Salah satu hidangan Thailand yang sedap adalah Pad Gra Prow atau Thai Basil Beef. Daging yang dimasak macam ni, dimakan pula dengan nasi panas, memang cukup menyelerakan.

Ads

Thailand memang terkenal sebagai syurga makan yang lazat. Memang patutlah kalau negara Thai ini dikatakan syurga makanan. Korang yang belum berkesempatan ke Thailand, boleh cuba masak sendiri.

PAD GRA PROW (THAI BASIL BEEF)

Resipi Thai Basil Beef Yang Sedap dan Senang Dimasak

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 150gm daging | hiris nipis & gaul dengan 1 sudu teh minyak dan 2 sudu teh tepung jagung
  • 4 ulas bawang putih | cincang halus
  • Sedikit hirisan cili benggala
  • 1/2 biji bawang besar | hiris
  • 1 sudu teh kicap cair
  • 1 sudu teh kicap pekat
  • 1 sudu teh sos tiram
  • 1 sudu teh gula
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 1 cawan daun selasih Thai
  • Sedikit daun ketumbar | untuk hiasan
  • Sedikit minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan daging hingga berubah warna. Keluarkan dan ketepikan.
2. Masukkan sedikit minyak lagi, kemudian tumiskan bawang putih dengan cili benggala.
3. Kacau seketika, masukkan pula bawang besar.
4, Tumis hingga wangi dan bawang layu.
5. Masukkan semula daging, diikuti kicap, kicap pekat, sos tiram, sos ikan dan gula.
6. Apabila bahan sos sebati dengan daging, masukkan daun selasih.
7. Gaul lagi hingga daun selasih layu.
8. Tutup api dan daging sedia dihidangkan dengan nasi putih.

Ads

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI