Bila buat tart nenas, semua orang inginkan tart nenas yang lembut dan gebu serta cair di mulut!
Tapi apa rahsianya untuk jadikan tart nenas yang lembut dan gebu? Tip yang dikongsi Mohd Fitri Khairudin untuk resipi tart nenas bebola naga.
TIP:
1. Rahsia saya ialah minyak sapi – insyallah tak berbau bau tetapi rasa amat berbeza – tart akan jadi lebih lembut dan gebu. Cair di mulut! Begitu juga dengan susu pekat – Ia bukan saja berfungsi untuk memberi sedikit kemanisan, tetapi juga untuk mengekalkan kelembabpan (moist) kepada tart anda. 2. Tepung jagung dalam 20gm dan tepung kastard dalam 20gm (lebih kurang 1 sudu setiap satu) akan membuatkan tart anda lebih kejap dan tidak mudah hancur bila dipegang. 3. Tart paling elok guna mentega berkualiti seperti contoh Goldern Churn, Anchor atau mentega tulen yang lain. 4. Cara bakar juga amat penting: Untuk dapat warna yang menarik, tart mesti dibakar 2 kali dan diubah tempat. Jadikan tart anda lain dari yang lain. 5. Resipi ini diolah dan diperbaiki mengikut sukatan yang pasti Insya-Allah jadi elok. Banyak kali dah buat dan amat memuaskan. Insya-Allah. 6. INGAT! Jika adunan terlembik, tambah tepung gandum. Jika terkeras, tambah butter! Itu cara untuk menyelamatkan adunan.
1. Masukkan mentega, minyak sapi, susu pekat manis, kuning telur dan esen vanilla dalam satu bekas. Gaul hingga semuanya sebati secara lembut, tapi jangan bagi kembang.
2. Masukkan tepung gandum, tepung kastard dan tepung jagung yang telah diayak. Gaul-gaul lagi bagi sebati. 3. Bila adunan dah mula berketul, mula uli dengan menggunakan tangan untuk sebatikan adunan. 4. Pastikan adunan tidak terlalu lembut atau tidak terlalu keras. Uli sehingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan.
6. Gentelkan dan tekan sedikit di tengah, letakkan jem nenas dan balut kembali. Bulatkan dengan kemas. 7. Bila dah siap semuanya, sapu bebola tart dengan kuning telur yang dicampur dengan sedikit air.
8. Masukkan dalam ketuhar. Bakar untuk kali pertama dengan suhu 170C selama 24 minit di rak tengah. 9. Kemudian, keluarkan semula dan sapu kuning telur sekali lagi. 10. Masukkan dalam ketuhar sekali lagi. Bakar buat kali kedua dengan suhu 100C selama 5 minit di rak paling atas.
Sesuai dengan musim durian ni, menu tempoyak jadi kemestian. Tak kira sama ada tempoyak di makan begitu sahaja bersama sambal mahupun dibuat gulai semuanya pasti membuka selera. Kesedapan gulai ini adalah terletak pada penggunaan tempoyak dan jenis ikan patin yang digunakan. Tempoyak baru kurang menyengat rasanya berbanding menggunakan tempoyak lama. Nak sedap rasa dan berlemak lagi, pilihlah ikan patin buah. Rasanya nyata berbeza.
PATIN MASAK TEMPOYAK
BAHAN- BAHAN :
1 ekor ikan patin
1 senduk tempoyak
1 ikat daun kesum
1 batang bunga kantan
1 batang timun tua
7 – 15 biji cili api
1 inci kunyit hidup
1 keping asam keping
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Masukkan cili api, kunyit dan tempoyak ke dalam mesin pengisar dan kisar dengan sedikit air. Jika suka pekat boleh tambahkan tempoyak. Jika suka pedas boleh tambahkan lagi cili api.
2. Masukkan bahan yang sudah dikisar kedalam periuk dan bukak api.
Tambahkan air ikut cita rasa masing-masing.
3. Kemudian masukkan daun kesum dan bunga kantan.
4. Bila sudah mendidih baru masukkan ikan dan timun tua. Perasakan dengan garam dan gula.
5. Jika tempoyak kurang masam boleh tambahkan dengan sekeping asam keping.
6. Kacau rata dan biarkan sehingga mendidih.
7. Siap dihidangkan bersama nasi panas.
*Masak ikan patin ini, lagi pekat kuah tempoyak lagi sedap.
Semua orang suka nasi goreng dan boleh masak nasi goreng. Tapi kali ini RASA perkenalkan Nasi Goreng Kambing yang super sedap. Kepada yang gemar makan kambing kena cuba resipi ini kerana nasi goreng ini mudah dimasak dan terlajar sedap. Sekali cuba mesti nak masak lagi.
NASI GORENG KAMBING
BAHAN-BAHAN:
2 mangkuk nasi
4 batang kacang panjang | hiris halus
5 biji cili padi merah | hiris halus
1/2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan pes cili
1 sudu makan kicap pekat
2 ulas bawang putih | ketuk
1/2 biji bawang besar | potong dadu kecil
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN PERAPAN KAMBING:
150gm daging kambing | potong dadu kecil
2cm halia | kisar halus
2 ulas bawang putih | kisar halus
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh kicap pekat
1 sudu teh air asam Jawa
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Mula sediakan bahan perapan daging kambing, campurkan semua bahan perapan dengan daging kambing. Gaul rata dan perapkan lebih kurang 10-15 minit.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis daging hingga kering airnya, angkat dan ketepikan.
Seterusnya, sediakan nasi goreng. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan.
Masukkan pes cili, hirisan cili dan kacang panjang, kacau rata dan masukkan nasi putih.
Gaul rata, kemudian masukkan daging kambing yang telah digoreng tadi, sos tiram dan kicap pekat. Kacau rata.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
Hidangan mudah disediakan untuk sarapan,minum petang dan makan malam, sangat mudah dan senang. Tak perlu masa yang panjang, mak-mak cepat jer nak buat!
Rasa tomyam dengan udang serasi bersama bihun yang lembut sedap. Sangat cepat hanya 15 minit diperlukan siap masak. Selamat mencuba
BIHUN GORENG TOMYAM .BAHAN-BAHAN:
Sebungkus bihun.
*5 biji bawang merah (cincang)
*5 ulas bawang putih (cincang)
*3 batang serai (dititik biasa dia!)
*Udang geragau segenggam-cuci bersih
*Udang segar
*2 sudu pes thai tom yam
*Lobak merah-dihiris
Sayur sawi
.
.
.
CARA MEMASAK:
1. Tumis bawang merah, bawang putih dan serai hingga wangi. Kemudian masuk kan udang geragau tadi.
.
2. Bila sudah wangi boleh tambah pes tomyam, udang segar dan lobak merah. Kacau rata dan jangan lupa tambahkan garam secukup rasa.
.
3. Masukkan bihun dan gaul rata. Masukkan sawi, air 1-2 cawan dan daun limau purut. Tutup kuali dan biar hingga bihun lembut.
.
INFO: Kalau suka masak boleh masukkan hirisan cili padi. Boleh tambah bahan lain seperti isi ayam, sotong dan sebagainya.
Salah satu tip cepat masak adalah dengan guna aneka peralatan dapur yang terbaik. Nak dapatkan dengan harga murah? Boleh dapatkan DISINI. Sempena sale 6.6 ni tau. Cepat sebelum kehabisan stok.