Resipi Tomyam Ayam Ekspress Tanpa Guna Pes. Cepat & Sedap!

Share

Jika terasa nak makan tomyam tapi kehabisan pes, boleh cuba resipi ni. Ringkas, mudah tapi sedap! Memang berbaloi untuk anda cuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

TOMYAM AYAM TANPA PES

 

BAHAN-BAHAN:

  • Isi ayam secukupnya – potong kecil
  • 2-3 ulas bawang putih – tumbuk kasar
  • 4 batang serai – ketuk
  • 2-3 hilir lengkuas
  • 2-3 helai daun limau purut
  • 3-4 sudu makan sos cili
  • Sedikit kubis – hiris
  • 1 batang saderi – hiris
  • 1 biji bawang holland – hiris
  • 1 biji tomato – potong 4
  • Cendawan secukupnya
  • Beberapa biji cili padi
  • 2-3 biji limau nipis
  • Gula dan garam secukup rasa
  • 2-3 tangkai daun ketumbar – hiris kasar
  • Air secukupnya

 

CARA MEMASAK:

1. Masukkan air, bawang putih, serai, lengkuas dan daun limau purut ke dalam kuali. Masak hingga mendidih.

2. Kemudian masukkan isi ayam. Biarkan hingga empuk.

3. Seterusnya tambahkan sos cili. Kacau hingga sebati.

4. Bila kuah menggelegak, masukkan kubis, saderi dan bawang holland. Anda juga boleh pelbagaikan sayur ikut citarasa.

5. Setelah kubis lembut, masukkan cendawan, tomato dan cili padi. Masak seketika.

6. Akhir sekali, perasakan dengan garam, gula dan juga jus limau nipis dengan secukupnya. Jika kurang suka rasa masam, boleh kurangkan jumlah jus limau.

7. Tambahkan hirisan daun ketumbar dan bolehlah diangkat serta dinikmati.

Kredit resipi & foto: Noorzairahasra Ab Ghani

 

Published by
Nur