
Isi Kandungan
ToggleThai Omelette yang sedang viral dan menjadi bualan ramai. Nampak enak dan seakan Telur Dadar biasa cuma sedikit berbeza dari segi penggunaan bahan-bahannya.
Jika Telur Dadar kmpung, biasanya kita hanya menggunakan bawang dan cili. Tapi untuk Thi Omelette ini, ada penambahan bahan-bahan dan juga perasa yang biasa didapati di Thailand. Makan pula panas-panas, lagilah enak!
Untuk sos Prik Nam Pla, jangan letak sos ikan dan cili sahaja. Harus ada penambahan bahan-bahan lain barulah lebih enak dan berperisa. Limau, wajib guna limau nipis asli dan buka jus limau dari botol. Lain rasanya. Begitu juga dengan gula, sebaiknya guna gula kabung thai @ gula somtam. Barulah padu!
Sos Golden Mountain ni adalah salah satu sos yang digunakan dalam memasak masakan Thailand. Ia biasa digunakan dalam masakan seperti Telur Dadar, Nasi Goreng, Paprik dan sebagainya. Ia juga dikenali dengan nama Kicap Bukit.
Jom cuba masak menu perkongsian saudari Rozmaliza Omar ni. Anda pun pasti suka.
CARA MASAK THAI OMELETTE VIRAL YANG SANGAT SEDAP
BAHAN-BAHAN:
3 biji telur gred A
7 ekor udang – cuci bersih
Segenggam daun thai basil (*)
Daun bawang (*)
Cili padi Hijau (*)
Cili padi merah (*)
Bawang merah rose – hiris (bawang lain tak mau) – beli online disini
Sos ikan – beli online disini
Garam (empunya resipi tak letak)
Serbuk perasa 2 jenis (pastikan guna yang ada jenama)
Gula perang – beli online disini
Tauge
CARA MEMASAK:
1.Hiris semua bahan bertanda (*) dan masukkan ke dalam telur.

2.Campur kesemua bahan lain dan pukul hingga rata dan sebati.

3.Panaskan minyak dan goreng hingga masak.

4.Untuk masak menu ni wajib menggunakan minyak baru. Setiap kali nak goreng telur dadar (jika masak lebih dari sebiji) wajib minyak baru.
5.Dah siap, hidangkan dengan taugeh.
RESIPI PRIK NAM PLA SEDAP

BAHAN-BAHAN:
5 ulas bawang putih
Cili padi secukupnya
Sos ikan
Sos golden mountain – beli online disini
Limau nipis
1 sudu gula somtam – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Cincang bawang putih dan cili mengikut kepedasan masing-masing. Jika suka pedas, lebihkan.
2. Tuang sos ikan. Sukatannya agak-agak tenggelamkan bahan cincang.
3. Kemudian tuang sedikit sos golden mountain.
4. Perah asam limau lipis.
5. Akhir sekali masukkan gula thai@ gula somtam. Kacau hingga sebati.
6.Siap! Sedia dihidang bersama Thai Omelette.
Kredit resipi & foto: Rozmaliza Omar
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Ikan Rebus Goreng Stail Pantai Timur Yang Sedap Sampai Ke Tulang
Kuah Sedap & Pekat Sempurna, Resipi Asam Laksa Ni Memang Kena Cuba
Resipi Aiskrim Jeruk Mangga Macam Dulu-Dulu. Begini Cara Buatnya
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
https://www.dailymotion.com/video/x8nlzxq
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dua Cara Masak Telur Puyuh Yang Simple Tapi Sedap

Isi Kandungan
Toggle
Telur puyuh ni saiznya kecil je. Walaupun kecil, tapi sedap sungguh rasanya. Biasanya kita makan telur puyuh rebus je kan? Apa kata kali ni kita ubah sikit. Jom, RASA berikan dua idea untuk korang masak dan nikmati telur puyuh. Tak susah pun. Senang je, tapi sedap tau.
