Jom! lari dari masakan telur yang biasa. Goreng telur mata kerbau masak berkuah tomyam yang super sedap. Nampak ringkas tapi memang puas hati bila poket mula sesak.
TOMYAM PEACH TELUR MATA KERBAU
BAHAN-BAHAN:
- 3 biji telur (digoreng mata kerbau separuh masak)
- 4 batang sosej (potong 4 bahagian)
- 1 bungkus cendawan enoki
- 2 biji tomato belah 4
BAHAN B (MENUMIS):
- 1 bawang besar holland (dimayang halus)
- 3 biji bawang putih diketuk
- 3 tangkai cili padi
- halia
BAHAN-BAHAN
- 2 btg serai dititik
- 4 helai daun limau purut
- 2 ketul stock tomyam
- 1 sudu kecil jus limau nipis
- 1 sudu mkn susu pekat manis
- daun ketumbar
- garam n perasa
CARA MEMASAK
- Panaskan sedikit minyak kemudian masukk bahan menumis. Tumis sehingga wangi dan jangan garing sampai kehitaman.
- Kemudian masukk air dan bersama bahan-bahan lain. Tunggu sehingga mendidih.
- Sudah mendidih masukk bahan A. Biar seketika. Rasa semua sudah sedap masam-masam manis boleh tutup api.
Kredit: arieza rieza
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Step By Step Daging Keema. Sedap Makan Dengan Roti Atau Cheese Nan Meleleh!
Daging Keema enak di makan bersama Cheese nan atau roti prata. Adunan daging dan rempah ratus amat membangkitkan selera.
Asal masakan ini adalah dari Arab. Masyarakat arab memang kaya dengan pelbagai menu yang enak-enak. Penggunaan daging kisar dan kacang peas segar dalam penyediaan Keema daging ini sangat-sangat memikat selera. Cakap bayak pun tak guna lebih baik kita cuba macam mana nak buat makanan ini.
RESIPI DANGING KEEMA
BAHAN-BAHAN:
- Daging kisar 400grm (1 petak 200grm)
Klu masak utk ramai beli yg 1kg.
Boleh juga ganti dgn daging batang pinang
kalau teringin buat masakan daging potong. - Kacang peas dlm tin (utk 1 petak daging guna
1 tin kecil. - Minyak sapi (ghee). 3, 4 sudu. Klu sekilo
daging guna 1/2 tin. Boleh juga guna minyak
masak dan masuk 2 sudu minyak sapi. - Daun ketumbar 1/2 mangkuk.
- Tomato 3 biji dicincang. Utk 1kg daging
dapatkan 2 1/2 mangkuk tomato cincang. - Bawang merah / holland2 biji yg besar.
- 1/2 cawan air kosong utk basahkan masakan
supsya tidak terlalu kering. Klu nak berkuah
sikit, letak 1 cawan air.
REMPAH RATUS:
- 1 sudu besar (tsp) serbuk ketumbar.
- 1 sudu besar jintan putih.
- 2 helai daun kering bay leave (daun salam).
- 4 biji bunga cengkih.
- Stgh inci kulit kayu manis.
- 2 biji buah pelaga.
- 1/2 sudu teh garam sbg perasa (ikut tekak klu
nak masin). - 1/2 inci halia yg ditumbuk (paste lebih baik).
- 4 biji bawang putih (paste lebih baik).
- Serbuk cili merah 1/2 sudu besar (klu nak
warna masakan cantik, letak 1 sudu). - Serbuk kunyit 1/2 sudu besar (klu nak
warna masakan cantik, letak 1 sudu). - 3 sudu serbuk Keema Masaala. Boleh cari di
kedai runcit Pakistan atau di Mydin. Jenama
Shan atau National. Tooba ni pun boleh. 2
jenama tu dah habis stock.
CARA MEMASAK:
- Panaskan kuali, masuk 3 sudu minyak sapi. Sekiranya tidak suka minyak sapi, gunakan minyak masak. Rasa lebih kpd masakan melayu klu guna minyak masak.
- Minyak dah betul2 panas, masukkan bahan kering dahulu seperti daun bay leave, bunga cengkih, buah pelaga. Masukkan jintah putih, bawang putih, halia. Bawang merah juga boleh masuk ketika ini. Lebih naik baunya. Dan masukkan serbuk cili, serbuk kunyit, serbuk ketumbar. Sy juga masukkan 3 sudu serbuk Keema jenama Tooba. Kacau sehinga garing. (Dlm video sy tunjuk bawang masuk kemudian selepas rempah.)
