Ringkas Je Tapi Sedap. Resipi Berlado Kentang Bersama Ikan Bilis

Share

Bagi penggemar sajian pedas bercili, resipi Berlado Kentang Bersama Ikan Bilis perkongsian saudari NurulAin Alaui ni boleh anda cuba. Sangat mudah dan ringkas sahaja resipinya tetapi rasanya, bak lauk dari restoran mewah. Nikmat tak terkata. Makan dengan nasi panas sahaja sudah cukup. Menurut empunya resipi juga, arwah bapanya Hj Alaui Bin Nor yang mengajarnya masak menu berlada ini dan berharap agar pahala yang diperolehi dari perkongsian resipi ini, mengalir kembali kepada arwah. Insyaallah.

 

CARA MASAK BERLADO KENTANG BERSAMA IKAN BILIS

BAHAN-BAHAN:
Bawang merah beli online disini
Bawang putih beli online disini
Cili padi merah 
Cili padi hijau
Limau kasturi (jika ada)
Garam, gula & aji secukupnya
Ubi kentang beli online disini
Ikan bilis beli online disini

CARA MEMASAK:
1.Kupas ubi kentang dan potong bulat. Ketebalannya tidak terlalu nipis dan tidak terlalau tebal. Goreng sampai masak.
2. Bersihkan ikan bilis, goreng hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya.
3. Satukan bawang merah, bawang putih, cili padi hijau dan cili padi merah. Kisar kasar. Jumlahnya bergantung pada jumah kentang yang anda guna.


4. Panaskan minyak (boleh guna minyak lebihan goreng bilis tadi), kemudian tumis bahan kisar sampai garing.


5. Masukkan garam, sedikit gula, aji dan perah jus limau kasturi. Jika tidak suka rasa limau, boleh abaikan. (empunya resipi suka letak limau kerana aromanya yang wangi.)


6. Bila sambal sudah garing, masukkan kentang dan bilis yang sudah digoreng awal tadi. Gaul rata.


7. Angkat dan Berlado Kentang Bersama Ikan Bilis sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: NurulAin Alaui

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nur