Rezeki Tak Salah Alamat. Beli 10 Paket Gula, Dapat Bawa Balik Kereta.

Share

Saya memang tidak sangka akan menang. Setiap hari saya berdoa pada ALLAH untuk menang hadiah kereta Proton X70, akhirnya termakbul,” kata Muhammad Falihin Jasmi, 31, yang memenangi hadiah utama peraduan Better Brown Bonanza anjuran Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR).

Inilah yang dikatakan sebagai rezeki. Malah kreativiti Pensyarah Fakulti Seni Bina dan Perancangan Ukur (FSPU) UiTM Seri Iskandar, Perak ini memang tidak perlu disangkal lagi. Lihat sahaja hasil seninya ini, memang selayaknya beliau memenangi hadiah utama yang menjadi rebutan ramai.

Hasil seni yang diinspirasikan dari ‘sand art’ dan juga kolam India yang menggunakan beras, beliau telah menukarnya dengan menggunakan gula perang.

Doodle gula perang ini melambangkan Gula Perang CSR menjadi pilihan satu Malaysia dalam makanan dan minuman seharian demi menjamin gaya hidup yg lebih sihat. Elemen pelbagai budaya seperti etnik-etnik di Malaysia, Bunga Raya, Raflesia, Burung Kenyalang, kuda kepang, penyu, KLCC, KL Tower dan Gunung Kinabalu menjadi simbolik satu Malaysia yang bertukar kepada gula perang CSR selari dengan slogan #BetterBrown

Menurut Falihin lagi, beliau amat bersyukur dengan kemenangan ini kerana bagi menghasilkan doodle ini tidak mudah. Beliau telah membeli 10 paket gula perang dan sebanyak 5kg gula (5 paket) telah digunakan untuk menghasilkan imej di atas 4 helai kertas bersaiz A0. Malah ‘artwork’ yang memakan masa selama 5 jam untuk disiapkan ini juga perlu dilakukan dengan berhati-hati serta memerlukan fokus yang tinggi kerana ia dihasilkan terus diatas kertas bahkan tidak menggunakan sebarang lakaran awal.

Majlis Penyampaian Hadiah Utama Peraduan Better Brown Bonanza CSR yang disempurnakan oleh Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif CSR, Datuk Hishammudin Hasan di Econsave Kampung Jawa.

Hadir sama ialah Pengarah Econsave Cash & Carry Sdn Bhd, Lai Sak Coon; Pengurus Besar Econsave Cash & Carry Sdn Bhd, Wong Yun Fatt, Pengarah Jualan CSR, Henry Ong Ewe Teow dan Pengarah Bahagian Komersial CSR, Ahmad Farid Kamarudin.

Peraduan Better Brown Bonanza CSR telah berlangsung selama tiga bulan bermula 1 Oktober sehingga 31 Disember 2019 dan dianjurkan bagi memperkenalkan Better Brown iaitu gula rendah glisemik (GI) sebagai pilihan dalam penyediaan makanan dan minuman.

Selain hadiah utama iaitu kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 edisi premium, peraduan itu turut menawarkan hadiah mingguan dan bulanan bernilai lebih RM200,000 seperti pakej percutian untuk dua orang ke Bali dan Korea serta baucar penginapan di Meritus Pelangi Hotel di Langkawi.

Published by
Nur