Sedapnya Risoles Ragout Ayam ni. Sangat sesuai dijadikan sajian kudapan di waktu lapang atau hidangan minum petang. Terdapat pelbagai resipi Risoles yang intinya dipelbagaikan. Salah satunya yang sedap dan mudah ialah resipi yang dikongsi oleh Opah Mas Cotek. Kena dengan selera orang Malaysia. Cubalah. Pasti puas hati.

 

CARA MASAK RISOLES RAGOUT AYAM

Risoles Ragout Ayam. Sajian Minum Petang Sedap & Simple

BAHAN RISOLES:
2 cawan tepung gandum
2 cawan santan
1 ½ cawan air
1 biji telur
1 sudu teh garam

CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan kisar hingga sebati.
2. Panaskan kuali dan masukkan 1 senduk adunan. Lenggang @ dadar hingga rata. Prosesnya seakan membuat kulit Kuih Ketayap.
3. Biarkan seketika hingga adunan masak. Tidak perlu balikkan. Buat sehingga semua adunan habis.
4. Ambil sekeping risoles, masukkan inti dan gulung dengan kemas. ( seperti Kuih Ketayap). Lakukan hingga habis.

Risoles Ragout Ayam. Sajian Minum Petang Sedap & Simple

BAHAN SALUT RISOLES:
1 cawan telur – dipukul
1 cawan bread crumb ( serbuk roti)

IKLAN

CARA MENYALUT:
1. Celup Risoles yang telah digulung tadi ke dalam bancuhan telur.
2. Kemudian salut pula dengan bread crumb hingga rata.
3. Panaskan minyak masak dan goreng Risoles hingga kuning keemasan.

Risoles Ragout Ayam. Sajian Minum Petang Sedap & Simple

BAHAN INTI:
1 biji bawang holland – cincang
2 ulas bawang putih – cincang
1 cawan isi ayam cincang
1 batang lobak merah – dadu halus
1 tongkol jagung – hiris
1/2 cawan cendawan butang – dadu
4 sudu makan tepung gandum
Sedikit daun bawang – hiris
Garam, serbuk lada sulah dan kiub pati ayam secukup rasa
2 sudu makan mentega
Air secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Panaskan mentega dan tumis bawang holland serta bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan air dan biarkan mendidih.
3. Tambahkan ayam, lobak merah, cendawan dan jagung. Kacau sebati.
4. Masukkan tepung gandum. Sebatikan supaya tidak berketul.
5. Perasakan dengan garam, serbuk lada sulah dan kiub pati ayam. Masak hingga pekat.
6. Akhir sekali, masukkan hirisan daun bawang. Sejukkan inti terlebih dahulu sebelum diletakkan pada doh risoles.

Risoles Ragout Ayam. Sajian Minum Petang Sedap & Simple

IKLAN

 

Kredit resipi & foto: Mas Cotek

 

Nak cari PRESSURE COOKER yang terbaik & ‘value for money’ untuk goreng Risoles ni? Boleh dapatkan DISINI

 

IKLAN

Nak lebih banyak resipi best? Boleh cuba resipi di bawah ni:

Dua Sajian Baba Nyonya Warisan Berzaman. Serasi Tekak Melayu

Lembut Bergedik. Resipi Kuih Lompang Ni Memang Sedap.

Resipi Pulut Panggang, Sesuai Untuk Frozen

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI