Makan

Resipi Udang Celup Tepung Rangup & Sedap. Bancuh Tepung Ikut Sukatan Ini, Baru Hasilnya Krup Krap

Share

Menu udang selain dimasak sambal, gulai lemak, kari, digoreng kunyit boleh juga dibuat udang celup tepung. Sama seperti ikan celup tepung atau ICT hidangan udang sebegini juga enak diratah kerana tekstur yang rangup. Bagi yang teringin boleh gunakan resipi perkongsian Nur Masri ini untuk mendapatkan hasil udang celup tepung yang rangup krup krap.

Cara buat udang celup tepung rangup

Bahan-bahan

Udang -dibersihkan
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
Serbuk kunyit
3 ulas bawang putih -ditumbuk halus
Serbuk cukup rasa
Garam
1 biji telur
1/4 sudu kecil kapur makan
Air secukupnya

Cara memasak

1. Campurkan semua adunan, gaul sebati. Bancuhan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair.

2. Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas barulah dimasukkan udang yang disalut tepung.

4. Goreng hingga masak dan udang garing. Angkat dan toskan.

5. Siap untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Nur Masri

 

Published by
Rose