Resipi Viral Daging Bakar Cicah Air Asam. Nangis Makan Ni!

Share

Sebut sahaja lauk Daging Bakar Cicah Air Asam, dah bertakung air liur dibuatnya. Kena pula daging lembut yang diperap sempurna, nasi panas-panas dan air asam pedas! Fuhhh..berebut pakat duk ceduk nasi. Jom cuba menu ni. Pasti berselera.

 

DAGING BAKAR AIR ASAM

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging | bersihkan dan tos. Lebih sedap jika guna daging yang sedikit berlemak

BAHAN KISAR:

  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3cm kunyit hidup
  • 3 batang serai
  • Garam  dan gula secukup rasa

BAHAN AIR ASAM:

  • 150gm asam jawa
  • 3cm belacan | bakar
  • Air suam secukupnya
  • 1 biji bawang besar saiz sederhana | potong dadu
  • 15 biji cili padi | dihiris halus
  • 1 biji tomato | potong dadu
  • Garam, gula dan perasa secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan daging dengan bahan kisar sehingga sebati dan perapkan 2-3 jam.
  2. Panaskan ketuhar atau kuali pemanggang. Kemudian panggang hingga garing menggunakan api kecil.
  3. Setelah cukup masak, angkat dan sejukkan.
  4. Setelah sejuk, hiris daging nipis-nipis. Ketepikan.
  5. Sementara itu siapkan air asam.
  6. Bancuh asam jawa dengan air suam. Kemudian buang biji.
  7. Tapiskan dalam mangkuk yang berisi belacan.
  8. Hancurkan belacan kemudian masukkan hirisan bawang dan tomato.
  9. Seterusnya perasakan dengan gula dan serbuk perasa. Garam jika perlu.
  10. Setelah secukup rasa, hidangkan bersama daging bakar.

 

ANDA JUGA BOLEH CUBA:

 

Published by
Nur