Resipi Terung Masak Berlada & Taucu Paling Sedap, Senang Berbaloi Untuk DiCuba

Share

Ada macam macam cara nak masak terung ni. Goreng-goreng taruh rencah memang terbaiklah. Ini dua resipi terung paling mudah untuk dibuat. Paling penting sangat sedap dimakan dengan nasi.

Masak Terung Berlada dan dan Terung masak tauchu, Berbaloi untuk dicuba…

TERUNG MASAK BERLADA



.

BAHAN-BAHANNYA :

  • 3 batang terung panjang sederhana besar (terung bulatpun boleh)
  • Cili merah – 6-8 biji (boleh tambah 3-4 cili padi jika mahu pedas)
  • Bawang merah – 6 biji
  • Bawang putih – 4 biji
  • Bawang besar – Setengah/ 1 biji dihiris kasar (kalau mahu)
  • Sedikit ikan bilis atau boleh diganti dengan setengah kiub bilis (kalau serbuk dalam 1 sudu kecil)
  • Sedikit gula dan garam

#Bahan-bahan ini boleh disesuaikan banyaknya mengikut banyak mana terung yang dimasak. Practice and adjust will make perfect, insyaallah.

CARA MEMASAK :

1.Terung tersebut bolehlah dihiris menyerong atau menegak, kecil atau besar mengikut kreativiti masing-masing. Setelah dibasuh, terung digoreng dengan sedikit minyak atau boleh juga diibakar menggunakan kuali yang tidak melekat. Setelah masak, asingkan ketepi.

2. Dengan menggunakan minyak yang sama, kita bolehlah menumis bahan-bahan lain. Kalau minyak banyak, keluarkan dahulu sebahagian. Bawang merah, bawang putih dan cili merah ditumbuk atau dimesin kasar (jangan mesin terlalu hancur seperti mesin cili kering).

3. Tumiskan kesemua bawang tersebut, masukkan juga kiub ikan bilis/ ikan bilis dan bawang besar. Api jangan terlalu besar dan dikacau-kacau sehingga masak dan nampak sedikit garing. Bolehlah tambahkan garam dan gula secukup rasa. Semua bahan dalam kuali dikacau agar sebati dan akhirnya dimasukkan terung-terung tadi.

4. Gaul balikkan terung dan bahan tumisan dan masakan anda sudahpun selesai. Bolehlah dihidangkan buat keluarga tersayang.

2. TERUNG MASAK TAUCU
.

BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji terung potong serong
  • 3 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • sedikit ikan bilis*
  • sedikit cili api*
  • 3 sudu taucu.. cuci supaya hilang rasa masin..
  • garam
  • gula

CARA MEMASAK :

  • tumbuk bahan2 bertanda (*).. tumiskan hingga kekuningan..
  • masukkan taucu.. kemudian masukkan terung..
  • tumiskan sekejap.. tambah sedikit air.. garam dani dan gula..
  • masak hingga terung lembut..
  • sedia untuk dihidang..

INFO :
*Semasa memotong lihat juga kalau ada yang busuk di dalamnya dan perlu dibersihkan. Biasanya terung panjang jarang yang rosak, terung bulat yang mudah rosak di dalamnya

*Kami suka terung yang panjang kerana yang bulat sedikit keras jika tidak dimasak lama.

ANDA MUNGKIN JUGA MENYUKAI RESIPI INI :

https://www.rasa.my/asam-pedas-batang-keladi-sedap-meraungresipi-ni-tak-gatal-tekak-2/

JOM CUBA RESIPI INI :

RESIPI DALAM VIDEO NI PUN BERBALOI DICUBA :

Published by
Faridah Talib