Rimas Dapur Penuh Semut & Lalat. Sembur Dengan Spray Serbaguna Campuran Cuka Yang Selamat Untuk Keluarga Anda

Share

 

Dapur adalah suatu bahagian penting dirumah untuk menyimpan makanan, menyediakan makanan dan memasak. Paling penting dapur wajib bersih kerana sering menjadi tumpuan serangga dan binatang lain mencari makanan. Menerusi satu perkongsian di media sosial oleh Yatie Eimra mengenai tip mudah untuk menghapuskan serangga kecil di dapur anda dengan cara selamat.

 

Ishhh!!! sakit hatinya semut ni asyik ada je..sedangkan dah lap bersih kesan tumpah tadi..kenapa ye???

 

FAKTA MENGENAI SEMUT YANG PATUT ANDA TAHU:

  • Semut dapat kesan saki-baki bau gula/manisan walaupun kita rasa sudah lap sebersih-bersihnya
  • Semut menghasilkan bahan kimia masa berjalan supaya boleh jumpa jalan balik ke sarang tanpa sesat.
  • Kalau anda perasan, semut ini selalu ada scout/pengangkap yang akan meronda-ronda kawasan untuk mencari punca makanan baru. Kalau tidak kawal peringkat ni, laluan itu akan menjadi jalan baru untuk semut hurung makanan.
  • Kadang-kadang dalam 1 sarang semut, ada lebih dari 1 koloni semut. Kalau anda guna racun jenis serbuk (yang semut makan), jangan terkejut pulak kalau lepas 1 spesis tidak ada, muncul pula semut jenis lain. (pernah beberapa kali alami sendiri)
  • Ini info yang sangat penting. Kalau anda tidak kawal semut dekat rumah, populasi semut akan semakin banyak. Bila sudah banyak ratu-ratu muda, semut akan mula cari sarang baru. Selepas itu jenuh anda nak spray serata rumah.

 

SPRAY SERBAGUNA HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • ¼ cawan cuka putih
  • 1¼ cawan air paip
  • 1-2 sudu makan sabun pencuci pinggan

 

CARA MEMBUAT:

  1. Senang sahaja hanya campurkan semua bahan, masuk dalam botol spray.

 

INFO:

  1. Sebenarnya bancuhan tidak ada sukatan yang tetap, TAPI kalau cuka terlebih, cat dinding/perabot anda mungkin akan rosak dan kalau terlalu cair pula tidak akan berkesan. Kalau terlebih sabun akan menyebabkan licin sangat bila sudah kering.
  2. Buat 1 bahagian cuka : 5 bahagian air. Sabun dalam 25%-30% dari jumlah cuka.
  3. Kalau gunakan sabun mandi (syampu badan) lebih wangi tapi tidak berapa berkesan untuk tanggalkan kesan minyak.

 

 

KEGUNAAN:

  1. Sebagai penghalau serangga, larutan ini bukan sahaja membunuh nyamuk, lalat & semut. Tetapi cuka itu menghilangkan bahan kimia yang dihasilkan semut tadi. (semut akan buat jalan lain, tapi kena spray dengan kerap).
  2. Membersihkan sisa makanan tumpah. Cuka boleh hilangkan bau ‘manis’ gula, gabungan cuka & sabun pulak menanggalkan minyak. Kalau si kecil anda tumpahkan air manis gunakan spray serbaguna ini selepas bersihkan kesan tumpah dengan air supaya tidakk melekit.
  3. Boleh juga dijadikan pencuci dapur selepas memasak. Jimat tidak perlu beli banyak jenis bahan pembersih.
  4. Bersihkan kulat/kulapuk pada dinding/perabot. Spray & lap sahaja (boleh tambah cuka kalau kulat tebal sangat).
  5. Spray secara konsisten untuk hapuskan rumput liar di halaman rumah (untuk kesan yang lebih cepat, tambah sukatan cuka ½ cawan lagi. Kalau pekat sangat bukan setakat rumput, tanaman pun boleh mati kalau terkena)
  6. Boleh juga digunakan untuk mop lantai. Boleh cairkan lagi dengan tambah 5 lagi bahagian air. Boleh tambah pencuci lantai kalau nak wangi. Gandakan sukatan untuk kuantiti yang banyak & gunakan air panas untuk lebih efektif.

 

KREDIT RESIPI & GAMBAR:  Yatie Eimra

 

ANDA MUNGKIN MENYUKAI PETUA INI:

 

Published by
Zera Naim