
Umpphh sedapnya kalau dapat nikmati lauk kegemaran tengahari ni. Tekak mengidam makanan laut setelah dah puas makan daging korban. Muak pula rasanya. Nah min cadangkan masakan yang boleh korang kecur liur. Paduan rasa masam,manis dan pedas cili api sungguh membuka selera. Pasti bertambah anda makan nanti.
Udang Masak Lemak Cili Padi + Nenas
Bahan-bahan:
Cili padi
Bawang merah
Bawang putih
Serai
Sikit kunyit serbuk
Garam
Santan
Nenas sikit
Cara memasak:
1.Tumbuk cili, bawang merah n putih..
2.Serai dititik saje.
3.Tumis bhn tumbuk sampai pecah minyak..
4.Masuk serai. Masuk santan, udang, nenas, serbuk kunyit dan garam. Kacau.
Selamat Mencuba
Oleh: Norazizah Hasbolah
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Tepung Talam Pandan Sukat Guna Cawan, Sedap & Gerenti Jadi.

Anda yang baru nak mula belajar buat tepung talam, apa kata cuba resipi Tepung Talam Pandan yang RASA kongsikan ini. Ia ringkas, guna cawan sahaja dan anda tak perlu fikir penimbang semua, janji ikut sahaja apa yang dikatakan dalam resipi. Gerenti hasilnya akan membanggakan diri anda.
TEPUNG TALAM PANDAN
BAHAN;BAHAN:
LAPISAN BAWAH:
3 cawan jus pandan | hasil dari 5-6 helai daun pandan dikisar bersama 3 cawan air.
3 cawan tepung gandum
1/2cawan tepung ubi
1/2 cawan gula
1/2 kotak santan | kotak saiz kecil
1 sudu teh esen pandan coconut
Pewarna hijau epal
LAPISAN ATAS:
200ml santan kotak
1/2 sudu teh garam
3 sudu makan gula pasir
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan air
CARA MEMBUAT:
- Sekalikan tepung gandum, tepung ubi dan gula dalam bekas adunan.
- Tuangkan jus pandan, kacau-kacau, kemudian tambah esen padan dan perwarna hijau.
- Kacau hingga tiada ketulan.
- Atau tapiskan ke dalam loyang 9X9 yang telah disapukan dengan minyak atau dilapik plastik.
- Masukkan dalam pengukus yang telah dipanaskan dan kukus selama 15-20 minit.
- Untuk lapisan atas: Campurkan semua bahan ke dalam bekas adunan, kacau rata dan tapis hingga tiada ketulan.
- Apabila bahagian sudah masak, buka penutup kukus, biarkan seketika, apabila permukaan lapisan bawah kering, cucuk-cucuk dengan garpu baru tuang lapisan atas.
- Kukus semula lebih kurang 25-30 minit.
- Sekali sekala buka penutup dan buang air wap, supaya air tidak bertakung atas permukaan kuih.
- Setelah masak, buka penutup kukus, biar seketika baru keluarkan dari pengukus.
- Potong setelah kuih sejuk.
Kredit : Lydia Na.
Ayam Masak Masala Versi Mudah

Resipi tidak menggunakan bahan rempah yang banyak. Sangat mudah dan cepat untuk dimasak.
AYAM MASAK MASALA
BAHAN-BAHAN:
- Ayam sebelah (potong kecil)
- 3 ulas bawang merah (kisar halus)
- 3 ulas bawang putih (kisar halus)
- 2 tangkai daun kari (buang tangkai)
- 1 biji tomato (potong 4)
- 2 sudu besar serbuk kari
- 2 sudu besar serbuk cili
- Sedikit kicap manis (untuk warna kelihatan gelap sedikit)
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Cuci ayam bersih-bersih dan perap sekejap (dalam 10minit) bersama sedikit garam
- Selepas itu goreng sehingga masak.
- Tumiskan bawang merah & bawang putih yang dikisar.
- Tumis sehingga naik minyak baru masukkan serbuk cili & serbuk kari.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Serta masukkan sedikit kicap manis.
- Kacau hingga kuah menjadi pekat.
- Masukkan ayam yang sudah digoreng.
- Kemudian kacau sampai sebati.
- Akhir sekali masukkan daun kari & tomato.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: juenie kosmetik
5 Aneka Sayur Campur Tak Jemu Dimakan. Mudah Aje Buatnya.

Menu sayur campur memang tak pernah mengecewakan. Samada dicampur dengan daging atau makanan lauk atau digoreng bersama cendawan lagilah bertambah sedap rasanya.
Menu sayur kalau nak masak kena kreatif biar Nampak ada warna sikit. Jangan goreng lama sangat pulak, hilang pulak khasiatnya. Ni min kongsikan lima aneka menu sayur campur untuk uolz.
- PAPRIK SAYURAN

.
BAHAN-BAHAN :
- 2 biji terung | dipotong memanjang
- 1 biji lobak merah | dipotong
- 4 batang jagung muda | dipotong
- 10 biji kacang panjang / buncis secukupnya | dipotong serong memanjang
- Sedikit isi udang | jika suka
- 1 sudu kecil chilli flakes
- 1½ sudu kecil lada sulah
- 2 sudu besar sos cili
- 1½ sudu besar sos tiram
- 2 ulas bawang putih | diketuk
- 1 ulas bawang besar | dibelah tebal
- 1 helai daun limau purut
- 3 sudu besar minyak masak
- Garam secukup rasa @ Maggi secukup rasa
CARA MEMASAK :
1.Terung digoreng sekejap terlebih dahulu dengan sedikit minyak. Angkat dan ketepikan.
2. Gunakan minyak yang sama, tumis bawang putih yang diketuk dan masukkan isi udang.
3. Masukkan sos cili dan sos tiram bersama sedikit sahaja air.
4. Masukkan daun limau purut, chilli flakes dan lada sulah. Masukkan semua bahan sayuran yang dipotong dan bawang besar. Masak sekejap.
5. Masukkan terung goreng. Kacau rata tabur Maggi Cukup Rasa keatasnya. Kacau sebati Tutup api dan siap!
2. ASPARAGUS SOS TIRAM

.
BAHAN-BAHAN:
- 1 ikat asparagus (kurang lebih 2 cekak)
- 15 ekor udang saiz sederhana, kupas, cuci dan toskan
- 4 biji cili padi merah, dititik
- 4 biji cili padi hijau, dititik
- 1 biji bawang besar, hiris
- 3 ulas bawang putih, dititik
- 1 camca besar sos tiram
- Secubit gula
- Sos ikan secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Asparagus diambil bahagian lembut sahaja, caranya, ambil1 asparagus, lenturkan dan ia akan patah, ambik bahagian lembut.
2. Kemudian letak bahagian lembut tadi pada asparagus lain dan kerat mengikut ukuran bahagian lembut.
3. Kemudian kerat 3 atau 4 bahagian ikut saiz yang anda inginkan. Cuci dan toskan.
4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, cili padi hijau/merah hingga harum, masukkan sos tiram dan udang. Kacau rata.
5. Bila udang bertukar warna, masukkan asparagus, kacau dan tambah secubit gula dan sos ikan secukup rasa.
6. Masak hingga asparagus lembut tapi masih rangup. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
7. Hidangkan panas bersama nasi hangat.
3, BROKOLI + CENDAWAN SOS TIRAM

.
BAHAN-BAHAN :
- 4 jejari ketam (dipotong)
- 250 gm brokoli
- 1/2 biji lada benggala
- 1 tin cendawan butang
- 2 ulas bawang putih (dimayang)
- 2 ulas bawang merah (dimayang) 3 sudu besar sos tiram (dicairkan dengan ¼ cawan air)
- Minyak (untuk menumis)
- Garam secukup rasa
- Lada hitam secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Bersihkan brokoli dan celur. Potong lada benggala dan celur. Toskan cendawan butang.
2. Panaskan dua sudu besar minyak dan tumis bawang sehingga garing. Kemudian masukkan jejari ketam dan sos tiram. Biarkan seketika dan masukkan cendawan butang.
3. Akhir sekali masukkan brokoli serta lada benggala dan sesuaikan rasa dengan garam dan lada sulah.
4. Biarkan ia seketika di atas api. Angkat dan hidangkan.
4. LEMAK CILI API DAN KACANG PANJANG

.
BAHAN-BAHAN :
- 1/2 kg perut yang siap direbus – hiris ikut suka
- 5 batang kacang pancang – potong serong
- 1 batang lobak merah – potong ikut suka
- 1 batang serai – dititik
- 200ml air
- 200ml santan pekat
- minyak
- garam / gula / perasa pilihan
Bahan tumbuk:
- 20 biji cili padi
- 3 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah
- 2cm kunyit hidup
- 1 genggam udang kering – direndam hingga lembut
CARA MEMASAK :
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis kesemua bahan tumbuk hingga wangi.
2. Masukkan serai diikuti dengan perut dan lobak merah. Gaul sebati.
3. Tambahkan air dan biarkan mendidih atau sehingga perut menjadi benar-benar lembut.
4. Masukkan kacang panjang dan biarkan sehingga berubah warna menjadi hijau tua..
5. Tuangkan santan pekat, diikuti dengan garam / gula / perasa pilihan.
6. Kacau sekali sekala supaya tidak pecah santan.
7. Apabila kuah mula mendidih, padamkan api dapur.
5. SAYUR CAMPUR ALA CINA

.
BAHAN-BAHAN :
50gm bunga kubis.
5 ulas kacang buncis.
1 biji lada benggala – dipotong dadu.
2 biji lobak merah – dipotong nipis.
5 ulas bawang putih – dikisar.
2 sudu besar sos tiram.
sedikit stok ayam.
50ml air.
2 sudu tepung jagung – dibancuh dengan air.
2 biji cili merah – dipotong kecil (untuk hiasan).
10gm bawang merah – digoreng (untuk hiasan).
CARA MEMASAK :
1.Panaskan kuali , masukkan minyak dan tumis bawang putih
2.Masukkan air , stok ayam dan sos tiram.
3.Masukkan garam dan air bancuhan tepung jagung.
4.Kacau sos sehingga pekat dan masukkan sayur-sayuran.
5.Kacau sampai mendidih dan masukkan cili merah serta bawang goreng.
Sumber ; FB Ilham Resepi

