Resipi masakan udangyang ringkas namun mempunyai rasa yang sedap. Bagi anda yang belum ada idea nak masa kapa untuk keluarga, dan tercari-cari menu yang mudah dimasak, resipi udang ini salah satunya yang paling cepat dimasak. Tak suka udang? Boleh je gantikan dengan isi ayam. Sedap! Saudari Mazlina Haji Ismail kongsikan cara-caranya. Selamat mencuba!
RESIPI UDANG YANG SEDAP, RINGKAS & MUDAH DISEDIAKAN
BAHAN-BAHAN: 1kg udang – bersihkan Serbuk kunyit dan garam secukupnya 2 biji bawang besar – potong bulat 20 biji cili padi @ cabai burung – potong serong 1 mangkuk kecil sos cili – beli online disini 1 sudu makan kicap lemak manis – beli online disini Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK: 1.Bersihkan udang dan gaulkan bersama serbuk kunyit dan garam dengan secukupnya.
2. Panaskan minyak masak dalam kuali. Goreng udang hingga masak. Angkat dan ketepikan seketika.
3. Tumis sos cili menggunakan lebihan minyak gorengan udang. Jika nak kuahnya lebih, hanya tambahkan sos dan kicap sahaja.
4. Kemudian masukkan kicap lemak manis.
5. Kacau campuran sos seketika hingga sebati.
6. Seterusnya masukkan hirisan bawang dan cabai burung.
7. Kacau sebentar hingga semua bahan sekata.
Ads
8. Akhir sekali, masukkan udang yang telah digoreng tadi. Gaul sebati. Siap. Tidak perlu tambah garam kerana semua rasa sudah seimbang.
INFO: Selain udang, boleh juga gunakan ayam yang telah dipotong kecil.
Udang, antara seafood yang sedap dan disukai ramai, tidak kiralah dimasak apa sekalipun pasti ramai menggemarinya. Malah udang juga lauk paling senang dimasak, anda hanya perlu ambil masa 10-15 minit saja untuk menyiapkan menu. Kalau tak percaya cuba lima cara masak udang yang korang boleh cuba sendiri di rumah.
UDANG SAMBAL BELACAN
BAHAN-BAHAN:
500gm udang saiz XXL | dibersihkan dan toskan
1 biji bawang besar |dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
2.5cm halia | dikisar
3 sudu makan pes cili kering
2 sudu makan air asam jawa
3cm belacan
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Gaulkan udang yang telah dibersihkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
Panaskan minyak, goreng udang hingga kemerahan, angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit, kemudian tumis bahan kisar hingga wangi.
Masukkan pes cili, diikuti belacan, kacau hingga pecah minyak,
Kemudian masukkan air asam, garam dan gula secukupnya.
Setelah pekat dan agak kering masukkan udang yang telah digoreng.
Tutup api dan gaul rata.
Sedia dihidangkan.
UDANG GORENG MENTEGA TELUR
BAHAN UNTUK UDANG GORENG:
500gm udang saiz XXL | dibersihkan
8 biji cili padi | dihiris
1/2 cawan susu seger
1 sudu makan mentega
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN UNTUK SARANG TELUR:
2 biji telur kuning
1 sudu makan mentega
1 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:
Gaulkan udang bersama garam dan lada sulah secukupnya. Ketepikan.
Panaskan minyak, goreng udang sehingga kemerahan.
Angkat dan toskan.
Kemudian keluarkan minyak kerana ia tidak digunakan lagi.
Panaskan mentega dalam kuali, tumiskan bawang putih dengan cili hingga garing dan naik bau.
Masukkan susu cair, kacau seketika. Kemudian masukkan udang yang telah digoreng tadi.
Perasakan dengan serbuk lada hitam dan sedikit garam.
Untuk membuat sarang telur. Pukul ringan kuning telur.
Panaskan mentega bersama minyak masak sehingga panas, tuangkan kuningan telur sedikit demi sedikit supaya telur masuk kuali halus-halus.
Sambil itu kacau laju-laju hingga telur habis.
Terus kacau sehingga telur kelihatan bersarang dan berwarna kuning keemasan.
Kemudian tuangkan ke atas tapisan untuk toskan minyak.
Akhir sekali taburkan di atas udang dan hidangkan panas-panas.
UDANG GORENG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
500gm udang saiz XXL | dibersihkan
4 ulas bawang merah | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
1 biji bawang besar |dicincang
1 batang serai | dikisar
2 tangkai daun kari | dilurut dari tangkai
6 biji cili padi | dihiris
1 sudu makan serbuk kari
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Gaulkan udang yang telah dibersihkan dengan semua bahan kisar dan serbuk rempah kari, ketumbar, jintan manis, jintan putih, serbuk kunyit, garam dan gula secukupnya.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng daun kari hingga garing dan naik bau.
Masukkan hirisan bawang besar, diikuti udang.
Goreng hingga udang kemerahan lebih kurang lima minit.
Angkat dan hidangkan panas-panas.
RENDANG UDANG
BAHAN-BAHAN:
500gm udang saiz XXL | dibersih dan toskan
500ml santan pekat
2 sudu makan kerisik
3 sudu makan pes cili kering
6 ulas bawang merah | dikisar
4 ulas bawang putih | dikisar
3cm halia |dikisar
2cm lengkuas | dikisar
2 batang serai | dikisar
1 helai daun kunyit | dihiris
1 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.
Masukkan pes cili tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan pula santan, dan biarkan mendidih hingga kuah pekat.
Kemudian masukkan udang, kacau rata hingga udang bertukar warna kemerahan.
Masukkan kerisik dan air asam jawa.
Kecilkan api biarkan mereneh seketika.
Lengkapkan rasa dengan garam dan gula, kemudian taburkan hirisan daun kunyit.
Sedia dihidangkan.
UDANG GORENG TEMPOYAK BAHAN-BAHAN:
500 gm udang saiz XXL | dibersihkan
2 sudu makan tempoyak | dibancuh dengan sedikit air
1 biji bawang besar | dihiris
1 helai daun kunyit | dihiris halus
1/2 sudu teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
20 biji cili padi
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Gaulkan udang bersama serbuk kunyit dan garam secukupnya dan ketepikan.
Panaskan minyak, goreng udang hingga kemerahan, angkat dan toskan.
Keluarkan sebahagian minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan hirisan bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar dam serbuk kunyit.
Kacau hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan bancuhan tempoyak, diikuti garam dan gula secukupnya.
Bila kuah tempoyak agak pekat dan cukup rasa, masukkan hirisan daun kunyit dan udang.
Malas nak masak, malas nak keluar makan!, Tapi tekak nak makan sedap, ini ada 2 menu paling ringkas yang boleh korang cuba. Padankan dengan nasi putih dan cukup, rajin lebih sikit tambahlah sayur. Senangkan….
AYAM SERAI
BAHAN-BAHAN:
500gm isi dada ayam | potong kecil, cuci dan tos
4 batang serai | titik atau hiris halus
10 biji cili padi | hiris memanjang
1 biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | titik
2 sudu makan sos ikan
2 sudu makan tepung jagung
Garam, gula dan serbuk lada sulah secukupnya
BAHAN PERAPAN AYAM:
4 sudu makan kicap ikan
2 sudu makan minyak bijan
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit sebuk lada hitam
CARA MEMASAK:
Gaualkan isi ayam dengan perapan. Perap lebih kurang 30 minit.
Panaskan minyak dalam kuali.
Sementara menunggu minyak panas, gaulkan ayam tadi dalam tepung jagung, kemudian celup dalam telur yang telah dikacau dan gaulkan sekali lagi dalam bekas tepung dan gireng/ Lakukan hingga isi ayam habis digoreng.
Keluarkan minyak, tingga hanya minyak untuk menumis.
Tumis bawag besar, bawang putih, serai dan cili. Kacau rata hingga wangi.
Masukkan ayam, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Ayam sedia dihidangkan panas-panas.
KEPAH TUMIS BAWANG PUTIH
BAHAN-BAHAN:
1 kg kepah |cuci bersih dan tos
5 ulas bawang putih | titik
4cm halia muda | hiris memanjang
3 sudu makan sos tiram
8 biji cili padi | hiris
3 pokok daun bawang | hiris memanjang 3cm
Garam, gula dan perasa secukupnya
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih dengan halia hingga wangi.
Masukkan kepah, kacau dan tambahkan cili padi.
Kacau lagi, dan perasakan dengan sos tiram, garam, gula dan perasa secukupnya.
Akhir sekali masukkan daun bawang, tutup api dan kacau rata.
Nak makan apa dinner nanti? RASA kongsikan resipi masak lemak pucuk paku dengan udang. Lauk ini memang cukup lengkap. Ada udang dan ada sayur. Kuahnya pula pedas-pedas lemak. Jadi kalau tak tahu nak masak apa, bolehlah cuba maska lauk ni ye.
MASAK LEMAK PUCUK PAKU DENGAN UDANG
BAHAN KISAR
15 tangkai cili padi | kurangkan kalau tak nak pedas
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
BAHAN LAIN
2 batang serai | dititik
2 pokok daun ketumbar bersama akarnya | bersihkan dan hiris
10 ekor udang sederhana besar
2 keping asam keping
Garam secukup rasa
1 mangkuk santan
1 mangkuk besar pucuk paku | bersihkan
CARA MEMBUAT
1. BAHAN KISAR dikisar halus dan masukkan dalam periuk.
2. Masukkan serai dan daun ketumbar. Masak sehingga harum.
3. Masukkan udang.
4. Tambahkan air jika kuah kering.
5. Masukkan asam keping dan garam.
6. Masukkan santan
7. Tunggu kuah mendidih. Kemudian masukkan pucuk paku.
8. Masak kejap sampai sayur lecur sikit sahaja. Tutup api dan hidangkan.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!