TELUR PUYUH MASAM MANIS
Bahan-bahan
Minyak masak untuk menumis secukupnya
2 sudu makan pes cili merah
1 biji bawang besar (dicencang halus)
2 ulas bawang putih (dicencang halus)
2 cm halia muda (dicencang halus)
20 biji telur puyuh (direbus dan buang kulit)
2 keping nanas dalam tin (didadu kecil)
Sedikit cili benggala (didadu kecil)
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
Sedikit air
Garam dan gula secukupnya
Cara memasak
1. Panaskan minyak masak. Tumis pes cili merah. Kemudian tumis bawang besar, bawang putih dan halia.
2. Masukkan telur puyuh, nanas dan lada benggala. Kacau sebati.
3. Masukkan pula sos cili, sos tomato dan sedikit air.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
TELUR PUYUH KRIM MENTEGA
Bahan-bahan
20 biji telur puyuh (rebus dan goreng)
5 biji cili padi (dihiris)
5 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 tin susu cair
3 tangkai daun kari
2 sudu makan mentega
1 sudu minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak
1. Panaskan minyak bersama mentega di dalam kuali.
2. Masukkan pula bahan hiris dan daun kari. Kacau sebentar.
3. Apabila sudah naik baru, masukkan susu cair dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
4. Akhir sekali masukkan telur puyuh. Gaul seketika.
5. Angkat dan sedia dinikmati.
Selamat mencuba!
Koleksi Resipi Untuk Si Bujang Memang Sedap & Menyelerakan. Kena Rajin Jer!

Isi Kandungan
ToggleBagi orang bujang yang tinggal menyewa, hidangan yang dimasak seharian selalunya yang ringkas dan mudah disediakan. Lagipun, bajet perlu diambil kira. Namun jangan salah anggap. Hidangan yang ringkas, mudah dan bajet tetap enak dimakan jika tahu mengolahnya. RASA kongsikan resipi yang boleh dimasak oleh bujang dan juga yang sudah berkeluarga.
NASI GORENG TAHU DENGAN KACANG BUNCIS
BAHAN-BAHAN:
- 3 mangkuk nasi
- 100gm kacang buncis
- 2 ketul tauhu | goreng sedikit
- 4 ulas bawang merah | hiris nipis
- 3 sudu makan udang kering | tumbuk kasar
- 3 biji telur
- 1 batang lobak merah | hiris
- 1 sudu teh serbuk lada putih
- Garam secukupnya
- Minyak masak secukupnya
UNTUK HIASAN:
- Sedikit daun bawang
- Sedikit bawang goreng
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bawang merah yang telah dihiris dan tauhu yang telah dipotong dadu kecil. Masak hingga bawang naik bau, kemudian masuk udang kering, lobak merah dan kacang buncis.
- Setelah itu masukkan telur, kacau jangan terlalu masak telur itu. Kacau sekata.
- Masukkan nasi dan kacau sebati. Perasakan dengan garam secukup rasa. Sedia dinikmati.
Info chef: Enak dimakan bersama hirisan cili padi dan kicap.
TAUHU SAMBAL TEMPE
BAHAN-BAHAN:
- 2 paket tempe | potong
- 3 ketul tauhu | potong
- 21/2 sudu makan cili giling
- 4 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 4 sudu makan air asam jawa
- ½ sudu makan gula
- ½ inci belacan
- 1 biji bunga lawang
- Garam secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan goreng tempe serta tauhu yang telah dihiris. setelah itu tapis.
- Tinggalkan sedikit minyak di dalam gorengan tadi, tumis bunga lawang, bawang merah serta bawang putih. Bila wangi, masukkan cili giling dan belacan, kacau hingga naik baunya.
- Masukkan pula air asam jawa, gula dan garam secukup rasa, kacau sehingga sedikit pekat.
- Masukkan tempe dan tauhu tadi, gaul sekata dan tutup api. Sedia dinikmati.
Info chef: Boleh lumur sedikit garam dan kunyit pada tempe dan tauhu sebelum digoreng untuk lebih sedap.
SOSEJ SAMBAL MERAH
BAHAN-BAHAN:
- 9 batang sosej ayam
- 2 sudu makan mentega
- 5 sudu makan sos cili
- 4 sudu makan sos tomato
- ½ sudu makan sos tiram
- 1 biji bawang besar | hiris tebal
- 1 ulas bawang putih | ketuk
- 1 batang serai | titik
- 1 biji cili merah | hiris
CARA MEMASAK:
- Panaskan kuali, masukkan mentega dan goreng sosej yang telah dipotong menyerong kira-kira 2inci.
- Selepas itu masukkan bawang besar yang telah dihiris sedikit tebal, bawang putih, cili merah dan serai, masak sehingga sosej tu kembang. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kacau hingga pekat dan matikan api. Sedia dihidangkan.
Info chef: Tidak perlu masukkan garam kerana sudah terdapat pelbagai perisa daripada sos.
SUP AYAM HURU HARA
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam | bahagian paha dan tulang-tulang ayam
- 1 bunjut sup bunjut
- 2 batang lobak merah | potong
- 6 biji cili padi
- 1 batang serai | Simpul
- 2 biji bawang besar | potong empat
- 2 inci halia | hiris
- 2 tangkai daun sup | hiris
- 2 biji ubi kentang | potong
- 1 kiub stok ayam
- Air secukupnya
- Garam secukup rasa
- Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan periuk, masukkan sedikit minyak, tumis halia, serai yang dititik, bawang besar, kentang, sup bunjut (koyakkan sedikit) dan goreng sehingga naik bau.
- Masukkan ayam dan tulang ayam sekali, gaul sehingga rata, masuk air, masukkan lobak merah, kiub ayam, cili padi dan garam secukup rasa.
- Tutup periuk kira-kira 12 minit dan biarkan ia mendidih. Kemudian perlahankan api. Masukkan daun sup. Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Enak dimakan bersama roti atau nasi putih.
TELUR DADAR KENTANG
BAHAN-BAHAN:
- 8 biji telur
- 2 ketul ubi kentang
- 150gm kulit tembikai (bahagian putih)
- 2 biji bawang merah
- 50gm tepung gandum
- ½ sudu teh lada hitam
- 1 sudu teh cincangan daun ketumbar
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu makan susu segar
- 2 sudu makan mentega
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak. Masukkan kulit tembikai putih yang telah dipotong kiub, tumis hingga lembut.
- Masukkan kentang yang telah dipotong kecil, gaul bersama kulit tembikai tadi singga lembut. Matikan api dan biarkan ia sejuk seketika. Ketepikan.
- Di dalam mangkuk, pukul telur dan masukkan garam, susu, lada hitam,tepung gandum dan daun ketumbar, pukul hingga rata bahan-bahan tadi. Setelah itu masukkan kentang dan kulit tembikai tadi yang telah disejukkan, kacau perlahan-lahan sehingga rata.
- Panaskan kuali, letak mentega dan minyak sedikit. Masukkan telur tadi, kacau dengan perlahan-lahan dengan api perlahan. Kacau kira-kira dua minit dan apabila mengeras, bentukkan ia bulat mengikut saiz yang dikehendaki. Setelah itu terbalikkan sehingga ia masak dalam 10 minit.
Info chef: Boleh tambah potongan cili padi jika mahu pedas.
SARDIN TIN MASAK LEMAK CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
- 1 tin sardin saiz besar
- 5 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 7 biji cili padi
- 1 batang serai
- 1 helai daun kunyit
- 250ml santan
- 3 biji ubi kentang
- 2 inci halia
- 1 inci kunyit hidup
- 2 keping asam gelugur
- 300ml air
- Garam secukup rasa
- Air secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kisar bawang merah, bawang putih, serai, halia dan kunyit hidup. Ketepikan.
- Panaskan periuk, masuk sedikit minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Masuk air kira-kira 300ml. Setelah mendidih, masukkan santan, garam dan daun kunyit, kecilkan api.
- Masuk kentang dan setelah kentang sedikit lembut, masukkan cili padi dan ikan sardin dengan sosnya sekali. Biarkan sekitar 5 minit, mati akan api dan angkat.
- Boleh hias dengan sedikit hirisan daun limau purut sebelum dihidangkan. Sedia dinikmati.
Info chef: Ikan sardin boleh digoreng sedikit terlebih dahulu untuk menggelakkan ia hancur.
NASI GORENG KOBOI
BAHAN-BAHAN:
- 3 mangkuk nasi putih
- 5 biji telur
- 1 sudu teh serbuk lada putih
- 2 sudu makan udang kering
- 2 biji bawang merah
- 1 sudu teh serbuk ikan bilis
- Sedikit garam
- Sedikit bawang goreng
- Sedikit daun bawang
- Minyak masak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
- Pecahkan telur, asingkan putih dengan kuning telur. Ketepikan.
- Panaskan minyak, masukkan bawang merah yang telah dihiris halus, masukkan udang kering, gaul sehingga nampak kekuningan dan masukkan kuning telur. Gaul sedikit.
- Masukkan nasi, daun bawang, serbuk lada putih dan serbuk ikan bilis, gaul sehingga rata dan matikan api.
- Hidangkan bersama sambal belacan, telur dadar, hirisan timun dan daun salad. Sedia dinikmati.
Info chef: Untuk menjimatkan kos, telur putih yang diasingkan tadi boleh buat telur dadar.
TELUR GORENG MASAK KICAP
BAHAN-BAHAN:
- 5 biji telur
- 3 biji cili padi
- 1 labu bawang besar | hiris
- 2 ulas bawang putih | hiris
- 1 tangkai daun sup | racik
- 3 sudu makan kicap lemak manis
- 1 inci kulit kayu manis
- 1 sudu makan kicap masin
- 1 tangkai daun bawang | racik
- 1 sudu makan sos tiram
- 2 biji cili merah | hiris
- 50ml air
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan goreng satu persatu telur menjadi telur mata kerbau. Ketepikan.
- Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan bawang besar yang telah dihiris bersama bawang putih. Tumis hingga terbit bau. Masukkan kulit kayu manis, diikuti kicap lemak masin bersama kicap masin dan sedikit sos tiram.
- Masukkan cili padi dan hirisan cili merah, tuang sedikit air untuk mengelakkan ia terlalu pekat. Kacau, biarkan sedikit mendidih.
- Akhir sekali masukkan telur yang telah digoreng tadi. Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Tak perlu letak garam kerana sudah ada kicap masin di dalamnya.
IKAN BILIS PETAI
BAHAN-BAHAN:
- 300gm ikan bilis | cuci
- 3 papan petai | buang kulit
- 1 sudu makan air asam jawa
- 3 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 3 sudu makan cili giling
- ½ inci belacan
- 11/2 sudu teh gula perang
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Kisar bawang merah, bawang putih dan belacan bersama. Ketepikan.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi, bersama cili giling. Masak hingga pekat dan masukkan air asam jawa dan ikan bilis tadi. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
- Masukkan petai dan gaul seketika dan matikan api. Sedia dihidangkan bersama nasi panas.
Info chef: Boleh goreng bilis dahulu secara berasingan jika mahu bilis lebih rangup dimakan.
PASTA OLIO SEAFOOD
BAHAN-BAHAN:
- 300gm lala
- 500gm spageti | rebus, letak sedikit minyak
- 4 biji cili padi | hiris
- 3 sudu makan mentega
- 5 ulas bawang putih | hiris
- 1 sudu makan daun ketumbar cincang
- Sedikit air stok udang
- Sedikit garam
- Sedikit minyak zaitun
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak zaitun di dalam kuali, masukkan lala bersama bawang putih, goreng sampai masak.
- Masukkan hirisan cili padi dan pasta yang telah direbus, diikuti stok udang. Gaul sekata dan perasakan dengan garam secukup rasa. Tabur cincangan daun ketumbar.
- Matikan api tadi dan terus masukkan mentega, biarkan ia cair di dalam pasta tadi.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Boleh tambah seafood lain seperti udang.
IKAN SELAR MASAK ASAM
BAHAN-BAHAN:
- 4 ekor ikan selar | bersihkan
- 1 keping asam gelugur
- 2 tangkai daun kesum
- 1/3 biji nanas | hiris
- 3 ulas bawang merah
- 2 biji cili merah
- 1 ulas bawang putih
- 1 inci kunyit hidup
- ½ inci belacan
- 500ml air
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Kisar bawang putih, bawang merah, belacan, kunyit hidup dan cili merah. Ketepikan.
- Masuk air ke dalam periuk, biar sampai mendidih. Masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi, kacau rata. Masukkan asam keping, daun kunyit dan hirisan nanas. Letak garam dan gula secukup rasa.
- Masukkan ikan selar dan daun kesum. Biar mereneh seketika dan tutup api.
- Sedia dinikmati.
Info chef: Enak dinikmati bersama nasi panas.
NASI GORENG INDONESIA
BAHAN-BAHAN:
- 3 mangkuk nasi putih
- 4 biji telur
- 2 biji cili merah
- 4 biji cili padi
- 4 batang kacang buncis | potong kecil
- 300gm isi dada ayam
- 1 tangkai daun bawang | potong kecil
- 2 ulas bawang putih
- 3 biji bawang merah
- 1 sudu makan kicap lemak manis
- 1 inci belacan
- 1 sudu teh stok ayam
- ½ sudu makan udang kering
- 1 sudu makan bawang goreng
- Garam secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kisar isi dada ayam, cili padi, cili merah,bawang putih, udang kering dan belacan. Ketepikan. panaskan kuali, masuk kan bahan yg di kisar tadi, hingga naik bau.
- Masukkan kacang buncis dan nasi tadi, gaul rata, kemudian masukkan stok ayam, garam dan kicap lemak manis. Gaul sekata.
- Matikan api dan masukkan hirisan daun bawang bersama bawang goreng. Siap untuk dihidangkan bersama telur mata, sambal belacan dan sedikit hirisan timun.
Info chef: Belacan boleh dibakar dahulu untuk lebih aroma.
CENDAWAN LIAR DGN UDANG MASAK MENTEGA
BAHAN-BAHAN:
- 300gm cendawan
- 1 ulas bawang putih | hiris
- 150gm mentega
- 200gm udang | cuci
- 1 biji cili merah | hiris
- 1 tangkai daun bawang | hiris
- 1 sudu teh sos ikan
- 1 sudu makan bawang goreng
- 2 sudu makan sos tiram
CARA MEMASAK:
- Masukkan mentega ke dalam kuali dan masukkan bawang putih serta cendawan. Kacau hingga sedikit masak, kemudian masukkan udang. Gaul sekata. 2.Masukkan hirisan daun bawang dan cili merah serta sos tiram dan sos ikan secukupnya. Kacau sekata.
- Angkat, hiasi dengan hirisan lemon dan sedia dinikmati.
Info chef: Boleh tambah potongan cili padi jika mahu rasa lebih pedas menyengat.
IKAN SARDIN BERLADA
BAHAN-BAHAN:
- 4 ekor ikan sardin | bersihkan, lumur garam dan kunyit
- 1 labu bawang besar
- 7 biji cili merah
- 7 biji cili padi
- 2 ulas bawang putih
- 4 biji bawang merah
- 1 biji tomato
- Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kisar cili merah, bawang putih, buah tomato, bawang besar, bawang merah dan cili padi. Ketepikan.
- Goreng ikan yang telah dilumur dengan garam dan kunyit tadi sehingga sedikit garing, angkat dan ketepikan.
- Tinggalkan minyak sedikit dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar hingga garing.
- Angkat dan tuangkan kuah di atas ikan, sedia dihidangkan.
Info chef: Enak dimakan bersama nasi putih panas.
BIHUN SINGAPURA DENGAN KIMCHI
BAHAN-BAHAN BIHUN:
- 500gm bihun
- 2 biji telur
- 1 sudu teh serbuk lada putih
- 2 sudu makan udang kering | cincang
- 1 ½ sudu teh sos ikan
- 1 tangkai daun bawang
- ½ batang lobak merah | hiris
- 2 biji cili padi | ketuk
- 4 ulas bawang putih | cincang
- Sedikit bawang goreng
- Garam secukup rasa
- Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN KIMCHI:
- 250gm kubis Cina
- 4 sudu makan cuka
- 2 sudu teh hirisan daun kucai
- 2 sudu makan gula perang
- 1 sudu makan cili boh
- ½ sudu makan halia jeruk
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat kimchi kubis; potong kubis dalam 4 atau 5 inci, cuci dengan air garam dan tapiskan.
- Ambil bekas, masukkan cili boh, cuka, jeruk halia, gula perang, dan daun kucai, gaul bagi rata. Msukkan kubis tadi dan tutup rapat, perap dalam 2 hari. Ketepikan.
- Untuk membuat bihun; rendam mihun dengan air suam dalam 45 minit, selepas itu tos. Ketepikan.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan yang dicincang hingga naik bau. Masukkan bahan yang telah dihiris dan yang telah diketuk.
- Kemudian masukkan telur. Jangan terlalu kering dan biar nampak basah sedikit.
- Masukkan mihun, sos ikan, serbuk lada putih dan kacau sekata. Masukkan daun bawang yang telah dipotong kecil dengan bawang goreng.
- Sedia dihidangkan bersama kimchi kubis.
Info chef: Cuka beras lebih kuat rasanya. Boleh ganti dengan cuka biasa jika mahu.
SAMBAL DAGING BURGER
BAHAN-BAHAN:
- 4 keping daging burger | potong empat
- 3 sudu makan sos cili
- 2 sudu makan sos tomato
- 1 sudu makan kicap lemak masin
- 5gm serbuk sos perang
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- 50ml air
- 1 sudu makan mentega
- ½ labu bawang besar | cincang halus
CARA MEMASAK:
- Panaskan kuali, masukkan mentega dan daging tadi.
- Masukkan bahan yang telah dicincang, gaul hingga rata dan masukkan air.
- Masukkan cili sos, tomato sos, serbuk sos perang, dan kicap lemak masin. Gaul hingga pekat dan matikan api.
- Sedia dihidangkan.
Info chef: Tidak perlu tambah garam.
IKAN BAWAL MASAK PERCIK
BAHAN-BAHAN:
- 2 ekor ikan bawal saiz kecil | lumur garam dan kunyit
- 2 cawan santan pekat
- 4 biji bawang merah
- 1 sudu teh gula
- 8 tangkai cili kering
- 2 batang serai | titik
- 2 inci halia
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci kunyit
- ½ helai daun kunyit
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Kisar cili kering, halia, bawang merah, bawang putih dan kunyit. Ketepikan.
- Masak semua bahan kisar hingga terbit bau. Masukkan serai yang diketuk dan juga santan. Kacau sebati sehingga terbit minyak dan pekat. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Tutup api.
- Bakar ikan sambil sapukan kuah yang pekat tadi.
- Setelah ikan masak, angkat dan hidangkan bersama hirisan daun kunyit tadi.
Info chef: Enak dimakan bersama nasi putih panas.
TELUR MASAK PAPRIK
BAHAN-BAHAN:
- 5 biji telur rebus | buang kulit
- 3 batang ketiak jagung | hiris
- ½ batang lobak merah | hiris
- 1 biji cili merah | kisar
- 1 ulas bawang putih | kisar
- 2 sudu teh sos ikan
- 1 sudu teh sos tiram
- ½ biji capsicum hijau | hiris
- 2 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan sos tomato
- 3gm tepung jagung
- 1 helai daun limau purut
- Sedikit air
- Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng telur yang telah direbus tadi hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
- Tinggalkan sedikit minyak dan tumis bahan kisar dan daun limau purut hingga terbit bau. Masukkan bahan yang dihiris dan tumis hingga lembut.
- Masukkan sedikit air, diikuti tepung jagung, sos tomato, sos cili, sos ikan dan sos tiram. Biarkan kuah memekat.
- Masukkan telur yang telah digoreng tadi, gaul seketika.
- Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Enak dimakan bersama nasi putih panas.
