Resipi Udang Masak Lemak Nanas. Rasa Masam-Masam Memang Buka Selera!

Share

Menu yang pastinya menjadi kegemaran ramai. Jika anda menggunakan nanas yang agak kurang masak, disarankan agar mencelur hirisan buah terlebih dahulu bagi membuang rasa masam yang berlebihan. Kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam kuah.

BAHAN-BAHAN:

  • 10 ekor udang saiz XL  | potong janggutnya dan bersihkannya
  • 1 biji nanas | potong dadu
  • 2 biji tomato | belah empat
  • 2 biji cili merah | hiris
  • 2 keping asam gelugur
  • 2 batang serai | titik
  • 1 helai daun kunyit | koyakkan
  • 1 mangkuk santan
  • 1/2 mangkuk air
  • Garam dan gula secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR:

  • 8 biji cili api
  • 3 biji bawang merah
  • 1 inci kunyit hidup

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam periuk masukkan bahan-bahan kisar, serai dan air ke dalam periuk.
  2. Renehkan seketika sehingga bahan-bahan kisar masak. Kemudian masukkan nanas dan asam gelugur, biarkan ia masak seketika.
  3. Apabila sudah mendidih, masukkan santan, udang, tomato dan cili merah. Biarkan udang masak dan masukkan daun kunyit.
  4. Perakan garam dan gula secukup rasa. Kacau dan angkat.
  5. Sedia dinikmati bersama nasi putih panas.

 

 

Published by
Nur