Kalau anda buntu mencari hidangan sarapan atau minum petang yang mudah tapi sedap, boleh cuba buat Tuna Puff ni. Menggunakan puff pastri dengan inti tuna yang pedas dan berkrim, memang tak rugi cuba resipi ni. Sangat sedap dan tak muak. Jom cuba, anak-anak pasti suka.
TUNA PUFF
Bahan-bahan:
Puff pastri
Kuning telur | disapu di atas doh
Bijan
Bahan-bahan Inti:
1 tin tuna cili
100gm cream cheese
2 sudu besar yogurt
1 biji bawang besar | dipotong dadu
4 ulas bawang putih | dicincang
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikit garam
Daun dill | dihiris
Cara Memasak:
Lekatkan kepingan puff pastri. Sapukan kuning telur diatasnya. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 200C selama 20 minit.
Untuk membuat inti; di dalam mangkuk, masukkan tuna cili, cream cheese, yogurt, bawang besar, bawang putih, serbuk lada hitam dan garam. Gaul rata dan masukkan hirisan daun dill. Gaul lagi.
Kemudian, masukkan inti ke dalam beg piping.
Isikan inti tuna di bahagian tengah puff pastri tadi.
Taburkan sedikit daun dill dan Tuna Puff siap untuk dihidangkan.
Minum petang dengan hidangan roti memang enak. Tambah pula jika baru dimasak. Hari ini jom kita buat roti kukus. Nak makan cicah kari/sardin pun sedap. Buat roti ni, kalau doh macam lambat kembang tu, jangan panik. Tunggu sampai kembang elok, baru kukus. Nanti semasa kukus ia akan mengembang lagi. Loyang jangan dibalut ketat sangat semasa kukus. Nanti roti tak dapat mengembang, susah nak gebu.
ROTI KUKUS
Bahan-bahan:
150g tepung gandum
2 biji telur
1 sudu besar gula
1 sudu kecil yis
1 sudu kecil esen vanila
Secubit garam
1 sudu besar minyak masak
Gula dan butter yang dicairkan untuk topping
Cara membuat:
1.Satukan tepung gandum, yis, gula, garam dan telur dalam bekas. Kacau dengan spatula hingga rata.
2.Kemudian masukkan minyak masak. Uli hingga doh licin. Perap sampai doh naik dua kali ganda.
3.Lepas perap, bahagikan doh kepada beberapa bahagian.
4.Bulatkan dengan tangan.
5.Susun dalam loyang. Saya pakai loyang 6 inci. Kemudian tunggu lagi hingga doh kembang dua kali ganda.
6.Kukus dengan api sederhana 35-40 minit. Loyang balut dengan cling wrap. Tapi jangan ketat sangat. Bagi ruang untuk roti mengembang masa dikukus.
7.Bila roti dah masak, sapu dengan marjerin/butter cair.
8.Tabur gula. Siap untuk dimakan. Nak makan cicah kari/sardin pun sedap.
Pizza Rotini nampak sangat sedap dan menyelerakan. Lepas ni kalau ada roti sandwich hampir tamat tempoh atau tak habis dimakan, tak risau dah sebab boleh masak menu ni. Masak pun guna dapur je.
Nak cuba buat untuk anak-anak? Saudari Tyra Manan ada kongsikan resipinya. Jom cuba! Dijamin semua suka. Malah intinya juga boleh dipelbagaikan mengikut selera masing-masing.
RESIPI PIZZA ROTI TANPA BAKAR PALING MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
3 keping roti sandwic
4 keping keju Cheddar – boleh tambah/ganti dengan keju Mozzarella
Sos cili – beli online disini
Sos Bolognese – beli online disini
Mayones – beli online disini
2 biji telur
Mentega
Sosej & Filamen Ketam (boleh ditukar dengan bahan lain)
CARA MEMASAK:
1. Celur sosej & filamen ketam seketika. Kemudian potong kecil.
2. Pecahkan 2 biji telur ke dalam mangkuk.
3. Carikkan roti kepada bahagian kecil dan masukkan roti ke dalam telur.
4. Panaskan pan bersama mentega. Susun roti yang telah dicelup telur ke dalam pan.
5. Sapukan sos cili dan sos bolognese diatas roti dengan secukupnya.
6. Taburkan sosej & filamen ketam.
7. Seterusnya letakkan kepingan keju di atas roti tadi.
8. Tutup pizza dengan tudung periuk dan masak menggunakan api kecil selama 5 minit hingga keju cair.
Jom buat Creamy Chicken Thai Bread ni. Nampak sedap kan? Cara membuatnya mudah sahaja. Rotinya tidak perlu bakar pun. Hanya goreng sahaja. Sesuai sangatlah dicuba sebab bila resipi goreng ni, lebih cepat dan tidak renyah. Jom cuba resipi perkongsian saudari Tahrunnisah Jali ni. Pasti pus hati dengan rasanya.