Bagi penggemar sajian pedas bercili, resipi Berlado Kentang Bersama Ikan Bilisperkongsian saudari NurulAin Alaui ni boleh anda cuba. Sangat mudah dan ringkas sahaja resipinya tetapi rasanya, bak lauk dari restoran mewah. Nikmat tak terkata. Makan dengan nasi panas sahaja sudah cukup. Menurut empunya resipi juga, arwah bapanya Hj Alaui Bin Nor yang mengajarnya masak menu berlada ini dan berharap agar pahala yang diperolehi dari perkongsian resipi ini, mengalir kembali kepada arwah. Insyaallah.
CARA MEMASAK: 1.Kupas ubi kentang dan potong bulat. Ketebalannya tidak terlalu nipis dan tidak terlalau tebal. Goreng sampai masak. 2. Bersihkan ikan bilis, goreng hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya. 3. Satukan bawang merah, bawang putih, cili padi hijau dan cili padi merah. Kisar kasar. Jumlahnya bergantung pada jumah kentang yang anda guna. 4. Panaskan minyak (boleh guna minyak lebihan goreng bilis tadi), kemudian tumis bahan kisar sampai garing.
5. Masukkan garam, sedikit gula, aji dan perah jus limau kasturi. Jika tidak suka rasa limau, boleh abaikan. (empunya resipi suka letak limau kerana aromanya yang wangi.) 6. Bila sambal sudah garing, masukkan kentang dan bilis yang sudah digoreng awal tadi. Gaul rata.
7. Angkat dan Berlado Kentang Bersama Ikan Bilis sedia untuk dinikmati.
Tiada masakan lebih sedap di tekak selain daripada masakan seorang ibu. Walaupun ibu kita bukanlah seorang tukang masak profesional tapi masakannya tetap buat kita teringat-ingat. Ini kerana seorang ibu memasak penuh dengan rasa kasih sayang. Itulah rahsianya.
Kali ni RASA nak kongsikan satu lauk yang dah cukup untuk sedap dimakan dengan nasi. Lauk itu adalah daging goreng masak cili api dengan terung. Rasanya pedas-pedas. Ditambah terung untuk menyedapkan lagi rasanya. Inilah gaya seorang ibu memasak.
DAGING GORENG MASAK SAMBAL CILI API DENGAN TERUNG
BAHAN A
3 sudu makan minyak masak
10 biji cili api (dihiris)
500 gram daging
1 sudu teh serbuk kunyit
1 cawan air
Garam secukup rasa (BELI DI SINI)
1 labu bawang besar (dihiris)
1 biji cili merah (dihiris)
1 pokok daun bawang
2 biji tomato (BELI DI SINI)
2 biji terung pendek (hiris lebar)
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dan tumis Bahan B sehingga wangi.
2. Masukkan cili api dan daging yang sudah digaul dengan serbuk kunyit. Kemudian kacau rata.
3. Masukkan air dan garam. Kemudian masakkan sehingga daging lembut.
4. Masukkan bawang besar, cili merah, daun bawang dan tomato.
5. Akhir sekali masukkan terung. Kacau rata.
Kalau ada roti kat rumah yang dah nak expired, boleh buat puding roti ni. Mudah untuk disediakan dan yang penting, sedap dimakan. Anak-anak pun mesti suka. Jom kita lihat resipi yang dikongsi oleh saudari Shikin Shikin ni. Selamat mencuba.
PUDING ROTI
BAHAN-BAHAN:
4 keping roti *
1 cawan gula *
1 cawan susu cair *
1/2 cawan susu pekat *
2 biji telur *
2 sudu besar marjerin *
3 cawan air
10 gram agar-agar serbuk
3 ketul gula batu
Pewarna
CARA PENYEDIAAN:
Kisar bahan-bahan bertanda * hingga halus dan hancur. Ketepikan sebentar.
Sementara itu, masukkan air, serbuk agar-agar dan gula batu ke dalam periuk. Kacau sehingga larut dan jernih.
Bila dah larut, masukkan bahan yang dikisar tadi ke dalam agar-agar yang sudah cair.
Kacau sehingga pekat. Boleh padamkan api.
Bahagikan agar-agar kepada beberapa bekas.
Masukkan pewarna ke dalam bekas dan kacau sebati.
Masukkan agar-agar ke dalam loyang secara berselang seli mengikut warna sehingga habis.
Tak lengkap sesuatu hidangan melayu tanpa sambal, Untuk sambal Kelantan ini memang popular di Kelantan, sesuai di makan untuk semua jenis nasi. Sesuai di buat masa kenduri, buat sekali banyak boleh tahan sampai sebulan kalau disimpan dalam peti sejuk. Lagi lama simpan lagi sedap, jika sambal ini dibuat awal-awal dan banyak baru rasa sedap makan kerana bila ia terperam dengan asam, garam, dan gula baru dia mesra rasanya.. Selamat mencuba!
RESIPI SAMBAL KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
Cili merah
Cili api
Limau kasturi(blender dgn kulit)
Bawang besar bakar
Bawang putih bakar
Cuka
Manisan kg
Gula
Garam
CARA-CARA:
Kisar semua bahan sehingga hancur.
Sambal kelantan tak guna belacan.
Kisar kering.
Siap. Simpan dalam botol dan masukkan dalam peti sejuk bagi kekal tahan lama.