Tiba-tiba teringin nak makan Yong Tau Foo sedap?Ha…Ni dia resipi paling cepat dan mudah. Sekejap je dah boleh makan. Bahan-bahannya pun tak rumit dan senang di dapati. Pendek kata respi perkongsian saudari Dayang Asmah Ag Marali memang berbaloi dicuba. Jom try!
Aneka bebola
Filamen ketam
Kek ikan
Sosej
Kangkung
2-3 ulas bawang putih
1 kiub pati ayam
1/2 cawan cili boh atau cili kering kisar – beli online disini
1/2 ketul gula melaka – beli online disini
1 cawan air
1 inci belacan – dibakar
1- 2 sudu makan taucu – dikisar
Kicap secukup rasa
Sos tiram secukup rasa
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu makan tepung jagung ( bancuh dengan 1/2 cawan air)
Sedikit minyak untuk menumis
Bijan – disangai
Sedikit kacang tanah – digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar
1. Satukan semua bahan kuah ( kecuali kacang tumbuk). Masak hingga sebati dan pekat.
2. Rasa kuahnya dan jika semua seimbang, padamkan api.
4. Kemudian celur kangkong diikuti aneka bebola, kek ikan, sosej ( jika suka) dan filamen ketam.
5. Bila dah lembut, angkat dan toskan airnya. Gunting kecil dan masukkan ke dalam pinggan.
7. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Dayang Asmah Ag Marali
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official