Resipi Yong Tau Foo Homemade Sedap Macam Dekat Pasar Malam

Share

Sedapnya Yong Tau Foo. Lebih sedap lagi jika dapat makan ramai-ramai bersama keluarga. Hidangan ini jika dibeli, agak mahal harganya lebih-lebih lagi jika dibeli dalam kuantiti yang banyak. Jika keluarga besar, memang tak puas makan. Cubalah masak sendiri. Tak susah pun untuk buat kuahnya. Lagi jimat malah boleh makan puas-puas. Saudari Eniza M. Salim ada kongsikan resipi yang dicuba dari saudari Hamidah Ida. Selamat mencuba!

 

CARA MASAK KUAH YONG TAU FOO SEDAP MACAM PASAR MALAM

 

BAHAN KUAH HITAM:
2 sudu makan taucu
2 sudu makan tepung jagung beli online disini
2 sudu makan tepung gandum beli online disini
3 sudu makan kicap pekat beli online disini
3 sudu makan sos tiram beli online disini
4-5 sudu makan gula
3 cawan air

CARA MEMASAK:
1.Masukkan semua bahan ke dalam pengisar. Kisar hingga taucu halus.
2. Tuang ke dalam periuk dan masak hingga mendidih seketika. Ketepikan.

BAHAN KUAH MERAH:
3 sudu makan cili kisar
2 ulas bawang putih – diketuk
Sedikit minyak masak

BAHAN KISAR HALUS:
1/2 cawan kacang tanah yang telah digoreng
1 sudu makan tepung gandum


1 sudu makan tepung jagung
4- 5 sudu makan gula
3 cawan air
1/4 sudu makan garam

CARA MEMASAK:
1.Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih dan cili kisar hingga kering.
2. Masukkan semua bahan yang dikisar tadi, masak seketika hingga kuah jadi agak pekat anggaran dalam 5 minit. Siap.


3. Sos-sos ini boleh dihidang dengan aneka bebola, hotdog, sotong, kangkong dan bermacam-macam lagi.
4. Campur kuah merah dan kuah hitam sesuai cita rasa. Tabur juga bijan dan bawang goreng.
5. Yong Tau Foo homemade sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi: Hamidah ida
Kredit foto & dicuba oleh: Eniza M. Salim

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur