
Sayur Terung enak dimasak berbagai cara. Salah satunya ialah Terung Goreng Berlada macam ni. Sangat mudah dan ringkas sahaja rencahnya namun keenakannya mampu membuatkan kita menambah nasi di pinggan. Bagi anda yang menggemari menu kampung begini, bolehlah cuba resipi perkongsian saudari Nurul Hawa Nadila Sari ini. Pasti puas hati.
CARA MASAK TERUNG GORENG BERLADA

BAHAN-BAHAN:
Terung bulat (warna ungu/hijau pun boleh)
1/2 genggam ikan bilis – dicuci & nak goreng dulu pun boleh – beli online disini
4 biji cili akar
2 tangkai cili merah
1 biji bawang merah besar – beli online disini
2 ulas bawang putih – beli online disini
1 keping asam gelugur – beli online disini
Perasa secukupnya
2 sudu makan minyak masak – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan terung dan potong dua. Rendam dalam air untuk hilangkan getahnya.

2. Cili akar, cili merah, bawang merah dan bawang putih ditumbuk halus. Boleh juga dikisar separuh halus.
3. Panaskan minyak masak dan tumis bahan yang ditumbuk halus tadi hingga wangi.
4. Seterusnya masukkan ikan bilis dan asam gelugur @ asam keping. Kacau rata
5. Masukkan terung yang telah ditoskan airnya.

6. Bila bila terung kelihatan separuh masak, perasakan dengan garam serta serbuk perasa dengan secukupnya.
7. Gaul rata dan masak lagi hingga terung masak sepenuhnya.
8. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Nurul Hawa Nadila Sari
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Gaul-Gaul Dah Siap. Resipi Kerabu Ikan Bilis Paling Mudah & Sedap
Resipi Ayam Perattal. Cara Masak Ringkas Je Tapi Sangat Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
https://www.youtube.com/watch?v=z-Xw5O3DPUA
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
5 Kek Cawan ‘Homemade’, Panas Dari Oven

Kek cawan yang comel memang menarik dengan hiasan butter cream dan warna menarik. Mudah dimakan, keluar dari oven dah boleh makan. Tak payah susah-susah nak kena potong. Ngap aje…
Ni min kongsikan idea hebat Kek Cawan dari Mohamad Norazlan bin Husin dan Megat Isahmudin bin Suliman, Kolej INSTECH Koperasi Belia Islam. Jom cuba…
1. VANILLA CUPCAKE

BAHAN-BAHAN:
110gm mentega
110gm gula kastor
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh soda bikarbornat
110gm tepung kek
1 sudu makan susu segar
Acuan kek cawan secukupnya
Sedikit jem strawberi untuk hiasan
Bahan Buttercream (topping) :
450gm mentega
360gm gula ising
1 sudu makan esen vanila
CARA MEMASAK:
1. Pukul gula dan mentega hingga kembang. Kemudian masukkan telur dan pukul lagi hingga kembang dan sebati.
2. Masukkan esen vanila dan gaul sebati.
3. Satukan tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat dan masukkan ke dalam adunan. Kaup balik hingga sebati.
4. Masukkan susu segar dan gaul sekata.
5. Tuang adunan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh.
6. Bakar dengan suhu 180⁰ C selama 10-15 minit hingga perang.
7. Sejukkan dulu sebelum letakkan krim atau topping.
8. Satukan kesemuanya dan pukul hingga kembang.
9. Kurangkan kandungan gula jika terlalu manis. Tambahkan perisa jika mahu. Kurangkan adunan jika perlukan sedikit sahaja krim mentega.
10. Untuk menghias; sapukan jem strawberi di atas kek. Kemudian paipkan krim mentega di tepinya membentuk bunga.
11. Sedia dihidangkan.
Saiz hidangan : 12-15 biji
Jenis hidangan : Kek cawan
Keistimewaan : Aroma vanila yang wangi
2. CRÈME BRULEE CUPCAKE

BAHAN KEK CAWAN:
180gm tepung red rose/kek
1 sudu teh serbuk penaik
¼ sudu teh garam
70gm mentega
120gm gula kastor
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
50ml susu segar
Acuan kek cawan secukupnya
Buah strawberi secukupnya untuk hiasan
BAHAN UNTUK KRIM PASTRI:
200gm heavy cream
100gm susu segar
100gm gula kastor
1/8 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanila
4 biji kuning telur
3 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan mentega
Sedikit gula | hiasan
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung, serbuk penaik dan garam. Ketepikan.
2. Pukul gula dan mentega hingga kembang. Masukkan terlu dan pukul lagi hingga kembang.
3. Masukkan esen vanila dan susu. Gaul sebati.
4. Masukkan tepung ke dalam adunan. Kaup balik hingga sebati.
5. Tuang adunan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh.
6. Bakar dengan suhu 180⁰ C selama 15-20 minit hingga perang.
7. Sejukkan dan ketepikan.
8. Untuk membuat krim pastri; Satukan semua bahan. Gaul bahan dan masak di atas api sederhana hingga likat. Sejukkan sebelum digunakan.
9. Untuk menghias kek, picit krim pastri dan taburkan gula di atas krim pastri. Dengan menggunakan kitchen torch, panaskan bahagian atas krim pastri hingga gula perang.
10. Hiaskan dengan buah strawberi dan hidangkan.
Info chef: Hiasan atas terpulang kepada cita rasa masing-masing.
Saiz hidangan : 9-10 biji
Keistimewaan : Rasa manis dan lemak
Jenis masakan : Pencuci mulut
3. LEMON BLUEBERRY CUPCAKE

BAHAN-BAHAN:
140gm tepung red rose/kek
1 sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh soda bikarbonat
¼ sudu teh garam
2 biji telur
200gm gula kastor
120gm mentega
1 ½ sudu teh esen vanilla
2 sudu makan jus lemon
70gm blueberi
Wafel coklat untuk hiasan
Buah blueberi secukupnya untuk hiasan
Acuan kek cawan secukupnya
RESIPI KRIM MENTEGA (TOPPING):
450gm mentega
360gm gula ising
1 sudu makan esen vanila
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung, serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga adunan kembang.
4. Masukkan esen vanila dan jus lemon. Gaul sebati.
5. Masukkan campuran tepung tadi ke dalam adunan. Kaup balik hingga sebati.
6. Masukkan blueberi dan gaul sekata.
7. Tuang adunan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh.
8. Bakar dengan suhu 180⁰ C selama 15-20 minit hingga perang.
9. Sejukkan dan ketepikan.
10. Untuk membuat topping krim mentega; Satukan kesemuanya dan pukul hingga kembang. Kurangkan kandungan gula jika terlalu manis.
11. Paipkan ke atas kek cawan dan hias dengan sebiji buah blueberi dan wafel coklat. Sedia dihidangkan.
Info chef: Kurangkan adunan membuat krim mentega jika perlukan sedikit sahaja krim untuk hiasan.
Saiz hidangan : 9-10 biji
Keistimewaan : Ada rasa masam manis lemon dan blueberi
Jenis masakan : Pencuci mulut
4. CHOCOLATE CHIP CUPCAKE

BAHAN-BAHAN:
200gm tepung red rose/ kek
1 sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh soda bikarbonat
50gm mentega
80gm gula kastor
100gm coklat cip semi sweet
50gm coklat cip putih
2 biji telur
100ml susu segar
1 sudu teh esen vanilla
Acuan kek cawan secukupnya
Cip coklat putih secukupnya untuk hiasan
RESIPI COKLAT GANACHE (TOPPING):
400gm coklat masakan
200gm heavy cream
CARA MEMASAK:
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur pukul kembang.
2. Satukan tepung, soda bikarbornat, serbuk penaik dan masukkan ke dalam adunan. Tuangkan susu dan gaul sebati.
3. Masukkan coklat cip. Gaul sekata.
4. Tuang adunan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh.
5. Bakar dengan suhu 180⁰ c selama 15-20 minit hingga perang.
6. Sejukkan dan ketepikan.
7. Untuk membuat coklat ganache; Parut atau cincang halus coklat.
8. Panaskan heavy cream dan tuangkan ke dalam coklat yang dicincang halus tadi. Gaul sebati hingga semua coklat larut.
9. Biarkan betul-betul sejuk sebelum digunakan.
10. Untuk menghias kek cawan, paipkan coklat ganache di atas kek dan hiaskan dengan cip coklat putih. Sedia dihidangkan.
Info chef: Untuk hiasan, boleh gunakan manik warna-warni untuk lebih menarik.
Saiz hidangan : 12-15 biji
Keistimewaan : Rasa coklat yang sedap
Jenis masakan : Pencuci mulut
5. PIE APPLE CUPCAKE

BAHAN-BAHAN:
120gm tepung red rose/kek
1 sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh soda bikarbonat
¼ sudu teh garam
120gm mentega
220gm gula kastor
2 biji telur
80ml susu segar
Acuan kek cawan secukupnya
Sedikit parutan coklat untuk hiasan | pilihan
INTI EPAL:
2 biji epal | potong dadu
50gm gula perang
50gm air
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
RESIPI KRIM MENTEGA (TOPPING):
450gm mentega
360gm gula ising
1 sudu makan esen vanila
CARA MEMASAK:
1. Pukul gula dan mentega hingga kembang.
2. Masukkan telur dan pukul lagi hingga kembang.
3. Satukan tepung dengan garam, serbuk penaik, soda bikarbornat masukkan ke dalam adunan.
4. Kaup balikkan hingga sebati dan masukkan susu. Gaul sekata.
5. Tuang adunan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh.
6. Bakar dengan suhu 180⁰ C selama 15-20 minit hingga perang.
7. Sejukkan dan ketepikan.
1. Untuk membuat inti epal, panaskan gula perang dan air hingga mendidih. Masukkan epal dan kacau.
2. Masukkan serbuk kulit kayu manis dan biarkan hingga sedikit kering.
8. Angkat dan sejukkan sebelum digunakan.
9. Untuk membuat topping krim mentega; Satukan kesemuanya dan pukul hingga kembang. Kurangkan kandungan gula jika terlalu manis.
10. Untuk menghias kek; Lubangkan bahagian tengah kek. Isikan dengan inti epal. Paipkan krim mentega di atasnya. Tabur sedikit parutan coklat dan hidangkan.
Info chef: Boleh letak sedikit hirisan epal di atas sebagai hiasan.
Saiz hidangan 10-12 biji
Keistimewaan : Ada elemen kejutan kerana ada inti epal di dalam kek
Resipi Sup Bebola Ikan Bersama Mi Telur Paling Ringkas & Mudah!

Bila malam, ramai yang kurang gemar untuk menikmati sajian yang berat. Oleh itu, anda boleh mencuba sajian Sup Bebola Ikan Bersama Mi telur ni. Hidangan berkuah panas ni memang layan. Jom cuba!
SUP BEBOLA IKAN BERSAMA MI TELUR
BAHAN-BAHAN:
- 10 biji bebola ikan
- 1 mangkuk mi telur | dicelur dan toskan
- 1/2 biji bawang besar | dicincang halus
- 1 ulas bawang putih | dicincang halus
- 2cm halia muda | dihiris memanjang
- 1 pokok daun bawang |dihiris memanjang 3cm
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- 1 sudu teh perasa ayam
- Garam secukup rasa
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan air dalam periuk, biarkan hingga kuah mendidih.
- Masukkan pula bawang merah, bawang putih dan halia.
- Seminit kemudian masukkan bebola ikan
- Masukkan serbuk perasa ayam, serbuk lada sulah dan garam secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan daun bawang, kemudian tuangkan dalam mangkuk berisi mi telur.
INFO CHEF: Untuk rasa lebih enak, sup ini boleh dinikmati dengan sambal cili udang kering.
Lima Rendang Udang Galah Yang Super Sedap. Makan Dengan Pulut Kuning Pun Layan.

Udang galah adalah salah satu spesis udang yang begitu popular dalam masyarakat kita. Kepalanya besar dan dagingnya agak kenyal. Ia adalah udang air tawar dan memang sangat sedap kalau dibuat rendang. Namun lain orang, lain cara membuatnya. Kami kongsikan 4 resipi rendang yang boleh dicuba.

- RENDANG CILI PADI UDANG GALAH
BAHAN-BAHAN:
- 8 ekor udang galah saiz besar | perap seketika dengan perahan lemon dan sedikit garam. cuci bersih dan toskan
- 4 sudu besar kerisek
- 2 cawan pati santan
- 1 keping asam gelugur
- 1/2 cawan minyak
- perencah Maggi Cukup Rasa / garam / gula
- 1 helai daun kunyit – hiris halusBAHAN KISAR
- 3 ulas bawang putih
- 7 biji bawang merah
- 2 labu bawang besar
- 30 biji cili padi hijau
- 2 batang lengkuas – hiris-hiris
- 2 cm lengkuas
- 3 cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api sederhana hingga pecah minyak.
- Masukkan pati santan, asam gelugur dan kerisek.
- Setelah mendidih, masukkan udang galah dan gaul rata.
- Apabila kuah mulai memekat, tambahkan hirisan daun kunyit,
- Jika suka boleh perasakan dengan perencah Maggi Cukup Rasa atau perasa pilihan lain.
- Padamkan api dapur.
Kredit Resipi & Gambar: Aimi’s Little Kitchen
2. RENDANG UDANG GALAH CILI GILING
- 1 kg udang galah |sederhana besar
- 50 gram serbuk kunyit
- 100 gram bawang merah
- 30 gram bawang putih|dikisar
- 50 gram buah keras | dikisar
- 2 batang serai |dikisar
- 30 gram halia |dikisar
- 20 gram lengkuas |dikisar
- 20 gram kunyit hidup |dikisar
- 10 gram cili giling
- 2 biji santan pekat
- 50 ml air asam jawa
- 3 helai daun kunyit |dihiris halus
- Minyak secukupnya
- Bersihkan udang dan gaul bersama garam dan serbuk kunyit. Salai di atas bara api sehingga udang masak. Ketepikan.
- Kemudian, tumis bahan-bahan kisar bersama dengancili giling. Biarkan sehingga terbit minyak dan masukkan santan pekat dan air asam jawa.
- Reneh sehingga kuah menjadi pekat. Masukkan udang yang telah disalai tadi bersama garam secukup rasa. Kacau sehingga rata.
- Akhir sekali, taburkan hirisan daun kunyit dan hidangkan.
Kredit Resipi: Puteri Zulaika

BAHAN-BAHAN:
- 700grm udang galah (nak guna udang lain pun boleh) |dibersihkan
- 2 helai daun kunyit (jika daun besar guna 1 helai pun ok) | dihiris halus
- 4 helai daun limau purut
- 2 keping asam keping / asam gelugor
- 4 sudu besar kerisik
- 1 biji kelapa akan dapat lebih kurang 1 setengah cawan santan
- 4 sudu besar cili kisar / cili boh |jika ingin pedas boleh tambah lagi
- Garam & gula secukupnyaBAHAN KISAR:
- 2 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 5 ulas bawang merah
- 4 batang serai
- 1 inci kunyit hidup (cik kuali guna serbuk kunyit)
- 3 inci halia
- 1 inci lengkuas
CARA MEMASAK:
- Udang dibersihkan. Cik kuali guntingkan sedikit muncung depannya & dicuci bersih. Ketepikan seketika udang.
- Kisarkan semua bahan-bahan kisar hingga halus.
- Panaskan minyak dalam kuali . Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar & cili boh hingga naik bau / pecah minyak.
- Tambahkan santan, asam keping, daun limau purut, kerisik, garam & gula secukup rasa. Masakkan kesemuanya dengan api sederhana.
- Bila sudah mendidih masukkan udang. Kacau hingga sebati semuanya. Akhir sekali taburkan hirisan daun kunyit.
- Rasa & masak hingga kuah agak pekat. Cik kuali suka berkuah sedikit tidak terlalu pekat sangat. Terpulang pada kehendak masing-masing.
- Jika ok, padamkan api & hidangkan
Kredit Resipi: hanguskualisaya.blogspot

4. RENDANG UDANG GALAH PERAK
BAHAN-BAHAN:
- 600 gm udang galah
- 3 batang serai
- 2 helai daun kunyit
- 20 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 10 tangkai cili kering
- 1 keping asam gelugur
- 3 cawan santan pekat dari 2 biji kelapa
- setengah cawan kerisik
- garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Bersihkan udang, buang tahi, kepala dan potong janggut. Kisar serai, cili, bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat.
- Campurkan bahan dikisar bersama udang. Lepas itu masukkan 3 cawan santan, asam gelugur dan garam.
- Lepas menggelegak, masukkan kerisik dan daun kunyit yang dihiris dan biar hingga naik minyak.
- Perlahankan api, biarkan kering sedikit dan siap untuk dihidangkan.

5. RENDANG UDANG GALAH MUDAH.
BAHAN-BAHAN:
- 1kg udang galah segar
- 4 btg serai
- 5 helai daun kunyit | dihiris
- 10 biji bawang merah |dihiris
- 1 inci halia| dihiris
- 1 cawan kelapa parut
- 3 sudu makan cili kisar (Mengikut kepedasan masing2).
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1/2 kg santan pekat.
CARA MEMASAK:
- Masukkan semua bahan ke dalam periuk atau kuali dan reneh sehingga kuah pekat dan sedikit kering. Gunakan api perlahan.
- Masukkan garam secukup rasa serta 1 keping asam keping.
- Kacau rata, sesuaikan rasa dan angkat. Siap sedia utk dihidang
Kredit Resipi &Gambar: Zainuddin Ramli
Sumber gambar: Google


