Masakan Thai sering menjadi pilihan tatkala menjamu selera di restoran mahupun kafe. Sebenarnya, hidangan restoran ni tidak susah untuk dimasak. Malah anda sendiri boleh sediakan secara homemade untuk dinikmati oleh ahli keluarga. Jom cuba.
UDANG MENTEGA THAI
BAHAN-BAHAN:
- 10 ekor udang saiz XL | bersih dan toskan
- 100gm mentega
- 1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkainya
- 4 tangkai cili padi | hiris
- 3 ulas bawang putih | cincang
- 200gm susu cair
- 1 sudu teh tepung jagung
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan udang goreng, gaulkan udang dengan sedikit tepung dan garam.
- Panaskan minyak, kemudian goreng udang hingga garing. Ketepikan.
- Dalam kuali lain, panaskan mentega, tumis bawang putih hingga wangi.
- Masukkan pula daun kari, diikuti susu cair dan tepung jagung. Kacau hingga mendidih.
- Perasakan dengan garam.
- Tutup api dan tuangkan di atas udang goreng tadi.
- Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Sotong juga enak dimasak dengan resipi ini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Tomyam Poktek Viral! Patutlah Ramai Share. Sedap Rupanya!
Masakan Thailand terutamanya tomyam semestinya antara hidangan yang digemari ramai. Rasanya yang pedas, masam dan cukup manis masinnya membuatkan ia antara juadah yang wajib ‘order’ bila makan di restoran. Bagi yang gemarkan tomyam, anda boleh hasilkan sendiri hidangan ini di rumah. Hasilnya? Pastinya sama dengan rasa yang anda beli tu, malah lebih sedap kerana anda boleh menambah pelbagai lauk pauk kegemaran. Bestkan? Jom lihat cara-cara membuat Tomyam Poktek ( seafood).
TOMYAM POKTEK
BAHAN-BAHAN:
- Udang
- Sotong | dibersihkan
- Isi ikan kembung
- 2 biji tomato | belah 4
- 2 batang serai | diketuk
- Lengkuas
- 5 biji cili padi merah | diketuk
- Cendawan enoki
- 4 sudu besar santan @ susu cair
- Daun ketumbar
- 3 helai daun limau purut
- 3 biji limau nipis
- 1 biji bawang besar
- Batang dan akar ketumbar
- 1 kiub pati ikan bilis
- 600ml air
- 4-5 sudu makan sos nampla ( sos ikan)
CARA MEMASAK:
1. Masuk serai, lengkuas, kiub ikan bilis, daun limau purut, batang & akar ketumbar dan cili ketuk ke dalam periuk.Masuk 600ml air( anggaran dalam 3 cawan besar).
2. Bila dah mendidih, masukkan tomato dan bawang besar. Biar didih sekali lagi.
3. Kemudian masukkan udang, sotong dan ikan satu persatu. Masuk angkat bahan-bahan tadi dengan tangan. Jangan lingkupkan dengan bekasnya sebab taknak air termasuk sekali atau tos hingga kering.
4. Cara potong limau. Elakkan terhiris biji limau kerana ia akan memberikan rasa pahit.
5. Perah limau nipis satu persatu dan sesuaikan rasa masam mengikut citarasa.
6. Cendawan mudah lembik, jadi masukkan apabila tomyam dah hampir masak.
7. Masuk nampla (sos ikan) dalam anggaran 4-5 sudu makan.Tunggu mendidih sekali lagi.
8. Bila dah mendidih, masukkan santan @ susu cair. Terus matikan api. Tabur daun ketumbar.
9. Dah siap. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Yuss Aisya
Bell Ngasri Kongsi Resipi Tomyam Merah Campur Paling Power
Macam mana, dah tonton Rasa Anak Emak Anak Bapak episod 11 bersama Bell Ngasri bersamanya babanya; Hj Ngasri Sain tadi? Memang lucu dan menghiburkan kan? Ada sahaja idea Bell untuk mengenakan ayahnya.
Rupanya sajian Tomyam merupakan hidangan kegemaran Hj Ngasri. Simple sahaja menunya. Walaupun hanya guna pes tomyam segera, tapi kalau silap campur bahan tanpa sukatan yang betul, memang tak menjadi masakannya. Nasib baik Bell ni boleh masak. Sedaplah juga walaupun pada awalnya si ayah agak ragu-ragu.
Nak cuba masak menu Tomyam Merah resipi Bell Ngasri ni untuk ibu bapa dan keluarga tersayang? Jom lihat resipi di bawah.
RESIPI TOMYAM MERAH CAMPUR POWER
BAHAN-BAHAN:
- 1.5 liter air – lebihkan jika guna banyak bahan
- 5-6 ekor udang- bersihkan
- 3 ekor sotong – bersihkan & hiris
- 400gm isi dada ayam – hiris nipis
- 1/2 biji bawang besar – hiris
- 1/2 batang lobak merah – hiris
- 2 batang serai – dititik
- 1 inci lengkuas – dititik
- 3 helai daun limau purut
- 10 tangkai cili padi
- 2 biji tomato – hiris
- 1-2 biji limau nipis – ambil jusnya
- 1 tangkai daun ketumbar – hiris
- 2-3 sudu makan pes tomyam – jika suka tomyam pekat, boleh lebihkan.
- Garam, gula dan perasa secukupnya
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar, lengkuas dan serai sehingga wangi.
2. Masukkan air dan pes tomyam. Biarkan kuah mendidih.
3. Masukkan isi ayam, sotong, udang, lobak merah, daun limau purut dan cili padi. Masak hingga ayam masak dan lobak merah lembut.
4. Akhir sekali, masukkan jus limau nipis, hirisan tomato dan perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya. Padamkan api.
5. Sebelum dinikmati, tabur hirisan daun ketumbar untuk menyedapkan lagi rasa tomyam.
DI SEBALIK TABIR PENGAMBARAN
Sedapnya Bersahur Dengan Lauk Udang Goreng Pedas Daun Ketumbar
Memang sedap sungguh makan udang goreng pedas yang dicampur dengan daun ketumbar. Tengok serdak udang yang garing ni pun dah nampak sedap, apa lagi dapat makan udang yang panas-panas pedas. Kena pula dengan nasi panas. Boleh buat sahur.
UDANG GORENG PEDAS DAUN KETUMBAR
BAHAN-BAHAN:
- 250 gram udang saiz XL | buang kulit
- 1/2 cawan tepung goreng ayam
- 1 sudu kecil pati ayam
- 6 ulas bawang putih | cencang
- 2 biji cili merah | cencang
- 1 sudu besar chili flakes
- 1/2 cawan daun ketumbar | hiris halus
- Sedikit daun bawang | hiris halus
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak goreng udang hingga bertukar warna kemerahan. Angkat dan toskan.
2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
3. Masukkan cili merah dan Chilis Flakes, kacau rata hingga pecah minyak.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Lengkapkan rasa dengan serbuk pati ayam.
5. Kecilkan api, masukkan udang yang telah digoreng bersama daun ketumbar dan daun bawang.
6. Tutup api dan kacau rata.
Selamat mencuba!