Nampak Ringkas Tapi Sambal Mangga Kencur Ni Boleh Tambah Selera Makan.

Share

Nampak biasa tapi ini pembuka selera yang paling kita ingini ketika menjamu selera. Rasa masam pedas yang menyelerakan sampai boleh tidak sedar makan bertambah-tambah.

 

RESIPI SAMBAL MANGGA KENCUR

BAHAN-BAHAN:

  • 15 biji cili padi
  • 4 biji cili merah
  • 4 ulas bawang merah – hiris
  • 1 ulas bawang putih – hiris
  • 1 cm kencur @ cekur – hiris
  • 4 buah tomato – dadu
  • 1 biji mangga muda – parut
  • Sedikit belacan
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Tumbuk kasar cili padi, cili merah, bawang merah, bawang putih, kencur, tomato dan belacan.
  2. Kemudian masukkan parutan mangga, garam dan gula secukup rasa.
  3. Gaul rata dan sedia dihidangkan.

 

ANDA JUGA BOLEH CUBA:

Published by
Nur