Resipi Waffle Homemade Sedap Tanpa Guna Tepung Segera

Share

Sedapnya kalau dapat makan waffle homemade yang garing diluar tapi lembut di dalam. Letak pula mentega kacang atau nutellamemang nikmat. Bagi anda yang memilik mesin waffle tapi tak jumpa resipi adunan yang sedap serta mudah, resipi perkongsian saudari Rosni Musa ni boleh dicuba. Sangat sedap dan menjadi kegemaran anak-anak beliau. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

RESIPI WAFFLE HOMEMADE YANG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung gandum (beli online DISINI)
  • 2 sudu makan tepung jagung  (beli online DISINI)
  • 1 sudu makan baking powder  (beli online DISINI
    )

  • 1 cawan susu segar
  • 1 cawan yogurt
  • 2 biji telur – asingkan putih & kuning
  • 1 sudu teh esen vanilla  (beli online DISINI)
  • 1/4 cawan minyak jagung (anggaran 4 sudu makan)  (beli online DISINI)
  • 3 sudu makan gula  (beli online DISINI)
  • Secubit garam  (beli online DISINI)

CARA MEMASAK:

1. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan baking powder.

2. Masukkan ke dalam mangkuk bersama semua bahan-bahan di atas kecuali esen vanilla dan putih telur. Kacau semuanya sampai tepung tidak berbintil.

3. Masukkan esen vanilla dan kacau lagi.

4. Pastikan adunan jadi seperti ini. Ketepikan sebentar.

5. Sementara itu, pukul putih telur hingga kembang.

6. Jadikan maringue. Nak tahu meringue sudah sempurna atau tidak ialah bila diterbalikkan mangkuk, adunan tidak jatuh.

7. Kemudian masukkan meringue ke dalam mangkuk tepung dan kacau sebati.

8. Panaskan acuan waffle. Tuang adunan sehingga menutupi acuan.

9. Bakar waffle selama 8-10 minit atau sehingga jadi perang.

10. Hasil waffle bila sudah masak.

11. Angkat dan ulang untuk adunan seterusnya.

12. Hias waffle dengan menggunakan kreativiti masing-masing. Sedia untuk dinikmati.

 

INFO: Jika tiada yogurt, boleh gantikan dengan buttermilk. Caranya ialah 2 cawan susu + 2 sudu makan cuka makan/jus lemon.

Yogurt fungsinya adalah untuk merangupkan waffle

 

Kredit resipi & foto: Rosni Musa

 

Nak beli MESIN WAFFLE? Dapatkan secara online DISINI.

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur