
Masakan berasaskan udang memang menjadi kesukaan ramai. Jika anak tak suka masakan bersambal boleh cuba resipi udang butter milk ini. Resipi ni atas masing-masing ,nak letak cili api ataupun tak.Nak pedas boleh letak. Malah nak tukar letak ayam pun boleh. Tapi ayam tu korang kena goreng tepung dulu la sebelum tu. Senang je nak buat! Dah la senang, sedap plak tu.
UDANG BUTTER MILK
BAHAN-BAHAN:
Udang galah/apa je la udang yang saiznya besar/ sederhana
Buttercup (lagi banyak lagi sedap)-BELI ONLINE DI SINI
½ tin susu cair .Nak berkuah boleh letak lebih
7 ulas bawang putih(dikisar halus)
Cili api kalau suka (tumbuk/kisar halus bersama bawang putih)
CARA MEMASAK:
1.Goreng dulu udang dengan mentega sehingga agak garing. Asingkan.
2.Guna bekas goreng udang tadi,tumis bawang putih.
3.Bila dah agak garing,masukkan susu dan garam.
4.Kacau sebati.Masukkan udang.
5.Masak sehingga pekat. Siap untuk dihidang.
Kredit : Fairuz Abu Hassan
Petua Masak Sambal Sotong Jadi Lebih Sedap. Kena Tambah 1 Bahan Ni
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Garlic Popcorn Chicken Dengan Lemon Thyme, Kudapan Enak Ala Barat Untuk Seisi Keluarga

Isi Kandungan
ToggleGarlic PopCorn Chicken dengan Lemon Thyme, menu sesuai untuk dijadikan kudapan seisi keluarga. Menggunakan bawang putih sebagai bahan utama selain isi ayam, rasanya memang cukup membangkitkan selera.
Bawang putih yang diketahui memang bagus untuk kesihatan, sangat sesuai untuk dijadikan hidangan kudapan bersama keluarga.
Goreng hingga keperangan makan pula dengan sos cili atau sos Thai, tahu-tahu habis sepinggan popcorn Chicken ni. Nak tahu kesedapannya jangan lupa cuba!
Garlic Popcorn Chicken Dengan Lemon Thyme
BAHAN-BAHAN:
Ayam bahagian Dada dibuang tulang
Sebiji telur
Tepung Bestari Asli
5 ulas bawang putih fine chopped
Paprika
Lemon Thyme
Garam
Lada Hitam
Air
CARA PENYEDIAAN:
- Ayam dipotong Dadu. Kemudian campurkan semua bahan-bahan lain. Gaul sebati.
- Perap ayam dalam 30 minit. Panaskan minyak dan goreng.
- Gunakan api sederhana supaya ayam yang dimasak tidak terlalu garing.
- Siap dan sedia untuk dihidangkan. Sesuai dimakan dengan cili sos atau sos Thai
Kredit: Arbi Mohd Arbi Via Masak Apa Hari Ni
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sedapnya Sizzling Spaghetti Buttermilk With Popcorn Chicken, Mudah & Cepat!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Ringkas Tapi Sedap, 7 Resipi Telur Berkuah Dijadikan Lauk Utama Berbuka Atau Sahur!

Isi Kandungan
ToggleKadangkala lauk yang ringkas, jika kena dengan cara masaknya, tetap sedap untuk dijadikan lauk utama. Jika suka masakan yang berkuah, terdapat pelbagai masakan berkuah yang boleh dimasak dengan menggunakan telur. Bukan sekadar kari telur atau masak lemak kuning telur sahaja.
1. RENDANG TELUR CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji telur |rebus
- 6 biji bawang merah | kisar
- 3 ulas bawang putih | kisar
- 1 inci halia |kisar
- 1 inci kunyit hidup |kisar
- 2 batang serai | hiris
- 1 helai daun kunyit | hiris
- 3 sudu makan cili kering kisar
- 1 sudu makan kerisik
- 1 mangkuk santan
- Sedikit minyak
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar serta cili kisar hingga terbit wangi.
- Setelah bahan tumisan garing dan pecah minyak, masukkan santan dan hirisan serai. Kacau sekata.
- Masukkan telur dan biarkan mendidih hingga kuah pekat.
- Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit dan perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau sebati.
- Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Enak dimakan bersama nasi putih panas atau nasi minyak.
2.ASAM PEDAS TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji telur masin
- 1 sudu teh halba
- 4 sudu makan cili kering kisar
- 5 biji bawang merah | kisar
- 2 ulas bawang putih |kisar
- ½ inci halia |kisar
- ½ inci kunyit hidup |kisar
- Sedikit air asam jawa
- 2 tangkai daun kesum
- Minyak untuk menumis
- Garam secukup rasa
- 1 mangkuk air
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan halba dan terus masukkan bahan kisar serta cili kering kisar. Bila cili sudah garing dan pecah minyak, masukkan air dan perahan air asam jawa. Kacau sebati.
- Bila kuah mendidih, pecahkan telur masin satu persatu. Apabila telur sudah keras, masukkan daun kesum. Kacau perlahan untuk menggelakkan telur hancur. Biar ia mereneh dan perasakan dengan garam secukup rasa.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Kecilkan api semasa pecahkan telur untuk elakkan telur pecah.
3. KURMA TELUR
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji telur | direbus
- 5 biji bawang merah | kisar
- 2 ulas bawang putih | kisar
- 1 inci kulit kayu manis
- 2 biji buah pelaga
- 2 biji bunga cengkih
- 1 kuntum bunga lawang
- 1 mangkuk santan
- 3 sudu teh rempah kurma
- ½ inci halia
- 1 helai daun pandan
- 1 batang cili hijau
- 1 batang cili merah
- Minyak untuk menumis
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga seketika. Masukkan bahan kisar, dan serbuk rempah kurma. Kacau sekata.
- Bila bahan tumisan garing dan pecah minyak, masukkan santan. Masukkan juga daun pandan. Kacau perlahan-lahan.
- Apabila mendidih, masukkan telur. Masukkan cili merah dan cili cili hijau.
- Biarkan selama kira-kira tiga minit, bolehlah diangkat.
Info chef: Enak dinikmati bersama nasi putih atau pun nasi beriyani.
4. TELUR PUYUH KRIM MENTEGA
BAHAN-BAHAN:
- 20 biji telur puyuh | rebus dan goreng
- 5 biji cili padi | dihiris
- 5 biji bawang merah | dihiris
- 2 ulas bawang putih | dihiris
- 1 tin susu cair
- 3 tangkai daun kari
- 2 sudu makan mentega
- 1 sudu minyak masak
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak bersama mentega di dalam kuali.
- Masukkan pula bahan hiris dan daun kari. Kacau sebentar.
- Apabila sudah naik baru, masukkan susu cair dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan telur puyuh. Gaul seketika.
- Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Boleh tambah hirisan cili padi jika mahu rasa sedikit pedas.
5. SAMBAL TELUR BERSERAI
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji telur | rebus dan goreng
- 8 biji cili merah | dikisar
- 5 biji bawang merah | dikisar
- 2 ulas bawang putih |dikisar
- 1 batang serai | titik
- Sedikit air asam jawa
- Sedikit air
- Minyak untuk menumis
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan kisar. Apabila sudah naik baru, masukkan serai, air asam jawa dan sedikit air. Kacau perlahan.
- Akhir sekali masukkan telur. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau seketika.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Enak dimakan bersama nasi putih.
6. PAIS TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji telur masin
- 1 biji telur biasa
- Sedikit hirisan daun kunyit
- Sedikit hirisan daun limau purut
- Sedikit hirisan serai
- 2 sudu makan santan pekat
- Daun pisang untuk membungkus secukupnya
CARA MEMASAK:
- Sediakan daun pisang.
- Pecahkan telur masin satu persatu ke dalam daun pisang.
- Kemudian pecahkan dan hancurkan telur ayam biasa dan tuang ke atas telur masin tadi.
- Taburkan daun kunyit, daun limau purut dan serai yang telah dihiris.
- Akhir sekali, tuangkan santan pekat. Kesemua bahan jangan dikacau. Bungkus telur tersebut.
- Kukus kira-kira 5 minit dan selepas itu dibakar sekitar 5 minit lagi.
- Keluarkan dan sedia dihidangkan.
Info chef: Tidak perlu tambah garam kerana telur masin sudah sedia masin.
7. SUP TELUR CENDAWAN TIRAM
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji telur
- 5 biji bawang merah | dikisar
- 2 ulas bawang putih | dikisar
- 10 tangkai cendawan tiram |potong
- Sedikit bunga kubis |potong
- Sedikit daun sup |racik kasar
- Sedikit suhun
- 1 mangkuk air
- Garam secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan kisar. Tumis hingga terbit wangi. Apabila sudah naik baru, masukkan air. Kacau perlahan.
- Apabila kuah sudah mendidih, masukkan cendawan tiram, bunga kubis dan suhun.
- Kecilkan api untuk masukkan telur satu persatu. Biarkan kira-kira tiga minit.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Boleh tambah cili padi ketuk jika ingin rasa pedas.
Resipi: Nurul Syahirah Ramli, Shah Alam Selangor
Sangat Sedap. Resipi Sambal Belacan Kenduri Kelantan Paling Padu

Tak lengkap hidangan setiap hari tanpa adanya sambal. Kalau nak tahu, Sambal Belacan Kenduri Kelantan ini memang popular di negeri Cik Siti Wan Kembang. Ia sesuai dimakan untuk semua jenis nasi. Kalau pernah rasa makan kenduri di Kelantan, ha…inilah sambalnya. Sekali buat dalam jumlah yang banyak kerana sambal ini boleh tahan sampai sebulan kalau disimpan dalam peti sejuk. Lagi lama disimpan lagi sedap. Jom cuba resipi perkongsian saudari Ruby Suhana Said ni. Anda pasti kagum dengan rasanya.
RESIPI SAMBAL BELACAN KENDURI KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
4 biji bawang holland – dibakar/ panggang – beli online disini
1 labu bawang putih – dibakar/ panggang – beli online disini
4 biji tomato – dibakar/ panggang
6 biji cili merah
1 genggam cili api – ikut tahap pedas masing-masing
8 biji limau kasturi – kisar bersama kulit
1 cawan cuka – beli online disini
2 keping kecik / 1 keping besar Gula Nisey (Gula kerek) – beli online disini
4 sudu makan gula putih – ikut tahap manis digemari
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Bakar atau panggang bawang holland, bawang putih dan tomato.
2. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dibakar dan bahan-bahan lain ke dalam pengisar.
3. Kisar semua bahan tanpa menggunakan air.
4. Biarkan sambal beberapa jam di dalam bekas sebelum dimasukkan ke dalam balang.
5. Jika buat dalam kuantiti yang banyak, simpan sambal da;am peti sejuk supaya tahan lebih lama.
INFO: Sambal Kelantan tidak menggunakan belacan dan tidak perlu letak air masa kisar.
Kredit resipi & foto: Ruby Suhana Said
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Koleksi Resipi Lauk Berbuka Selera Kampung Paling Popular Di Bazar Ramadan
20 Resipi Biskut Raya Popular Yang Mudah, Sedap & Sesuai Buat Niaga
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official