Kewangan

Rice Cooker Rosak Tak Boleh On, Jangan Buang. Boleh Baiki Lagi, Ini Caranya

Share

Rice cooker atau periuk nasi elektrik antara alat yang selalu ada di setiap rumah. Kebiasaan alat ini kita pakai dalam jangka masa yang lama.

Boleh jadi juga bila dah lama digunakan rice cooker ini akan mengalami masalah lampu tak menyala dan berfungsi bila tekan suis untuk memasak nasi.

Kalau jadi begini pada rice cooker yang lama  jangan terus buang. Ia masih boleh dipakai dan dibaiki sendiri. Cara baiki pun mudah sangat, memang boleh DIY. Tukar fius saja.

Dikongsi oleh Wan Azmi ini panduan baiki rice cooker yang boleh kita lakukan sendiri.

1. Lampu yang dibulatkan takkan menyala bila rice cooker ini dah ‘mati’/ tak berfungsi.

 

2. Cara baiki, terbalikkan rice cooker dan buka skru cover.

 

3. Buka bahagian yang dibulatkan.

 

4. Tukar thermal fuse/ bahagian yang dibulatkan. Boleh cari di kedai sparepart elektrik atau Shopee. Kos dalam RM5. Pastikan beli jenis yang sama ya.

 

Selepas ganti fius tadi dengan yang baru, pasang semula ikut aturan. Insya-Allah rice rice cooker anda akan kembali berfungsi seperti biasa.

Selamat mencuba.

Sumber: Wan Azmi

 

IKLAN