Terung Goreng Bertunani nampak sangat sedap dan menyelerakan. Terung pula saiz kecil begitu, sangat comel je. Menerusi perkongsian saudari Cik Sue Zakaria, ada satu resipi menggunakan terung yang anda boleh cuba. Boleh dinikmati bersama nasi malah kalau makan begitu sahaja sebagai snek pun sedap. Jom cuba. Anda pasti suakakan rasanya.
Kadang-kadang bila beli ayam, bahagian dada jarang dimasak kerana terlalu berisi. Oleh itu bagi nak elak dari membazir, ada menu sedap dan mudah yang boleh dihasilkan guna bahan ni. Sosej ayam homemade! Ya…kalau dah diolah menjadi sosej, pasti ramai yang suka. Anak-anak pun boleh makan tanpa risau kerana ia tidak mengandungi sebarang perasa tambahan dan ada sayurbagi meningkatkan khasiatnya. Nampak menarik kan? Jom cuba resipi perkongsian saudari Naa Rohzurina ni. Memang terbaik!
RESIPI SOSEJ AYAM + SAYUR
BAHAN-BAHAN:
1 biji ubi kentang – dipotong
4-5 keping dada ayam – hiris kecil
2 biji telur
Sayuran kegemaran secukupnya ( empunya resipi letak daun sup dan lobak merah)
1 biji bawang besar – dihiris
4-5 ulas bawang putih – dihiris
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
4 sudu makan tepung ubi ( bancuh dengan 1/2 gelas air)
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dalam mesin pengisar dan kisar hingga halus.
2. Masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam plastik aiskrim ( boleh juga guna plastic tahan panas @ apa-apa jenis plastik yang boleh direbus). Ikat hujung kiri dan kanannya. Rebus dalam 10-15 minit.
3. Bila masak, keluarkan dari plastik dan boleh digoreng.
4. Sedia untuk dinikmati. Lebihan sosej boleh disimpan dalam bekas bersesuaian dan disejukbekukan.
Sambal belacan kalau masak sikit senang aje anggarannya. Tapi kalau untuk makan ramai sukar jugak bagi orang yang tak pandai menganggar ni.
Ni resipi yang dikongsikan Suriani Mohd yang mendapat resipi ini dari arwah kakak iparnya (arwah Kak Ton), bagi yang tak tahan pedas boleh kurangkan cili api dan lebihkan cili besar merah. Jom cuba resipinya, masak lebih boleh simpan dalam peti sejuk dan makan berulang.
SAMBAL BELACAN UNTUK BUAT STOK
.
BAHAN-BAHAN:
20 biji cili merah besar 20 biji cili api merah 20 biji cili api hijau
.
3 biji tomato 1/2 belacan (kalau guna belacan tg dawai) *bakar dulu Garam sikit je tau Ajinomoto sikit 3 sudu makan gula (gula secukup rasa) 10 biji air perahan limau kasturi Pati air asam jawa (secukupnya)
CARA MEMBUAT :
1. Blender semua bahan-bahan guna pati air asam jawa + perahan air limau sahaja (Tak guna air kosong). Tak digoreng ye.
2. Suriani suka buat banyak-banyak simpan dalam peti ais. InsyaAllah sebulan pun tak rosak. Lagi bertambah sedap.
Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat Shapitah binti Ishak @ Awang .
Kredit: Suriani Mohd (MAHN)
ANDA SEDANG MENCARI PERKAKAS DAN PERALATAN DAPUR YANG BARU, JOM LAYARI LINK DI SINI.
Kali ini RASA ingin kongsikan resipi ayam buttermilk. Lauk ini rasanya berlemak. Justeru, eloklah kalau dibuat agak pedas sedikit bagi mengimbangi rasa lemak tersebut.
Rasa lemak itu terbit daripada gabungan sisi cair, susu pekat, mentega dan juga keju yang digunakan. Disebabkan itulah, rasa pedas boleh mengimbangi rasa yang berlemak.
Jom kita lihat resipinya.
AYAM BUTTERMILK
BAHAN-BAHAN
Dada ayam (dipotong dadu)
1 biji telur ayam
2 senduk tepung goreng ayam
2 senduk tepung jagung
2 sudu besar mentega (boleh guna marjerin)
2 tangkai daun kari
2 ulas bawang putih (dicencang)
1/2 tin susu cair
2 sudu kecil susu pekat manis
Secubit garam
2 keping keju
1 tangkai cili merah besar (potong serong)
5 tangkai cili padi hijau (potong serong)
CARA MEMBUAT
1. Dalam bekas, letakkan dada ayam. Pecahkan telur ayam.
2. Masukkan tepung goreng ayam. Salutkan dada ayam rata-rata. Biar seketika.
3. Panaskan minyak masak. Sebelum masukkan ayam dalam minyak panas, salutkan dahulu dengan tepung jagung. Kemudian baru masukkan ayam dalam minyak panas.
4. Angkat ayam yang telah digoreng. Ketepikan.
5. Ambil kuali lain. Masukkan mentega, daun kari dan bawang putih. Tumis seketika.
6. Kemudian, masukkan susu cair, susu pekat, garam, kepingan keju, cili merah dan cili padi hijau.
7. Kuatkan api. Apabila kuah agak pekat boleh tutup api. Masukkan ayam dan gaul rata. Siap!