Bagi orang Kuala Lumpur yang ingin menikmati masakan Thai, boleh cuba singgah ke Restoran Tom Yam Hah. Restoran ni biasa-biasa saja tapi masakannya sedap. Lebih meriah kalau datang malam. Parking pun banyak sebab lokasinya bersebelahan dengan Masjid Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Restoran ni dibuka sebelah petang hingga tengah malam. Pelancong pun ramai makan kat sini.

Antara menu paling laris di sini adalah nasi kerabu. Boleh pilih lauk yang kena dengan cita rasa korang. Selain itu, ada juga kerang bakar, keropok lekor, siakap stim dan apa-apa lagi masakan Thai yang korang suka.

Nasi kerabu

Kerang bakar

Ayam goreng

Laici kang sejuk

Ubi kayu sira gula

Sup ayam

Keropok lekor
Nama kedai: Tom Yam Hah
Lokasi: Sebelah Masjid Datuk Keramat, Kuala Lumpur
Wajib cuba: Ubi kayu sira gula melaka, sup ayam, kerang bakar, nasi kerabu
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nasi Lemak Sara Meletops, Kelainan Pada Sambal Tumisnya

Perniagaan food truck kini menjadi trend. Banyak food truck menjual pelbagai makanan di lokasi yang menjadi perhatian orang ramai. Salah satunya adalah Nasi Lemak Sara Meletops. Sejak 2017, nasi lemak ini sudah mula dijual namun mulai Ogos 2018, Nasi Lemak Sara Meletops mulai menemui pelanggannya dengan perniagaan menggunakan food truck.
Nasi lemak dipilih sebagai menu yang dijual kerana nasi lemak sudah menjadi satu hidangan utama. Menurut Sara, nasi lemak kini bukan sahaja dimakan pada waktu pagi. Tapi nasi lemak turut dimakan pada waktu tengah hari dan malam.
“Keistimewaan Nasi Lemak Sara Meletops adalah pada sambalnya. Sambal kami masak selama empat jam. Sambal yang dimasak lama selalunya rasa lebih sedap dan tahan lama. Selain itu, saya juga menawarkan nasi lemak yang dikukus. Jadi nasinya lebih lembut dan sedap,” ujar Sara.
BERADA DI BANYAK LOKASI

Menggunakan food truck sebagai medan jualan memudahkan Sara untu berada di banyak lokasi. Justeru lebih ramai pelanggan berpeluang menikmati nasi lemak istimewa ini. Menurut Sara, dia selalu berada di lokasi yang mengadakan majlis atau karnival. Ini kerana sambutan luar biasa jika food truck berada di lokasi sedemikian.

“Berniaga makanan menggunakan food truck ni seronok sebenarnya. Sebab kita tak terikat di satu-satu tempat. Sebab itulah saya dan team kini fokus kepada berniaga nasi lemak menggunakan food truck,” ujar Sara.

Dengan harga yang sangat berbaloi, pembeli boleh menikmati nasi lemak yang sedap dengan pelbagai pilihan lauk. Antara lauk yang ditawarkan adalah telur, ayam goreng, rendang ayam, ayam bali, daging, sotong, kerang, paru dan limpa. Harganya pula bermula daripada RM3 hingga RM7 untuk setiap nasi lemak berserta lauk pilihan.

KOPI VIETNAM PELENGKAP RASA
Selain itu, pembeli boleh membeli kopi Vietnam yang turut ada ditawarkan di sini. Jika selama ini kita menikmati nasi lemak bersama kopi o atau teh tarik, kini dengan adanya peluang ini, anda boleh nikmati nasi lemak dengan kopi Vietnam.
“Kami dapatkan kopi ini memang dari Vietnam sendiri. Jadi kalau anda inginkan kelainan, boleh dapatkan nasi lemak dan kopi Vietnam di sini. Kami akan uar-uarkan di mana lokasi yang kamu tujui. Anda boleh dapatkan kedua-dua menu ini di food truck kami. Ramai orang yang pernah menikmati nasi lemak Sara akan komen sedap sebab kelainan pada sambal tumisnya. Saya masak sendiri sambal ini, tak suruh orang lain masak. Saya juga buka peluang orang ramai jadi ejen nasi lemak saya. Kalau anda nak niaga nasi lemak tapi tak tahu nak buat sambal yang sedap, bolehlah jadi ejen saya,” ujar Sara menutup bicara.

Nasi Ambeng Di Wak’s Peyek Resipi Asli Warisan Keluarga

Menjengah masuk ke Restoran Wak’s Peyek yang bertempat di Publika ini, mata ralit menikmati dekorasinya yang cukup melegakan. Gabungan tradisional dan Jawa moden digarapkan pada setiap sudut restoran agar menampilkan gaya santai dan selesa buat pengunjung yang menjamu selera di sini.




Restoran yang dimiliki oleh Datin Rita Sosilawati menghidangkan menu masakan jawa dari warisan keluarga beliau.
Jadi buat anda yang ingin nikmati variasi makanan berkonsepkan Jawa Asli, bolehlah datang ke sini. Krew Makan Di Mana berpeluang ke sini untuk merasa sendiri antara makanan di sini. Ternyata makanan Jawa di restoran ini tidak menghampakan.
Apa yang best di Wak’s Peyek ni di mana kami menyediakan masakan asli jawa resipi dari ahli keluarga saya yang berasal dari Kepulauan Jawa, Indonesia.
Nama “waks” ialah untuk lelaki yang lebih tua seperti bapa atau bapa saudara dan peyek berasal dari nama “rempeyek” jawa dalam savory popular. Kami mula menjual rempeyek untuk pelancaran produk pertama kami dan mendapat permintaan yang baik daripada pelanggan.
Selepas kejayaan permintaan yang besar, kami mengembangkan dalam menjual hidangan khas jawa kami yang dipanggil “nase ambeng” dan menjadi viral.
Nasi ambeng kami adalah resipi asli orang jawa, sekali cuba pasti nak lagi.
Nasi ambeng di sini terbahagi kepada dua iaitu Nasi Ambeng Individual Set (Nasi Putih, Ayam Kicap, Mi Goreng, Sambal Goreng Jawa, Serunding Kelapa Jawa & Ikan Masin) -RM RM21.90
Nasi Ambeng Family Set (untuk 2-3 orang)-RM47.50

Soto juga wajib dicuba di sini. Soto Waks Peyek A (Hidangan bersama nasi kiub, ayam, soohoon, ayam, bergedil dan kacang tanah-RM15.00 Manakala Soto Wak’s Peyek B – RM20.50.

Bakso Special terdiri daripada keluarga gabungan Bakso: Bakso beranak, bebola daging lembu, bebola ayam dan bebola daging bayi-RM36.50

Ikan Talapia Bakar juga antara yang disukai oleh pelanggan.Talapia Grill Perap dengan pes bumbu istimewa dihidangkan bersama nasi putih gebu dan ulam-RM26.90

Minum pula Jeruk Jito iaitu campuran limau nipis, gula perang, daun pudina dan soda, memang menyegarkan.
Rempeyek kami adalah yang paling terbaik.. cukup rangup cukup kacang, tak kedekut ikan bilis. Rasanya menjadi pilihan ramai pelanggan kami.


Buat anda yang rindu masakan Jawa, datanglah menikmati keenakan makanan di restoran ini.
Lokasi Restoran
D1-G3-5 Solaris Dutamas, No 1 Jalan 1 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan

Klik sini
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Kek Koktel Berkrim Padat Dengan Lapisan Buah-Buahan, Makan Pun Tak Muak
Dekorasi Kek Menarik, Ilham Anak Muda Di Modernecks

Kedai kek dan pastri Modernecks Seksyen 24, Shah Alam, bagaikan magnet menarik pelanggan dengan kelazatan kek dan pastrinya yang dijual dengan harga berpatutan. Dekorasi gaya hipster, dekorasi kek warna warni nan cantik dan variasi pilihan menunya cukup memikat selera. Tapi yang paling kuat tarikan ke Modernecks ni adalah aroma kek dan pastry yang dibakar segar terus dari dapur dalam kedai.

.
Pemiliknya adalah anak muda berusia 30 tahun, Muhammad Firdaus Mohd Radzi yang menjadi ‘orang kuat’ memperkasakan perniagaan keluarganya. Mempunyai latarbelakang kulinari dan pembuatan kek dan pastri sebelum ini dia pernah meraih pengalaman sebagai Chef sepenuh masa di hotel terkemuka

.
“ Saya suka keluar dari zon selesa kerana saya percaya apa yang saya ada iaitu kemahiran dan ilmu boleh digunakan dan untuk beri manfaat masyarakat. Saya juga mengambil kakitangan dan ‘baker’ muda yang baru habis belajar bagi memberi peluang kepada mereka merasai bekerja dalam industri ini.
Kedai ini ibarat tempat staf saya berlatih dan menggilap bakat dan ilmu sambal menjalankan pekerjaan. Staff saya semuda 18 tahun dan semuanya berusia bawah 30 tahun,” kata Firdaus yang cukup bangga dengan kemajuan dan skil yang dicapai pasukan kerjanya.

.
Di antara kek yang popular di sini adalah Chocolate Fudge, Choc Caramel, Kek Pandan Gula Melaka, Kek Oreo, Salted Vanila Caramel, Rainbow Cakes, Kek Red Velvet dan Brownies. Manakala Rainbow Kek , Pavlova dan Krim Puff juga turut mendapat sambutan hangat pelanggan.

.
Lebih menarik kek juga dijual dalam bentuk mini (baby cake) bermula RM18 dengan berat 300gm bagi memberi harga yang lebih mampu buat pelanggan, Kek seberat ½ kg bermula dengan harga RM38 dan Satu kilogram pula dengan harga RM73,bergantung kepada jenis kek.

.
Modernecks juga turut menerima tempahan ‘custom made’, korporat dan majlis keraian. Lebih 60 peratus daripada tempahan yang diterima kini adalah melalui online melalui FB, Instagram dan juga Whatsapp.

.
INFO KEDAI :
Lokasi : No 9-G, Jalan Kangkung Puteri 24/7, Seksyen 24, Shah Alam, Selangor
Pemilik : Muhammad Firdaus Mohd Radzi dan keluarga
Waktu urus niaga : Setiap hari, Jam 10 pagi hingga 10 malam



