Ada yang suka makan Rojak Singapore? Bolehlah cuba masak sendiri untuk keluarga. Menurut empunya resipi; Radenz Dotter menu ini adalah bahan jualan beliau semasa PKP tempoh hari. Bermula dari 30 pek hinggalah meningkat kepada beratus pek. Jadi bagi yang berniat untuk berniaga, menu ini salah satu yang boleh dicuba. Sedap & mudah. Malah sesuai juga dimasak untuk hidangan keluarga tercinta. Jom cuba!
CARA MEMASAK ROJAK SINGAPORE SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN SOS:
BAHAN-BAHAN LAIN:
CARA MEMASAK:
1.Untuk memasak sos, kisar bawang merah, bawang putih dan cili kisar.
2.Kisar udang kering menggunakan blender ekring.
3.Panaskan minyak masak dan tumis bawang kisar sampai pecah minyak.
4.Masukkan udang kering kisar.
5.Seterusnya masukkan air dengan secukupnya. Masak hingga mendidih.
6.Bila telah betul-betul mendidih, masukka sos cili, gula, garam dan aji. Tambahkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
7.Bila kuah telah pekat, padamkan api.
8.Sebelum hidang, masukkan kacang tanah goreng yang telah dikisar menggunakan blender kering.
9.Goreng bahan-bahan Rojak Singapore yang digemari.
10.Potong bahan-bahan lain dengan secukupnya dan siram sos. Sedia untuk dinikmati.
NOTA: Sukatan bahan bergantung pada jumlah yang nak disediakan
Kredit resipi & foto: Radenz Dotter
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official