Sedap Yong Tau Foo Pasar Malam ni. Lebih sedap lagi jika dapat makan ramai-ramai bersama keluarga. Hidangan ini jika dibeli, agak mahal harganya lebih-lebih lagi jika dibeli dalam kuantiti yang banyak. Jika keluarga besar, memang tak puas makan. Cubalah masak sendiri. Tak susah pun untuk buat kuahnya. Lagi jimat malah boleh makan puas-puas. Saudari Eniza M. Salim ada kongsikan resipi yang dicuba dari saudari Hamidah Ida. Selamat mencuba!
CARA MASAK KUAH YONG TAU FOO SEDAP MACAM PASAR MALAM
BAHAN KUAH HITAM:
2 sudu makan taucu
2 sudu makan tepung jagung – beli online disini
2 sudu makan tepung gandum – beli online disini
3 sudu makan kicap pekat – beli online disini
3 sudu makan sos tiram – beli online disini
4-5 sudu makan gula
3 cawan air
CARA MEMASAK:
1.Masukkan semua bahan ke dalam pengisar. Kisar hingga taucu halus.
2. Tuang ke dalam periuk dan masak hingga mendidih seketika. Ketepikan.
BAHAN KUAH MERAH:
3 sudu makan cili kisar
2 ulas bawang putih – diketuk
Sedikit minyak masak
BAHAN KISAR HALUS:
1/2 cawan kacang tanah yang telah digoreng
1 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
4- 5 sudu makan gula
3 cawan air
1/4 sudu makan garam
CARA MEMASAK:
1.Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih dan cili kisar hingga kering.
2. Masukkan semua bahan yang dikisar tadi, masak seketika hingga kuah jadi agak pekat anggaran dalam 5 minit. Siap.
3. Sos-sos ini boleh dihidang dengan aneka bebola, hotdog, sotong, kangkung dan bermacam-macam lagi yng telah dicelur.
5. Yong Tau Foo homemade sedia untuk dinikmati. Juga boleh dinikmati bersama sup.
Kredit resipi: Hamidah ida
Kredit foto & dicuba oleh: Eniza M. Salim
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official