Resipi Topping Dadih Susu Paling Mudah. Tak Perlu Masak Pun Tapi Sedap

Share

Dadih Susu semestinya sangat mudah disediakan. Bahan-bahannya sangatlah simple. Namun bila dilihat dari segi rupanya yang putih mulus, tidak begitu menarik serta membuka selera.

Jangan risau, anda sendiri boleh olahnya dengan menambah sedikit ‘seri’ pada manisan ini. Caranya mudah Sahaja. Hanya tambahkan ‘topping’ pilihan dan lihatlah hasilnya. Seakan ‘dessert’ dari kafe terkemuka.

Dadih memang sedap lebih-lebih lagi kalau makan sejuk-sejuk. Ada topping, lagilah lebih enak. Menerusi perkongsian saudari Yang Ku Rodzmah

, beliau menunjukkan cara-cara menyediakan dadih susu yang diletak topping mangga. Rasanya seakan manisan yang dibeli di restoran.

Wow…Bolehlah cuba nanti. Mudah dan pastinya kena dengan selera. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

CARA-CARA MEMBUAT DADIH SUSU HOMEMADE & TOPPING MANGGA

BAHAN-BAHAN:
  • 1 liter air
  • 20gm agar-agar – bagikan kepada 3 bahagian. Guna 1 bahagian sahaja (anggaran 7gm) beli online disini
  • Gula secukup rasa
  • Sedikit garam
  • 1 liter susu full cream beli online disini

 

BAHAN TOPPING:

 

CARA MEMASAK:

1.Satukan air, agar-agar, gula dan sedikit garam di dalam periuk. Masak hingga semua bahan larut.

2. Bila semua bahan sudah hancur, masukkan susu. Tunggu susu naik wap kemudian barulah padamkan api. Jangan biarkan susu mendidih nanti tekstur jadi tidak cantik.

3. Isikan ke dalam bekas bersesuaian dan bekukan.

4. Bila sudah kental, bolehlah dimasukkan topping dengan secukupnya.

5. Bagi membuat topping, campuran buah mangga yang dipotong dadu bersama pes jus mangga. Gaul sebati dan sedia untuk digunakan tanpa perlu dimasak.

 

Kredit resipi & foto: Yang Ku Rodzmah

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

Published by
Nur