Suka tomyam? Ha..Biasanya anda mesti buat tomyam kuah merah yang guna pes tu kan? Apa kata, kali ni cuba pula buat Tomyam Udang Campur tapi versi tak guna pes pun. Ada juga yang panggil Tomyam Putih. Memang dijamin sedap! Resipi ni adalah perkongsian Puan Zira Tag. Selamat mencuba!

 

TOMYAM PUTIH CAMPUR

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • Udang segar secukupnya – boleh tambah aneka bahan lain seperti sotong, lala, kepah dan sebagainya.
  • Isi ayam secukupnya
  • 1 biji bawang besar – belah 4
  • 1 biji tomato – belah 4
  • 3-4 batang serai
  • 5-6 helai daun limau purut
  • Aneka sayur kegemaran – cendawan, lobak merah, bunga kubis dan sebagainya
  • Jus limau nipis secukupnya
  • Sedikit susu cair
  • Daun ketumbar secukupnya
  • Akar ketumbar – dibersihkan
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Air secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji tomato
  • 3 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:

Ads
  1. Masukkan air ke dalam periuk bersama dengan bahan kisar. Masukkan juga akar ketumbar.
  2. Setelah air mendidih, masukkan serai, daun limau purut, ayam, udang dan lain-lain bahan mentah yang digemari. Masak lebih kurang tiga minit.
  3. Seterusnya masukkan sayur-sayur. Biarkan sayur lembut.
  4. Kemudian masukkan susu cair diikuti perahan jus limau nipis, garam serta perasa. Kacau sebati dan padamkan api.
  5. Tabur daun ketumbar. Sedia untuk dinikmati.

Resipi Tomyam Campur Tanpa Pes Yang Terlajak Mudah & Sedap. Patutlah Viral!

Ads

INFO CHEF: Jika ingin campur dengan sotong, celur sotong dalam periuk berlainan kemudian barulah dimasukkan ke dalam periuk tomyam. Ia bertujuan mengekalkan rasa manis udang dalam kuah tomyam.

Kredit resipi & foto: Zira Tag

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI