Bulan puasa ni, ramai yang suka berbuka dengan Puding Karamel. Lembut, lemak dan manis. Memang sedap! Namun ada ketika bila buat sendiri, puding seakan tak menjadi. Sedihnya! Usah bimbang kerana resipi di bawah ni ada boleh cuba. Mudah & pastinya anda berpuas hati.
RESIPI PUDING KARAMEL
Ads
BAHAN-BAHAN:
1 tin susu cair
5 biji telur gred A
3 sudu makan gula
Sedikit esen vanilla
CARA MEMASAK:
Tuang susu cair ke dalam periuk dan suamkan. Jangan sampai panas. Hanya letak atas api sekejap sahaja.
Pecahkan telur dan pukul. Kemudian tapis.
Dalam bekas lain, campurkan kesemua bahan-bahan tadi ( susu & telur). Tapis sekali lagi. Ada orang suka tambah air. Tujuannya supaya ada ruang-ruang angin bila dikukus nanti.
Ketepikan seketika.
BAHAN GULA HANGUS:
250gm gula
500ml air
CARA MEMASAK:
Ads
Masak gula hingga bertukar warna. Jika nak warna gula hangus lebih gelap, masak lebih lama.
Bila dah dapat warna yang diingini, perlahankan api dan tambah air sedikit. Kacau hingga gula larut.
Sejukkan gula hangus terlebih dahulu.
CARA MEMBUAT:
Ads
Tuang gula hangus ke dalam bekas yang bersesuaian. Jika bekas sebegini, tuang gula hangus anggaran 1/2 cm.
Seterusnya tuang campuraqn telur dan susu. Jangan sampai penuh acuan.
Susun dalam periuk kukusan dan kukus hingga masak. Api jangan terlalu kuat nanti hasil puding jadi menggelembung dan tidak cantik.
Masak selama 10-15 minit, bergantung pada api masa mengukus.
Brownies pun boleh dibuat biskut atau cookies. Kaya dengan rasa coklat, brownies nutella flat cookies pasti menceriakan ahli keluarga di Hari Raya.
Yang penting kalau buat jualan untuk raya ni, memang laku lah. Kaya dengan rasa coklat dan nutella memang sedap sungguh ni. Ingat tau potong masa panas-panas baru tak pecah.
BROWNIES NUTELLA FLAT COOKIES
Bahan-bahan : 100gm mentega 250g coklat dark compound | cairkan 2 sudu besar nutella *Satukan dan boleh cairkan, ina guna pengukus selain itu boleh juga double boil
Bahan ayak : 150gm tepung gandum 1 sudu kecil baking powder 1/2 sudu besar tepung beras
2 biji telur 1/2 cawan gula perang 1 sudu kecil esen vanila
Bahan tabur : Kuaci Hazelnut @ pecan @ badam| ikut suka kekacang yang disukai Coklat Cip
CARA MEMBUAT : 1. Kacau (whisk) telur dengan gula perang dan esen vanila. 2. Masukkan campuran coklat, mentega dan nutella tadi panas-panas dan kacau 3. Masukkan tepung (bahan ayak) dan kacau lagi. 4. Sediakan dulang pembakar dan lapikkan baking paper. 5. Letakan sesenduk ratakan nipis nipis, lagi nipis lagi bagus 6. Taburkan kuaci, kacang hazelnut atau pecandan coklat cip, letak rata-rata. 7. Panaskan oven dan bakar dalam suhu 160 darjah Celcius bergantung oven masing-masing 8. Dalam masa 20 minit dah boleh check. 9. Masa panas belum rangup jadi potong cepat-cepat masa panas, jadi ia tak mudah pecah. 10. Bila sejuk baru ambik pisau dan sisip bawah brownies tadi, dah siap.
Shepherd’s Pie antara menu barat untuk hidangan minum petang yang popular dan sangat mudah disediakan, Dari dulu hingga sekarang menu ini menjadi kegemaran ramai orang. Kepada anda yang ingin mencuba berikut dikongsikan resipinya,
SHEPHERD’S PIE
BAHAN-BAHAN:
4 biji kentang (besar), buang kulit dan potong dadu
1 sudu makan mentega
1 sudu makan bawang merah cincang
50gm keju cheddar
Sedikt garam
Sedikit lada hitam
1 sudu makan minyak sayuran
1 biji bawang |cincang
600gm daging kisar
2 sudu makan tepung
1 sudu makan sos tomato
180ml stok daging
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar pada suhu 190 darjah C. Ketepikan.
Rebus kentang hingga lembut. Tos dan lenyek. Campurkan mentega, bawang cincang dan keju cheddar. Perasakan dengan garam dan lada hitam. Gaul rata. Ketepikan.
Rebus lobak hingga lembut. Tos dan lenyek. Ketepikan.
Panaskan minyak. Masukkan bawang dan tumis hingga layu. Masukkan daging cincang dan masak hingga daging perang. Masukkan tepung dan masak sebentar (kira-kira 1 minit).
Tuangkan stok daging dan sos tomato. Biarkan mendidih, kecilkan api dan masak selama 5 minit.
Setelah itu tuangkan daging ke dalam loyang, ratakan. Kemudian masukkan lobak dan ratakan, diikuti adunan kentang dan akhir sekali taburkan keju cheddar di atasnya.
Bakar selama 25 minit sehingga ia masak sepenuhnya.
Rasa sama macam kek, tapi comel dan mudah dimakan di mana jua. Itulah kelebihan muffin. Gebu dan lembut, makanan kegemaran kanak-kanak dan juga dewasa.
Norhayati Ahmad (sebelah kiri)
Cuti hujung minggu ni bolehlah cuba resepi Norhayati Ahmad dari Adriana Cakes House ini. Gerenti sedap dan gebu.
KEK MUFFIN COKLAT
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
1 cawan minyak jagung
1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan serbuk koko | diayak
1 cawan gula kastor
Bahan B:
1 cawan tepung gandum | diayak
1 sudu teh serbuk penaik | diayak
1 sudu teh soda bikarbonat | diayak
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur saiz A
Bahan buttercream coklat :
100 gm krimwell
100 gm shortening
1-2 cawan gula aising (manis ikut kesukaan masing masing)
Pewarna jika perlu
½ cawan non dairy whipping cream (dipukul hingga kental)
Sedikit perasa coklat/ pes coklat
CARA MEMASAK : 1. Ayak Bersama tepung, baking powder & soda bikarbonat. Asingkan. 2. Dalam mangkuk, satukan semua bahan A. Masak sebentar di atas api perlahan dan kacau sebati. Biarkan sejuk sebentar. 3. Dalam satu bekas lain, dengan menggunakan mixer, putarkan telur sehingga gebu, kemudian masukkan esen vanilla dan putar lagi. 4. Masukkan adunan coklat tadi ke dalam adunan telur dan putar sehingga adunan sebati. 5. Masukkan tepung yang telah di ayak dan putar sebati. 6. Isi ke dalam cawan muffin sebanyak 2/3 penuh. Bakar pada suhu 170 darjah (api atas dan bawah) selama 25 minit. 7. Setelah masak, sejukkan di atas redai, kemudian boleh di hias menggunakan krim buttercream. Topping buttercream coklat : Satukan semua bahan dan pukul hingga sebati. Masukkan whipping cream dan perasa coklat dan gaul sebati. Masukkan dalam beg piping, sedia untuk digunakan.
Saiz hidangan: 20 biji kek cawan Waktu memasak: 45 – 50 minit Keistimewaan: Kek cawan kaya dengan rasa coklat dan koko Anggaran kos: RM 15
INFO CHEF :Kek coklat ini lembut dan lembut teksturnya.
KEK MUFFIN VANILLA
BAHAN-BAHAN :
Bahan kek :
1 1/4 cawan tepung kek | diayak
1 1/4 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh baking soda @ soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam
2 biji telur telur
3/4 cawan gula kastor
1 1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan minyak jagung
1/2 cawan buttermilk (atau 1/2 cawan susu campur 1/2 sudu teh cuka atau jus lemon dan ketepikan selama 5 minit sebelum digunakan)
Bahan butter cream:
100 gm krimwell
100 gm shortening
1-2 cawan gula aising (manis ikut kesukaan masing masing)
Pewarna jika perlu
½ cawan non dairy whipping cream (dipukul hingga kental)
CARA MEMASAK : 1. Panaskan oven pada suhu 170C. 2. Di dalam mangkuk, satu dan ayakkan tepung kek, serbuk penaik, baking soda dan garam. Ketepikan. 3. Di dalam mangkuk pengisar elektrik, putar telur selama 10-20 saat. Masukkan gula dan terus putar dengan menggunakan kelajuan sederhana selama 30 saat. Masukkan vanila dan minyak dan putar lagi hingga sebati. 4. Kurangkan kelajuan, masukkan campuran tepung diikuti separuh dari susu, tepung dan susu lagi. Kacau sebati. 5. Adunan agak cair. Tuang ke dalam kertas acuan muffin sebanyak 2/3 penuh. Bakar selama 15-18 minit. 6. Setelah masak, sejukkan di atas redai sebelum di hias. Buttercream: 1. Satukan semua bahan dan pukul hingga sebati. Masukkan whipping cream dan gaul sebati. Masukkan dalam beg piping dan sedia untuk menghias kek cawan.
Saiz hidangan: 16 biji kek Waktu memasak: 20 minit Keistimewaan: Kek vanilla yang lembut dan gebu Anggaran kos: RM15
INFO CHEF : Kek vanilla yang sedap dimakan ‘plain’ walau tanpa ramuan tambahan seperti kekacang atau buahan beri.
Yang dibawah ini pula resipi asas membuat muffin. Jika anda suka yang ‘plain’ sahaja inilah resepi mudahnya.
PLAIN MUFFIN
foto : epicurious.com
Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum | diayak
1 1/4 sudu teh serbuk penaik | diayak
1/2 sudu teh garam
2 sudu makan gula kaster
1 biji telur (saiz A) | dipukul ringan
1 cawan susu
1/4 cawan mentega yang telah dicairkan
CARA MEMASAK : 1. Panaskan oven ke suhu 190 darjah Celcius. 2. Griskan dulang acuan muffin. 3. Campurkan tepung gandum, serbuk penaik, garam dan gula di dalam mangkuk. 4. Masukkan telur, susu, dan mentega, kacau rata, larutan bater ini tidak cair. 5. Sudukan ke dalam dulang pembakar muffin, isikan 2/3 sahaja untuk ruang mengembang. 6. Bakar selama 20-25 minit.