EKSTRA!
TELUR GULUNG KOBIS CINA
BAHAN-BAHAN:
- 3 biji telur
- 300gm kubis Cina
- 1 biji cili padi | cincang
- 1 biji bawang merah | cincang
- 1 ½ sudu teh gula
- Secubit garam
- ½ sudu teh cuka
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Rebus kubis, angkat dan terus rendam di dalam air yang berisi ais batu dan tapiskan. Ketepikan.
- Pukul telur dan masukkan cili padi, bawang merah, cuka, garam dan gula secukup rasa. Ketepikan.
- Masukkan minyak di dalam kuali, tuang campuran telur tadi, kecilkan api, kacau dan gulung telur itu perlahan hingga masak. Matikan api dan sejukkan telur tadi. Ketepikan.
- Bentangkan daun kubis yang telah digoreng, letak gulungan telur di tengah-tengahnya dan gulung telur itu bersama kubis tadi. Potong dan hidangkan bersama sambal lada.
Info chef: Enak dimakan sebagai pembuka selera.
Kredit resipi: Resipi: Chef Rusman
Tofu Telur @ Tofu Jepun Homemade Segar…

Nampak macam ais krim Malaysia kan tapi inilah tofu telur atau tofu Jepun yang sedap dibuat lauk ni. Nak beli yang dah siap tentulah tak segar dan buatan homemade.Buat sendiri lagi jimat kan

.
Jom tengok resipi yang dikongsikan dalam FB:Resepi Isteri Viral ni. Korang boleh cuba memang terjamin kelazatan dan kesegarannya.
.
TOFU JEPUN @ TOFU JEPUN
BAHAN-BAHAN :
- 2 cawan air soya | yang pekat
- 4 biji telur
- Garam secukup rasa
- 3 sudu makan tepung jagung | untuk kentalkan tofu
- Lada sulah secukup rasa | opsyen jika suka
CARA MEMASAK:
- Telur dipukul sedikit tetap tidak perlu sampai kembang.
- Kemudian masukkan air soya dan tepung jagung, kacau sampai rata.
- Tapiskan bancuhan, kemudian masukkan bancuhan dalam plastik ais krim.
- Tinggalkan sedikit ruang udara sebelum mengikat.
- Masukkan dalam pengukus dan kukus dengan api perlahan selama 30 minit atau sehingga masak.
Mudah sangat buatnya, cubalah ya.
Kredit FB : Resepi Isteri Viral
Ni respi bonus untuk penggemar tofu atau disebut jugak tau foo .
STEW TAU FOO MERAH
.
BAHAN-BAHAN :
- 5 peket tau foo | potong bulat dan disalut dengan tepung jagung
- 2 batang saderi
- 1 peket sayur campuran
- 2 biji bawang merah besar | dipotong kiub
- 6 ulas bawang putih | dicincang
- 120gm halia | dimayang
- 4 sudu makan sos tiram
- Sedikit tepung jagung | larutkan dengan sedikit air
- 1 biji telur
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Sedikit serbuk perasa
- Minyak masak secukupnya
- Air secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak dan tumiskan semua bahan bawang diikuti halia hingga naik bau, dan masukkan air secukupnya.
2. Masukkan sayur campuran, batang saderi.Campur sos tiram, garam, sedikit gula dan perasa .
3. Pekatkan sup dengan tepung jagung. Tuangkan telur dan kacau perlahan. Padamkan api.
4. Tau foo digoreng terlebih dahulu dengan tepung jagung, dan letakkan dalam satu bekas
5. Titiskan sedikit minyak bijan di atas stew/kuah ini tuangkan ke atas tau foo tadi.
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk utama, stew
Keistimewaan : Sup tau foo sesuai untuk mereka yang mengelakkan protein daging
Anggaran kos : RM 8
INFO CHEF : Boleh menggunakan pelbagai jenis tau foo. Sesuai dijadikan juadah untuk mereka yang tidak mahukan juadah yang berat atau vegetarian.
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
DAN JUGA RESIPI INI :
DAN JUGA VIDEO INI :