Resipi Waffle Homemade Yang Sedap & Dijamin Menjadi

Share

Sedapnya waffle homemade ni. Kalau dapat makan panas-panas, memang layan. Kanak-kanak pun sangat suka makan waffle. Kalau beli, sekeping dalam Rm3- RM3.50. Mahal… Bayangkan kalau nak kena beli untuk 4-5 orang anak. Buat sendiri lagi jimat. Satu adunan ni anda boleh dapat dalam 5 keping waffle. Cukup untuk sajian minum petang satu keluarga. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nor Asiah

ni. Mudah & pasti menjadi. Tak perlu dah beli lagi lepas ni.

 

CARA MASAK WAFFLE HOMEMADE YANG SANGAT SEDAP

BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum beli online disini
2 1/2 cawan air atau 1 cawan susu penuh krim + 1 1/2 cawan air
3/4 cawan minyak masak / mentega cair beli online disini
2 biji telur
Sedikit esen vanilla beli online disini
2 sudu makan susu tepung beli online disini
3 sudu gula kastor beli online disini
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan baking powder beli online disini


1/4 sudu teh baking soda beli online disini

CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan ke dalam mangkuk dan pukul hingga sebati.
2. Biarkan adunan selama 10-15 minit.


3. Panaskan acuan waffle dan masak hingga sempurna.
4. Boleh hidangkan waffle mengikut perisa yang digemari.

 

Kredit resipi & foto: Nor Asiah

 

Beli disini: [su_button url=”https://www.goshop.com.my/products/small-kitchen-appliances/mitsutoyo-rechargeable-personal-blender-set-20122872?utm_source=rasa&utm_medium=referral&utm_campaign=POC” style=”soft” background=”#efbb2d” color=”#190e0e” size=”6″ icon_color=”#db1616″]Mitsutoyo Rechargeable Personal Blender Set[/su_button]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nur