Resipi tomyam salmon ini memang lain dari yang lain rasanya. Jika selalu masak tomyam guna ayam dan makanan laut seperti sotong, udang dan ketam, kali ini cuba pula mengggunakan ikan salmon.
Rasa tomyam salmon yang masam, pedas dan berlemak ini memang menyelerakan. Cubalah…
Isi ikan salmon
Bawang putih -ditumbuk halus
Lada hitam sangai -ditumbuk halus
Sedikit garam
Mix herb
Chili flakes
Serbuk paprika
1 1/2 sb mentega
4 ulas bawang putih
1/2 biji bawang holland -dipotong dad
1 biji tomato -dipotong
Cili padi hijau dan merah -dikisar
1/2 tin susu cair
2 sudu pes tomyam
2 helai daun limau purut -dipotong halus
1 genggam daun selasih -dibersih dan direndam air
1 biji limau nipis
Lada hitam sangai -ditumbuk
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Baca: Ayam Cili Padi Pedas Tomyam. Resipi Ringkas, Mudah Masak
1. Ikan salmon dibasuh dan dikeringkan dengan tisu lalu dipotong dadu.
2. Perap ikan salmon dengan bahan perapan.
3. Bakar seketika ikan salmon di atas kuali menggunakan sedikit mentega yang dipanaskan. Bakar sekejap sahaja supaya masak.
4. Panaskan mentega tumis bawaang putih, bawang Holland hingga layu dan wangi.
5. Kemudian masukkan cili padi yang dikisar bersama pes tomyam. Tumis sampai naik bau.
6. Tuangkan susu cair, kacau hingga sebati. Masukkan lada hitam sangai Bersama tomato, daun limau purut, basil, garam dan serbuk perasa. Kacau, biar mendidih.
7. Masukkan perahan limau nipis dan kacau sebati. Akhir sekali masukkan ikan salmon dan tabur chili flakes. Biar mendidih dan tutup api.
Kredit resipi & foto Sue Cun
Artikel berkait: Resipi Ayam Goreng Tomyam Pedas, Peminat Tomyam Kena Cuba