Resipi Ubi Kayu Sira Ni Memang Sedap, Pedas Manis Cukup Rasa

Share

Ubi Kayu Sira Gula Pedas ini adalah kudapan orang lama yang sangat sedap. Rasanya pedas manis membuatkan macam tak boleh berhenti makan. Ringkas sahaja resipinya dan mudah disediakan. Bagi yang nak cuba, saudari Fatin Ramli ada kongsikan cara-caranya. Selamat mencuba!

RESIPI UBI KAYU SIRA GULA PEDAS

BAHAN-BAHAN
3 tongkol ubi kayu
Minyak masak
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
10 tangkai cili kering (rebus dan kisar)
Gula
Garam

CARA MEMASAK:
1. Potong ubi kayu ikut cita rasa masing-masing. Kemudian bersihkan.2. Goreng ubi kayu guna minyak yang banyak sampai kekuningan dan empuk.

3. Angkat ubi kayu tadi dan ketepikan. ebaiknya guna tisu untuk serap lebihan minyak gorengan.

4. Tumbuk bawang putih hingga lumat kemudian tumis hingga wangi.

5. Kemudian masukkan cili kisar. Tumis lagi hingga garing.

6. Seterusnya masukkan gula dan juga garam dengan secukupnya.

7. Bila cili sudah masak, masukkan ubi kayu yang telah digoreng tadi.

8. Gaul dan pastikan ubi kayu bersalut rata dengan sambal. Siap! Ubi Kayu Sira Gula Pedas sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Fatin Ramli

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nur