Kek yang kini viral unicorn cheese cake. Mana taknya meriah dengan warna warni. Bukan hanya anak-anak suka, ,malahan orang dewasa juga. Kek ini simple namun diolah dengan meletakkan cheese dan juga bahan hiasan maka rupanya jadi wow dan terserlah. Buat yang ingin mencuba buat ini resipinya.
Unicorn Cheese Cake Viral
Bahan untuk kek vanila
*3 biji telur
*1 cawan gula pasir
*1/2 cawan minyak masak
*1/2 cawan susu segar atau susu cair-BELI ONLINE DI SINI
*1 sudu teh esen vanila-BELI ONLINE DI SINI
*1 sudu makan ovelatte-BELI ONLINE DI SINI
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
Cara buat:
1.Pukul ke semua bahan yang bertanda * sehingga kembang.
2.Bila sudah kembang masukkan tepung gandum dan baking powder.
3.Kukus kek sehingga masak
Bahan untuk cheese
250 gram cream cheese
1 cawan whipping cream ( anchor )
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan susu pekat manis-BELI ONLINE DI SINI
Cara buat:
1.Masukkan ke semua bahan di dalam blender dan kisar sehingga gebu.
2.Bahagikan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan dengan warna pilihan.
Bahan hiasan
– parutan cheddar cheese
– deco sugar
Kredit: Rezeki Dapur Kita
ADA YANG NAK MENUKAR MIXER BARU, BOLEH LIHAT DI SINI.
Petua Buat Kek Kukus 3 Bahan Tak Bantat. Ini Cara Perlu Ikut Kalau Nak Kek Lembut & Gebu.
Kek Buah Bakar Makin Lama Makin Lembab,Versi Buah Berselerak.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Prata Lapis Daging Kurma, Sedap Makan Panas-Panas
Buat anda yang sedang mencari hidangan mudah untuk dinikmati bersama keluarga, jom cuba resipi Prata Lapis Daging Kurma yang istimewa ni. Sangat enak dimakan panas-panas. Boleh bertambah-tambah dibuatnya. Lagi-lagi untuk waktu sahur atau berbuka nanti. Nak lagi sedap, tambahkan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes untuk kerak perang keemasan yang sempurna dan memikat selera. Jom cuba.
PRATA LAPIS DAGING KURMA
BAHAN-BAHAN:
- 6-8 keping prata segera – grill atas kuali leper hingga masak
- 150gram Perfect Italiano Perfect Bakes
BAHAN KURMA DAGING:
- 400gram daging – dadu kecil
- 250ml Anchor Cooking Cream
- 125gram Anchor Unsalted Butter
- 200ml air
- 1 labu bawang besar – belah empat
- 1 biji tomato – belah 4
- 2 biji cili merah – belah 2
- 8 biji bawang merah – kisar
- 3 ulas bawang putih – kisar
- 2sm halia – kisar
- 2 tangkai daun kari
- 1 sudu makan rempah empat sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga & cengkih)
- 4 sudu makan serbuk kurma
- 1 sudu makan serbuk garam masala
- 1 sudu teh serbuk perasa
- Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
- Untuk memasak kurma daging; cairkan Anchor Unsalted Butter di dalam periuk. Tumis herba 4 sekawan dan daun kari hingga wangi. Masukkan bahan-bahan kisar beserta rempah kurma dan serbuk garam masala. Kacau rata dan masak hingga rempah pecah minyak.
- Masukkan daging dan air. Didihkan hingga daging hampir empuk.
- Masukkan Anchor Cooking Cream, bawang besar, tomato dan cili merah. Masukkan serbuk perasa. Didihkan hingga semua bahan masak.
- Tambah garam secukupnya. Sejukkan.
- Untuk membuat lapisan prata daging; sediakan mangkuk/casserole tahan panas. Sapu dengan lebihan Anchor Unsalted Butter.
- Letakkan 1-2 keping prata yang telah masak. Sendukkan kurma daging di atas prata lalu ratakan. Tabur Perfect Italiano Perfect Bakes Ulangi proses hingga menjadi beberapa lapisan dan diakhiri dengan taburan Perfect Italiano Perfect Bakes di bahagian atas.
- Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 20-25 minit atau hingga keperang-perangan.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Jom Cuba! 24 Resipi Sambal Pelbagai Jenis Citarasa Orang Malaysia
Asam Pedas Daging Tetel Sedap, Resipi Mudah Boleh Masak Hari-Hari
Resipi Bingka Kelapa Muda, Kuih Tradisi Banjar Paling Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Daging Goreng Petai, Lauk Yang Membuka Selera
Petai ni antara ulam yang sedap. Boleh dimakan macam tu sahaja ataupun dibuat jeruk. Boleh juga dimasak sambal atau dijadikan sebagai pelengkap dalam hidangan daging. Memang sangat sedap.
Apa kata korang cuba resipi daging goreng petai ni. Memang sangat sedap. Apatah lagi dimakan panas-panas dengan nasi putih panas. Tambahkan cili biar pedas-pedas sikit. Sedap weh.
DAGING GORENG PETAI
BAHAN-BAHAN
• Bawang putih (ditumbuk)
• Halia (ditumbuk)
• Daging (dihiris nipis)
• Kunyit
• Garam
• Minyak masak untuk menggoreng
• 1 biji bawang holand atau bawang besar (dihiris)
• Sos tiram
• Cili merah
• Gula dan garam secukup rasa
• Petai
CARA MEMBUAT
1. Tumbuk bawang putih dan halia. Jangan sampai lumat. Gaulkan bersama daging, kunyit dan garam.
2. Panaskan minyak dan goreng daging sehingga lembut. Tambahkan air jika perlu. Jangan goreng garing pula. Bila daging dah empuk, boleh tutup api dan ketepikan.
3. Panaskan kuali, tumis bawang holland sehingga layu. Masukkan daging, sos tiram dan tambah sedikit air. Biarkan semuanya sebati.
4. Kemudian masukkan cili merah, gula dan garam.
5. Akhir sekali masukkan petai. Goreng sehingga daging agak kering. Bila semuanya dah sebati boleh tutup api. Siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba
Resipi oleh unknown dari Telegram KakiMakan t.me/kakimakan
5 Resipi Kek Mudah Dan Sedap Guna Air Fryer Sahaja
Guna Air Fryer sahaja dah boleh buat pelbagai jenis kek yang mudah dan sedap! Harini saya nak kongsikan 5 resipi kek yang gerenti menjadi guna Air Fryer sahaja. Dari berhabuk gitu je air fryer di rumah tu apa kata cuba resipi ni untuk menu minum petang? Jom kita cuba!
Kalau takde Air Fryer di rumah bolehlah beli DISINI dengan harga istimewa menggunakan code RASGSP5
KEK BROWNIES MILO
BAHAN-BAHAN:
1 cawan serbuk Milo
2 sudu susu pekat
2 biji telur
Kacang badam/cip coklat (hiasan)
CARA PENYEDIAAN:
Kacau manja-manja kesemua bahan tu, letak di dalam loyang yang disapu marjerin dan bakar dalam ‘air fryer’ suhu 180°c 15 minit.
KEK PISANG
BAHAN-BAHAN:
Ayak:
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecik baking powder
1 sudu kecik soda bikarbonat
Blend:
Pisang 6 biji (saiz kecik)
1/2 cawan minyak
1/2 cawan gula (kurangkn kalau pisang manis)
2 biji telur
CARA PENYEDIAAN:
Gaulkan tepung yang diayak dengan bahan blend.
Sapu butter bekas baking.
Tabur pisang hiris dan coklat chip bagi menambah selera.
Masak suhu 160°c 35minit (AF Russell Taylors 4.8L)
KEK COKLAT MOIST
BAHAN-BAHAN:
110 gram tepung gandum
180 gram gula
60 gram serbuk koko
1 biji telur
1/2 cawan susu
1/2 cawan air suam
1/4 cawan minyak masak
1sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh garam
3/4 sudu teh baking powder
3/4 sudu teh baking soda
CARA PENYEDIAAN:
1. Panaskan terlebih dahulu air fryer selama 5 minit pada suhu 180°C.
2. Masukkan kesemua bahan kering ke dalam mangkuk dan gaul rata. (Tepung gandum, serbuk koko, garam, baking powder, baking soda)
3. Masukkan gula dan gaul rata.
4. Masukkan susu,telur, minyak masak, esen vanila dan gaul sebati .
5. Masukkan air suam. Akan nampak cair tapi jangan risau. Teruskan gaul sampai sebati.
6. Tuang ke dalam loyang 6 inchi yang sudah dilapik kertas minyak. Tutupkan loyang dengan aluminium foil yang telah disapu mentega/minyak masak. Pastikan bahagian kilat di dalam. Tebuk lubang pada permukaan supaya membolehkan kek bernafas dan mengeluarkan wap dan mengekalkan kelembapannya.
7. Bakar 1: 160°C 35 minit.
Selepas bakar 1, keluarkan loyang dari bakul air fryer untuk membuka aluminium foil. Masukkan loyang balik kedalam air fryer.
Sambung bakar 2: 160°c 10 minit
8. Selepas bakar 2, rehatkan kek di dalam air fryer sebelum keluarkan untuk menstabilkan suhu kek.
9. Keluarkan kek dari air fryer dan rehatkan kek sampai sejuk sebelum potong dan dihidangkan.
CHEESECAKE
BAHAN-BAHAN:
250gm cream cheese tatura:
2 biji telor
3 sudu gula (kalau nak manis lebihkan)
Tepung gandum 3 sudu besar penuh
1 kotak kecil Full Cream Milk Dutch Lady
Essen vanilla sedikit
CARA PENYEDIAAN:
Blend semua hingga sebati dan halus. Saya bakar dalam loyang 7 inci. Suhu 180°c 25 minit.
KEK BUTTER TRADISIONAL
BAHAN-BAHAN:
1/2 cup castor sugar (boleh tambah jika nak manis)
1/2 bar butter anchor brand
1 1/2 cup tepung kek self raising floor (brand blue key)
1/2 cup susu segar (guna anchor dairy milk)
1 sudu kecil baking powder
3 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanilla
CARA PENYEDIAAN:
Pukul gula dgn butter Anchor tu sampai sebati.
Masukkan telur sebijik demi sebijik pukul bagi sebati lepas tu masukkan tepung sikit demi sikit susu, esen vanila dan baking powder.
Pukul sampai sebati. Kelajuan sederhana. (Untuk buat marble choc tu, ambik sesenduk campur coklat serbuk.
Kacau sebati dan layerkan dengan adunan asas tadi, kalau tidak. Takpa bakar terus je.)
Bakar 160°c 40 minit.
SELAMAT MENCUBA
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion RASA: