Resipi tiramisu kembali tular sejak kebelakangan ini dan yang dicari-cari adalah yang menggunakan keju mascarpone.

Meski bukan hidangan pencuci mulut baru namun tiramisu dengan keju tersebut dikatakan lebih enak.

Ramai juga yang teringin membuatnya sendiri memandangkan jualan tiramisu ini selalu ‘sold out’. Bagi yang nak mencuba boleh gunakan resipi perkongsian Ina Azlina ini.

Resipi tiramisu guna keju Mascarpone

Resipi Tiramisu Guna Keju Mascarpone Yang Lagi Enak

Bahan A

Biskut ladies finger
3-4 sb serbuk kopi
Air panas

Ads

Bahan B

500g mascarpone cheese
1/2 cawan gula ising
2 cawan whipping cream non dairy

Resipi Tiramisu Guna Keju Mascarpone Yang Lagi Enak

Bahan C

500g tatura cheese
1/2 cawan susu pekat
1 cawan whipping cream non dairy
1 cawan susu segar

Baca: Puding Tiramisu Kastard, Resipi Manisan Mudah Buat Pencinta Kopi Sedap

Cara membuat

1. Bancuh kopi dengan air panas hingga larut. Kemudian tambah air sejuk dua cawan. Ketepikan seketika.

2. Satukan bahan B iaitu keju mascarpone bersama gula aising. Putar hingga sebati kemudian masukkan whipping cream non dairy. Putar lagi hingga kental. Asingkan seketika.

Resipi Tiramisu Guna Keju Mascarpone Yang Lagi Enak

3. Dalam pengisar, satukan bahan C iaitu keju Tatura, susu pekat, whipping cream non dairy bersama satu cawan susu segar. Kisar sebati.

Resipi Tiramisu Guna Keju Mascarpone Yang Lagi Enak

4. Satukan krim ini dengan krim dari bahan B. Kacau sebati.

Ads

5. Untuk melapis, sediakan bekas yang sesuai. Celupkan biskut ladies finger dalam air kopi. Kemudian susun terus dalam bekas.

Resipi Tiramisu Guna Keju Mascarpone Yang Lagi Enak

6. Sendukkan krim yang disatukan tadi lalu ratakan di atas biskut. Percikkan sedikit air kopi di atas lapisan krim tadi.

7. Ulang proses celup biskut dan susun. Kemudian ratakan krim di atasnya.

Resipi Tiramisu Guna Keju Mascarpone Yang Lagi Enak

Ads

8. Simpan tiramisu ini di dalam peti sejuk semalaman.

9. Taburkan serbuk kokok sebelum dimakan. Hidangkan Ketika sejuk, memang sedap.

Resipi Tiramisu Guna Keju Mascarpone Yang Lagi Enak

Kredit resipi & foto : Ina Azlina

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI