Resipi Vietnamese Spring Roll Sedap & Tak Guna Banyak Bahan

Share

Popia Vietnam

@ Vietnamese Spring Roll ni memang sedap. Intinya terdiri dari isi udang, sayur-sayuran serta herba segar yang digulung dengan ‘rice paper’ dan dinikmati bersama sos. Memang layan! Teringin nak rasa? Resipi perkongsian saudari Noor Liyana di bawah ini pastinya boleh anda cuba. Sangat mengenyangkan. Sesuai juga untuk anda yang sedang dalam proses menurunkan berat badan.

 

CARA BUAT VIETNAMESE SPRING ROLL / POPIA VIETNAM

BAHAN UNTUK POPIA:
Lobak merah – hiris halus
Timun – hiris halus
Daun salad
Daun ketumbar – hiris
Daun kucai – jika ada
Suhun – celur sekejap & tos beli online disini
Isi udang rebus
Isi ketam@ filamen crab – dicelur & dibelah dua beli online disini
Vietnam rice paper / kulit popia vietnambeli online disini

BAHAN SOS:
Sos pencicah thai beli online disini
Daun ketumbar – dicincang
Cili padi – dicincang
Sedikit garam

 

 

CARA MEMASAK:
1.Untuk sos, satukan semua bahan yang dicincang bersama sos pencicah Thai. Sebatikan dan ketepikan seketika.


2. Sediakan 1 pinggan air. Ambil sekeping kulit popia Vietnam dan celup dalam air.
3. Letak kulit popia di atas pinggan, susun lobak merah, timun, daun salad, daun ketumbar, daun kucai, suhun, isi udang dan filamen ketam dengan secukupnya. Gulung kemas.


4. Lakukan proses yang sama hingga bahan habis.
5. Nikmati Vietnamese Spring Roll bersama sos.

Kredit resipi & foto: Noor Liyana

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur