Ikan bilis beli online disini
Ubi Kentang -potong dadu beli online disini
Terung – potong memanjang
Tempe
Bawang holland – hiris besar beli online disini


Garam
Gula

BAHAN KISAR KASAR:
Bawang putih beli online disini
Bawang merah beli online disini
Cili api merah
Cili besar
Belacan beli online disini
(jumlahnya bergantung pada jumlah bilis, kentang dan terung yang digunakan)

 

Dapatkan CUOCO STAINLESS STEEL HONEYCOMB 38CM IH NON-STICK WOK dengan HARGA DISKAUN DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!

 

CARA MEMASAK:

1. Goreng ikan bilis, ubi kentang, terung dan tempe tanpa menggunakan kunyit. Goreng secara berasingan. Angkat dan ketepikan.


2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga garing.


3. Perasakan dengan garam, gula dengan secukupnya dan hirisan bawang. Gaul sebati.


4. Bila bahan tumisan nampak sempurna, masukkan kesemua bahan-bahan yang digoreng di awal tadi.


5. Gaul sebati hingga bergaul rata dan sebati dengan sambalnya.
6. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Enak dimakan bersama nasi panas.

Kredit resipi & foto: Siti Nornaim Keng

 

[Sertai

Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Kelas Online Rasa kini kembali & ianya PERCUMA!

Nak belajar teknik buat biskut yang enak? Jom sertai Kelas Online RASA bersama Chef Azreen, founder Dapur Kakhajjah.

Kelas Biskut Kudap-Kudap

Tarikh: 13 Ogos 2022 (Sabtu)
Masa: 10.30 pagi
Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)

APA YANG AKAN ANDA DAPAT?
* Ketahui teknik hasilkan biskut yang enak
* Berpeluang mulakan bisnes biskut sendiri
* Demo step by step oleh pakar

Berminat nak join? FREE je tau. Daftar sekarang DISINI  

 

Published by
Nur