Sedapnya kalau dapat makan waffle homemade yang garing diluar tapi lembut di dalam. Letak pula mentega kacang atau nutella, memang nikmat. Bagi anda yang memilik mesin waffle tapi tak jumpa resipi adunan yang sedap serta mudah, resipi perkongsian saudari Rosni Musa ni boleh dicuba. Sangat sedap dan menjadi kegemaran anak-anak beliau. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
3 sudu makan tepung gandum ( liza guna breadcrumbs sebab tepung habis. Jumlahnya bergantung pada tekstur adunan.)
Sedikit minyak zaitun ( jika ada. Boleh gandti dengan minyak lain)
Sedikit garam
BAHAN SALUTAN:
Telur
Serbuk roti ( breadcrumbs)
CARA MEMASAK:
1. Satukan isi ayam, telur, bawang putih, bawang besar dan lada sulah. Kisar.
2. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk. Tambahkan tepung gandum ( Nor Azliza guna serbuk roti kerana kehabisan gandum), minyak dan sedikit garam. Gaul hingga sebati.
3. Kukus adunan hingga setengah masak dan bentukkan mengikut kreativiti anda. Jika sukakan keju, boleh tambah keju mozarella dalam isi ayam tadi.
4. Untuk menyalut nuget, celup kepingan nuget ke dalam telur dan golekkan pula dalam bekas berisi serbuk roti. Ulang langkah sama hingga adunan nuget habis.
5. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
6. Untuk menghasilkan nuget tempura, gantikan serbuk roti kepada tepung goreng ayam yang telah dibancuh dengan air serta telur. Pastikan adunan tidak terlalu cair.
7. Kemudian celupkan nuget ke dalam bancuhan tepung dan golekkan ke dalam serbuk tepung ayam. Goreng hingga keemasan.
Memang benar memang banyak terdapat pelbagai variasi resipi popia sekarang ini. Tetapi intinya yang menyebabkan kesedapanya berbeza dari yang lain.
Resipi dari Amie’s Little Kitchen ni mengandungiisi udang, isi ayam, jagung dan cendawan cendawan dan sayuran lain memang padu dan terbaiklah. Sangat berbaloi untuk dicuba.
POPIA INTI SEDAP
Bahan-bahan :
50 keping kulit popia saiz sederhana sebiji telur minyak sos cili Thai
Bahan inti : 1 cawan isi udang | cincang 1 cawan isi ayam | cincang 1 cawan jagung tin | toskan airnya 1 cawan biji hirisan lobak merah lobak merah 1 cawan hirisan sengkuang 1 cawan hirisan cendawan shiitake|terlebih dahulu rendam cendawan shiitake kering hingga lembut dan toskan airnya 1 labu bawang besar | cincang 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar perencah cukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Panaskan sedikit minyak dan bawang besar hingga wangi. 2. Masukkan ayam dan udang. Gaul sebati. 3. Masukkan lobak merah, sengkuang dan jagung. 4. Perasakan dengan sos tiram dan perencah cukup rasa. 5. Angkat bahan tumis dan masukkan ke dalam mangkuk penapis. 6. Biarkan seketika supaya kuahnya kering. 7. Letakka inti secukupnya di atas kulit popia. Lipat dan gulung. Lekatkan dengan putih telur di bahagian hujungnya. 8. Goreng hingga berwarna keemasan. 9. Angkat dan toskan minyaknya. 10. Hidangkan bersama sos cili Thai atau sos pilihan anda.
Murtabak merupakan menu popular dan wajib ada bila di bulan puasa. Didatangkan dengan pilihan inti daging atau ayam, dan dicicah bersama kuah bawang atau kari, ia sememangnya sangat sedap dan membuka selera setelah seharian berpuasa. Bagi yang nak cuba buat sendiri Murtabak Mini untuk berbuka, saudari Dianadiandra Diana ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba.
1.Panaskn sedikit minyak dan tumis bawang putih serta bawang merah hingga wangi.
2. Masukkan rempah dan tuang sedikit air (jangan banyak).
3. Bila tumisan rempah pecah minyak, masukkan isi ayam dan kentang. Tambahkan juga garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati dan masak sampai kering menggunakan api sederhana.
4. Pecahkan telur, masukkan sedikit garam dan pukul sebati. Kemudian masukkan bahan inti yang dimasak tadi ke dalam bancuhan telur. Gaul sebati.
5. Ini rupa inti setelah digaul bersama telur tadi.
6. Letakkan di atas kulit popia. Lipat seperti bentuk murtabak.
7. Begini hasil setelah dilipat.
8. Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali ajaib atau kuali tahan lekat dan goreng murtabak tadi. Balik-balikkan hingga murtabak masak sempurna.