Ringkas Tapi Cukup Menyelerakan, Resipi Ayam Kukus Halia Sesuai Untuk Satu Keluarga

Share

Masakan yang paling sederhana dan cepat untuk di masak. Cukup makan dengan nasi putih dan kalau hendak rasa pedas makan bersama cili potong atau sos thai. Untuk lengkapkan hidangan boleh makan bersama sayur bak choy sos tiram dan taugeh celur. Satu keluarga termasuk anak-anak pasti menyukai resipi ini.
AYAM KUKUS HALIA

BAHAN-BAHAN:

  • Ayam – di potong2

BAHAN-BAHAN PERAP:

  • 3cm halia – hiris kecil-kecil
  • 2 ulas bawang putih – cincang
  • 1/2 susdu makan kicap cair
  • Sedikit Garam
  • Serbuk lada putih – jika suka
  • 1/2 susdu makan minyak bijan
  • Daun bawang – di hiris

CARA MEMASAK:

  1. Perap ayam dengan bahan-bahan perap selama 30min
  2. Kukus 10min -15min
  3. Kukus bergantung kepada berapa banyak ayam yanh dimasak
  4. Tabur hirisan daun bawang. Siap dihidangkan.

Kredit resepi: jo isabelle joannes

Published by
Zera Naim