Durian tahun ini betul-betul menjadi seakan fenomena. Peminat durian tak melepaskan peluang mencuba pelbagai jenis durian, manakala isteri pula sibuk mencuba pelbagai jenis resipi menggunakan bahan asas utama ini, segalanya durian! Termasuk lah resipi viral ini yang mendapat perkongsian lebih 10K, pasti lebih sedap jika kamu cuba!
RESIPI PENGAT BEBOLA DURIAN
Ads
CARA DAN BAHAN IKUT STEP BY STEP:
Durian 7-8 ulasBuang biji dan lenyek2 kan isi durian
Gaul kn isi durian tadi dengan tepung pulut.. Jangan tambah air ya.. Nnti tak rasa manis durian, ingat! Tepung pulut tawww.. Bukan tepung gandum atau tepung beras
Isi durian dan tepung pulut tadi.. Gaul sampai jadi doh macam ni.. Asal tak lekat kat tangan tu maknanya dah jadi la tu
Dah siap, bentukkan bulat2 kecik macam ni..
Ads
Dah siapppp.. Dapat banyak ni untuk sedebuk doh tadi
Didihkn air, kemudian masuk kan bebola durian tadi pastikan air betul2 panas dan menggelegak
Dah siaaapppp nak tahu tepung tu dah betul2 masak, masa dia duduk dalam air yang mnggelegak tadi, dia akan timbul kat ats prmukaan air, time tu dah boleh angkat laa..
Ads
Sekarang buat kuah dia.. Masukkan santan dalam periuk. Kalo pakai santan kotak, letak separuh je. Tambah air sikit jangan bagi pekat sangat.. Letak la dua helai daun pandan nak kasi kuah tu wangi, gunakan api perlahan ya.. Jgn bagi sntan tu mnggelegak.
Kemudian, masukkan 2 ulas durian untuk perasa yang sangat kuat kat dalam kuah tu, nak guna lebih pun boleh.. takde masalah, tapi nanti kuah tu akan jadi sangat pekat
Masuk kn gula merah.. Nk letak gula melaka pn bolehh…
Akhir skali, masuk kan laa bebola durian yang kita dah masak awal tadi.. Gaul rata, bagi dia mendidih manja2 lepas tuuuuu…
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!