Menu ringkas dan mengenyangkan, yong tau foo pastinya menjadi kegemaran ramai. Buatnya pun mudah bila cukup bahan. Nak makan ni kena lawan dengan sos hitam. Boleh ikut cara Puan Nor Husma.

“Saya nak kongsikan resipi sos (sos hitam) dan kuah sup (hidangan yong tau foo dengan kuah sup terkenal di sebelah Johor). Saya mention begini sebab ramai kenalan saya dari negeri lain agak pelik bila tahu yong tau foo dimakan dengan sup. Saya kongsikan bahan penyediaan yang sangat jimat dan berpatutan. Anggaran harga bahan memasak hanya RM50 saja (termasuk bahan isian yong tau foo)

YONG TAU FOO

BAHAN A – SOS HITAM

6 sudu makan taucu
4 sudu makan tepung jagung-BELI ONLINE DI SINI
1 cawan kicap cair (kicap lemak manis)
8 sudu sos tiram-BELI ONLINE DI SINI
8 sudu gula pasir
6 cawan air (3 cawan untuk dikisar sekali, 3 cawan masukkan ke periuk untuk dikacau bersama selepas bahan-bahan tadi dikisar)
2 ketul kiub ikan bilis
Garam secukup rasa

**Jika nak rasa pedas, tambahkan 3-4 sudu cili kering kisar ya.

Cara buat:

1.Kisar semua bahan di atas.

IKLAN

2.Kemudian masak kesemua bahan kisar tadi sehingga sebati. Kuah perlulah sentiasa dikacau bagi mengelakkan kuah menjadi berketul-ketul. Jika terlalu pekat, tambahkan sedikit air panas hingga menampakkan ‘texture’ kuah menjadi sempurna.

*Kalau sos hitam ni tak habis makan, boleh disejuk bekukan.

BAHAN B – KUAH SUP

3 ulas bawang putih – dititik
3 hiris halia
2 ketul kiub pati ikan bilis
Garam secukupnya
Sedikit gula (terpulang pada cita rasa masing-masing)
Daun bawang
Bawang goreng
Air masak (anggaran 1 jag setengah)

Cara buat:

IKLAN

1.Tumis bawang putih dan halia dengan sedikit minyak panas.

2.Kemudian masukkan air masak diikuti kiub pati ikan bilis.

3.Tambahan sedikit garam hingga cukup rasa. Masak hingga mendidih.

*Kuah sup ini juga sesuai dijadikan air rebusan bahan isian yong tau foo.

IKLAN

Kredit : Nor Husma Husin

INGIN MENUKAR PERIUK NASI BARU, BOLEH LIHAT DI SINI.

Puding Trifle Mudah Buat Ikut Sukatan Cawan. Rasa Memang Sedap

Resipi Mi Rebus Paling Mudah, Sedap & Cepat Masak.

Tip Goreng Kuetiau Yang ‘Perfect’, Tidak Hancur Atau Lembik

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI