Ads

Resipi Tosei Homemade Sedap Buat Guna Lebihan Nasi Sejuk.

Lebihan nasi sejuk ni banyak gunanya. Salah satunya yang paling best ialah tosei homemade. Maklumlah, kalau nak hangatkan balik, kurang berselera. Bahkan guna bahan ni, boleh juga dijadikan nasi goreng, apam dan sebagainya. Semuanya sedap, membuka selera dan anda boleh sediakan untuk keluarga. Tak perlu dah beli di kedai. Anda boleh buat sendiri.  Jom cuba resipi perkongsian saudari Norharyani Mujor Nonie ni! Sesuai sangat dinikmati sewaktu sarapan.

RESIPI TOSEI HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan nasi sejuk
  • 2 cawan air
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh garam

CARA MEMASAK:

1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin pengisar. Kisar halus.

Ads

Resipi Tosei Homemade Sedap Buat Guna Lebihan Nasi Sejuk.

2. Tuang sedikit bahan kisar tadi ke dalam mangkuk dan masak menggunakan kuali tak melekat ( non stick pan).

Resipi Tosei Homemade Sedap Buat Guna Lebihan Nasi Sejuk.

Ads

3. Setelah adunan masak, angkat dan nikmati bersama kari atau apa juga kuah kegemaran anda.

Resipi Tosei Homemade Sedap Buat Guna Lebihan Nasi Sejuk.

Ads

 

Info: Adunan tidak perlu diperam terlebih dahulu kerana ia tidak menggunakan yis sebaliknya menggunakan baking powder.

 

Kredit resipi & foto: Norharyani Mujor Nonie

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Seri-Aji® Meriahkan Pesta Seri Rasa x RASA, 2,026 Pek Nasi Goreng...

Buat penggemar makanan, budaya dan aktiviti keluarga, jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan Pesta Seri Rasa x RASA sempena Festival Budaya Malaysia (FBM) 2026 yang berlangsung dari...