- Masukkan tomato… goreng hingga tomato hancur dan layu. Masukkan daging kisar dan sy tak hancurkan. Sy biar daging tu sedikit kenyal dan pisahkan seperti kiub.
Sy masukkan 1 petak shj sbb utk satu org mkn.
Apabila masakan terlalu kering, masukkan 1/2 cawan air dan tutup kuali. - Masukkan kacang peas dan tutup kuali semula.
Utk yg gemar masakan sedikit basah, boleh tambah sedikit air lg dan sedikit garam sebagai perasa dan kacau kuali sebelum masakan diangkat utk dihidangkan. - Masukkan daun ketumbar.
Sedap juga jika dimakan dengan nasi minyak atau nasi putih.
Selamat mencuba.
*Cara2 masak boleh tengok di video ya.
https://www.facebook.com/eiraisma/videos/10156117366738280/
Kongsi resipi: Eira Prislla
Cara Mudah Hasilkan Pes Tomyam Homemade Yang Sedap & Kaw!
Rasa tomyam yang dimasak menggunakan rempah yang dibuat secara homemade memang lebih sedap jika dibandingkan dengan pes yang dibeli. Terasa sangat beza rasanya. Bagi anda yang teringin nak cuba masak pes tomyam secara homemade, resipi perkongsian saudari Norashikin Bt Hasan ni boleh dicuba. Tak susah pun. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI PES TOMYAM HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji bawang besar
- 4 batang serai
- 2 biji cili hidup merah
- 5 hiris lengkuas
- 7 helai daun limau purut (dikira secara tak bercantum)
- 4 sudu makan udang kering
- 10 ekor ikan bilis (Optional. Letak sebab nak lebih rasa kaw kaw seafood)
- 4 inci belacan bakar
- 3 sudu makan cili kering kisar
- Air asam jawa, gula perang dan garam asli secukup rasa
- Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan-bahan (kecuali air asam jawa, garam dan gula) ke dalam pengisar. Kisar hingga lumat.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar sampai pecah minyak menggunakan api perlahan.
3. Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa dan gula perang. Kacau hingga sebati.
4. Padamkan api. Masukkan garam secukup rasa.
5. Masuk pes tomyam ke dalam botol. Setelah pes sejuk, tutup dan simpan di dalam peti sejuk supaya tahan lama.
6. Pes ini sudah boleh digunakan dalam masakan anda.
Kredit resipi & gambar: Norashikin Bt Hasan
Laksa Utaqa Ikan Sekoq, Kuah Likat Puas Makan
Sebut sehaja laksa , siapa saja tak terliur, Setiap negeri laksanya berbeza-beza rasa. Kesedapan laksa terletak pada kepekatan kuah dan keseimbangan rasa. Buat yang pernah merasa laksa utaqa pasti terbayang akan kesedapannya. Memang boleh meleleh air liur dibuatnya. Ikan yang segar menjadikan rasa kuah yang dihasilkan enak.
Laksa Utaqa ikan Sekoq
Bahan-bahan (hidangan 6 orang)
Rebus
20 ekor ikan kembung
2-3 keping asam keping
Kisar
10-15 tangkai cili kering (rendam dulu)
3 biji bawang besar
Belacan (besar ibu jari)
Kuah
1 batang bunga kantan
Daun kesum
Garam& gula, ajino moto secukup rasa
Cara memasak:
1. Mula-mula rebuskan ikan kembung bersama asam keping sehingga ikan masak dan masukkan sedikit garam.
2.Rebus ikan tadi, kisar ikan kembung yang rebus itu. Asingkan ikan dengan tulang dan kisarkan semua isi dahulu dan kemudian tapis isi ikan yang sudah dikisarkan tadi>Gunakan tapis yang sedikit besar supaya isi ikan itu dapat turun yang tinggal cuma tulang sahaja)
3.Selepas selesai kisar semua isi ikan,kisar pula semua tulang ikan itu. Semua bahan yang dikisar guna air rebusan ikan itu sahaja
4.Selepas kisar semua dan tapis masukkan ke dalam periuk buka api sederhana dan biarkan ia mendidih kemudian masukkan bunga kantan dan daun kesum.
5.. Kemudian masukkan terus bahan yang dikisar ke dalam periuk dan kacau hingga sebati. Masak hingga ramuan tadi sebati.
6. Siap untuk dihidang bersama laksa
Kredit: Mohd Zahir
Ada yang nak shopping barangan rumah, boleh layari https://invol.co/cloqny
Resipi Ayam Masak Thai Ala Kedai Siam Paling Sedap & Mudah Masak
Resipi Puding Karamel Lapis Kek Milo Sukatan Sedikit. Ngam Guna Loyang Kecil.