Resipi Tosei Homemade Sedap Buat Guna Lebihan Nasi Sejuk.

Share

Lebihan nasi sejuk ni banyak gunanya. Salah satunya yang paling best ialah tosei homemade. Maklumlah, kalau nak hangatkan balik, kurang berselera. Bahkan guna bahan ni, boleh juga dijadikan nasi goreng, apam dan sebagainya. Semuanya sedap, membuka selera dan anda boleh sediakan untuk keluarga. Tak perlu dah beli di kedai. Anda boleh buat sendiri.  Jom cuba resipi perkongsian saudari Norharyani Mujor Nonie

 ni! Sesuai sangat dinikmati sewaktu sarapan.

RESIPI TOSEI HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan nasi sejuk
  • 2 cawan air
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh garam

CARA MEMASAK:

1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin pengisar. Kisar halus.

2. Tuang sedikit bahan kisar tadi ke dalam mangkuk dan masak menggunakan kuali tak melekat ( non stick pan).

3. Setelah adunan masak, angkat dan nikmati bersama kari atau apa juga kuah kegemaran anda.

 

Info: Adunan tidak perlu diperam terlebih dahulu kerana ia tidak menggunakan yis sebaliknya menggunakan baking powder.

 

Kredit resipi & foto: Norharyani Mujor Nonie

Published by
Nur