Sedapnya Ubi Tonyoh. Anda pernah cuba? Ia merupakan makanan warisan orang tua dulu-dulu dan terkenal di kalantan orang dari negeri Cik Siti Wan Kembang.
Tonyoh adalah perkataan dalam dialek Kelantan yang membawa maksuh sagat. Hidangan ini asasnya adalah ubi kayu yang disagat kemudian digaul bersama gula nise @ melaka dan kemudiannya dikukus. Bila masak, ia dimakan pula bersama kelapa parut.
Sangat enak! Kebiasaanya hidangan warisan Kelantan ini mudah didapati tatkala musim tengkujuh. Maklumlah, musim ubi tengah banyak.
Jadi jom cuba resipi perkongsian saudari Cik Munirah Mat Jusoh ni. Ia adalah resipi warisan dari arwah ibunya. Memang enak. Memang berbaloi untuk dicuba.

CARA MEMBUAT UBI TONYOH

Resipi Ubi Tonyoh Warisan Arwah Ibu, Sangat Sedap & Mudah Dibuat
BAHAN-BAHAN:
1kg ubi kayu
2 ½ keping nise @ gula melaka – tumbuk halus – beli online disini
1sudu kecil garam
Kelapa parut
Sedikit gula
CARA MEMASAK:
1.Ambil gula nise atau gula melaka. Kemudian tumbuk halus. Jika simpan dalam peti sejuk, keluarkan terlebih dahulu sekurang-kurangnya lebih dari 5 jam supaya gula tidak terlalu keras dan mudah ditumbuk.
2.Bersihkan ubi kayu dan kupas kulitnya.
3. Sagat halus @ tonyoh ubi kayu tadi hingga habis.
Resipi Ubi Tonyoh Warisan Arwah Ibu, Sangat Sedap & Mudah Dibuat4. Dalam bekas bersesuaian, satukan ubi kayu yang telah disagat, nise dan garam. Gaul sebati.
Resipi Ubi Tonyoh Warisan Arwah Ibu, Sangat Sedap & Mudah Dibuat5. Masukkan ke dalam pengukus dan kukus selam 30 minit.
6. Bila sudah masak, angkat dan nikmati bersama kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit gula dan garam.

Resipi Ubi Tonyoh Warisan Arwah Ibu, Sangat Sedap & Mudah Dibuat
Kredit resipi & foto: Cik Munirah Mat Jusoh

 

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Ads

 

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Resipi Nasi Briyani Udang Mudah & Sedap Boleh Masak Sempena Deepavali

Buat Sendiri Roti Sandwic Homemade Guna Resipi Mudah Ni

Tak Perlu Kisar Rempah, Resipi Kari Ayam Sedap Ni Memang Mudah

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Ads

Ads

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI