Resipi diet yang paling mudah sesuai untuk sarapan pagi atau makan malam. Memang cepat kenyang dan rasa kenyang lebih lama serta banyak khasiat.
ROLLED OATS
BAHAN-BAHAN:
- Oat (rolled oat)*kuantiti mengikut berapa banyak yang anda suka
- Susu (boleh guna susu segar atau susu tepung)
- 1 sudu teh Chia seed
- 1 @ 1/2 sudu teh Ceylon cinnamon
- Kismis (campur akhir sekali masa hendak makan)
CARA MENYEDIAKANNYA:
- Untuk makan segera panaskan susu segar atau susu tepung. Rendamkan oat seketika dengan susu panas. Masukkan susu sampai oat terendam sepenuhnya.
- Bila oat sudah kembang sedikit boleh masukkan chia seed dan serbuk kayu manis.
- Akhir sekali bila hendak makan baru campurkan dengan kismis.
INFO:
- Boleh makan bersama buah-buahan yang anda suka.
- Paling senang buat sehari sebelum hendak makan. Tidak perlu panaskan susu hanya rendamkan semalaman dan simpan dalam peti sejuk.
KEDIT RESIPI & GAMBAR: Alifah Adnan
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:
http://www.rasa.my/anda-tidak-sihat-ini-makanan-terbaik-yang-patut-anda-makan/
http://www.rasa.my/sup-cendawan-sihat-super-senang-sesuai-untuk-diet/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Empat Langkah Nak Buat Waffle Yang Rangup & Tidak Lembik
Bukan hanya untuk breakfast, waffle juga boleh dibuat untuk minum petang. Tentunya waffle yang rangup dan tidak lembik menjadi pilihan. Dihidangkan pula dengan buah-buahan, madu dan aiskrim, memang sedap tak terkata. Tak perlu lagi beli di kedai, anda boleh buat sendiri di rumah. Hanya ikut resipi yang dikongsi oleh Nor Asiah.
WAFFLE RANGUP
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan tepung gandum – beli online DISINI
- 2 1/2 cawan air
- 3/4 cawan minyak masak
- 2 biji telur
- Esen vanila – beli online DISINI
- 2 sudu besar susu tepung
- 3 sudu besar gula – beli online DISINI
- 1/2 sudu teh garam – beli online DISINI
- 1 sudu besar serbuk penaik
- 1/4 sudu besar baking soda
CARA PENYEDIAAN:
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk. Pukul hingga sebati.
2. Biarkan adunan selama 10 hingga 15 minit.
3. Masukkan ke dalam waffle maker dan tunggu hingga masak.
4. Boleh sapu dengan flavour yang anda suka. Siap!
Kredit resipi & foto: Nor Asiah
Anda sedang mencari NUTELLA? Boleh klik DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Maruku Rangup Kudapan Kesukaan Rakyat Malaysia. Makanlah Bila Masa Pun
Pai Cendawan Paling Mudah Tanpa Pastri, Guna Roti Paratha Aje.
Cara Buat Kerepek Batang Pisang Rangup. Tak Rasa Kelat , Buat Ralit Makan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:
8 Resipi Menu Bekal Yang Sesuai Anak-Anak Bawa Ke Sekolah.
Jika anak-anak anda suka bawa bekal ke sekolah, sesekali boleh juga sediakan bekal yang lebih moden untuk mereka. Pasti si ekcil lebih berselera. Malah minggu ni juga adalah minggu terakhir Syawal. Bagi anda yang bakal mengadakan majlis, berikut adalah antara hidangan ringan dan juga ‘finger food’ yang sesuai dihidangkan buat tetamu. Memang mudah! Selamat mencuba!
1. POPIA INTI DAGING
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji bawang besar| dicincang halus
- 2ulas bawang putih| dicincang halus
- 200gm daging kisar
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 100 gm kacang panjang | hiris halus
- 1/2 batang lobak merah | hiris halus
- 1 bungkus kulit popia
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
- CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga garing.
- Masukkan daging kisar. Gaul rata.
- Masukkan kacang panjang dan lobak merah. Gaul lagi dan tambahkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
- Apabila inti sejuk, boleh mulakan untuk menggulung popia.
- Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan
- Popia sedia dihidangkan bersama sos cili atau mayonis.
2. SANDWICH AYAM
BAHAN-BAHAN:
- 100gm isi dada ayam
- 5 sudu makan tepung ayam goreng
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 4keping roti biasa atau whole meal
- Sedikit hirisan timun, bawang holland dan salad
- Mayonis secukupnya
CARA MEMASAK:
- Keringkan isi ayam yang dah dibersihkan dengan tisu dapur atau toskan.
- Masukkan serbuk lada hitam ke dalam tepung ayam goreng. Gaul rata.
- Celupkan ayam dalam telur dan tepung ayam goreng.
- Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ayam seperti biasa sehingga masak.
- Angkat dan ketepikan.
- Sementara tunggu ayam sejuk sediakan roti, hiris tomato, bawang, salad dan timun.
- Hiris isi ayam tadi bentuk kiub dan gaulkan dengan mayonis.
- Kemudian susunan sandwich megikut citarasa.
3. PUFF BEBOLA AYAM
BAHAN-BAHAN:
- 40 biji bebola ayam
- 20 batang lidi pencucuk
BAHAN UNTUK PUFF PASTRI:
- 125gm tepung tinggi protein
- ½ sudu kecil garam
- 15gm marjerin
- 70gm pastri marjerin
- 65gm air
CARA MASAK:
- Untuk membuat puff pastri; Sebatikan tepung, marjerin dan garam menjadi seakan serbuk roti. Masukkan air dan uli menjadi doh. Rehatkan doh lebih kurang 20 minit.
- Canai pastri marjerin dengan dilapiskan dengan plastik untuk mengelakkan ia melekat pada permukaan meja dan rolling pin.
- Canai doh dan dapatkan bentuk petak. Sejukkan di dalam peti sejuk untuk menstabilkan pastri marjerin supaya tidak terlalu lembut.
- Selepas itu, canai doh yang direhatkan tadi menjadi lebar petak memanjang. Letakkan pastri marjerin di tengah doh. Pastikan pastri marjerin tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut. Kemudian balut/tutup kemas pastri marjerin di dalam doh.
- Canai doh pastri memanjang dan dapatkan bentuk petak supaya senang dilipat. Lipat doh pastri dengan anggaran tiga bahagian sama besar, lipat kiri kanan ke dalam (lipatan tunggal). Dan rehatkan doh di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
- Kemudian canai semula doh pastri membentuk petak memanjang dan lipat lagi sekali dengan mendapatkan empat bahagian sama besar dan lipat menjadi satu bahagian (lipatan buku). Rehatkan di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
- Canai doh pastri memanjang dan dapatkan bentuk petak supaya senang dilipat. Lipat doh pastri dengan anggaran tiga bahagian sama besar, lipat kiri kanan ke dalam (lipatan tunggal). Dan rehatkan doh di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
- Keluarkan doh pastri, canai lebar dan potong memanjang sebesar saiz bebola ayam.
- Balutkan bebola dan potong membulat dan cucukkan pada lidi.
- Goreng di dalam minyak panas hingga perang keemasan dan garing.
- Hidangkan bersama sos dan mayones.
INFO CHEF: Lapiskan cheddar pada puff pastri dan gulung pada bebola ayam untuk memberikan sedikit kelainan. Bebola ayam boleh digantikan dengan sosej ataupun udang.
4. ROTI GULUNG SOSEJ
BAHAN-BAHAN:
- 12 biji sosej koktel
- 6 keping roti putih
- 200gm serbuk roti
- 1 biji telur ayam
- Secubit garam
CARA MEMASAK:
- Roti putih dibuang bahagian tepi kemudian digelek sehingga nipis dan dipotong dua.
- Gulungkan sosej koktel dengan roti yang telah digelek tadi. Sapukan telur di bahagian hujung untuk melekatkan roti tersebut.
- Celupkan gulungan tadi ke dalam telur kemudian ke dalam serbuk roti.
- Goreng sehingga kuning keemasan.
- Sedia untuk dihidangkan bersama sos cili atau mayones.
5. SWEDISH MEARBALL PASTA WITH CHEESE SAUCE
BAHAN-BAHAN:
- 150gm pasta bentuk reben | rebus dan tos
Bahan untuk bebola daging:
- 300gm daging cincang
- 1 cawan serbuk roti
- 1 pokok daun bawang | cincang halus
- 1 biji telur
- Sedikit garam
- Sedikit lada sulah
- Sedikit minyak untuk menggoreng
Bahan Sos Keju:
- 150gm krim keju
- 100 susu segar
- 1 keping keju cheddar
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan bebola daging, campurkan semua bahan kecuali serbuk roti.
- Bentukkan bulat-bulat, kemudian gaulkan dengan serbuk roti dan ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, goreng hingga bebola berwarna keperangan. Angkat dan ketepikan.
- Untuk sediakan sos keju: Campurkan krim keju bersama susu, panaskan di atas api sederhana.
- Kemudian masukkan keju cheddar. Kacau sehingga keju cair. Masukkan sedikit tepung untuk pekatkan sos. Angkat dan ketepikan.
- Sediakan pasta di dalam pinggan, kemudian hiaskan dengan bebola daging di atasnya.
- Akhir sekali tuangkan sos keju di atas hidangan ini.
- Enak dihidangkan panas-panas.
6. POTATO DUMPLINGS
BAHAN-BAHAN:
- 200gm isi ayam | potong dadu kecil
- 1 biji bawang merah | cincang halus
- 1 1/2 cawan kentang lecek
- 1 biji telur ayam
- 1 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- 1/2 sudu teh serbuk lada sulah
- 1/2 sudu teh serbuk buah pala
- 200gm tepung gandum
- Air secukupnya
- Sedikit minyak
CARA MEMASAK:
- Goreng ayam dengan bawang sehingga perang keemasan.
- Campurkan kentang lecek, telur, garam lada hitam, lada sulah, serbuk buah pala dalam mangkuk. Kacau rata.
- Tambahkan tepung dalam adunan dan uli sehingga menjadi doh.
- Bentukkan doh menjadi beberapa bahagian dumpling
- Ambil dumpling yang telah dibentuk, tekan tengah dan masukkan isi ayam sebagai inti.
- sambil itu panaskan air, apabila mendidih masukkan dumpling sehingga masak.
- Angkat, tos dan hidangkan.
7. MUFIN BAYAM BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
- 25gm mentega
- 200ml susu
- 100gm bayam
- 1 2/3 cawan tepung gandum | diayak
- 1 sudu makan serbuk penaik
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh serbuk buah pala
- 1/3 cawan keju parmesan | diparut
- 1 biji telur
- 120gm keju krim
- 8 biji tomato ceri
CARA MEMASAK:
- Panaskan mentega dan susu di dalam periuk. Masukkan bayam dan layurkan.
- Kisarkan campuran bayam dan susu sehingga halus. Biarkan sejuk.
- Di dalam mangkuk besar, ayak tepung gandum, serbuk penaik, soda bikarbonat dan serbuk buah pala. Adun rata.
- Masukkan kisaran bayam, telur, keju parmesan dan krim keju ke dalam bancuhan tepung. Gaul hingga sebati.
- Tuang adunan ke dalam acuan. Letakkan tomato ceri dan bakar dalam ketuhar pada suhu 190C selama 20 minit atau sehingga masak.
- Hidangkan.
Info chef: Bagi memudahkan proses mengadun, krim keju hendaklah dipecah-pecahkan menggunakan tangan kepada ketulan kecil.
8. QUICHE BAYAM BERKRIM
BAHAN-BAHAN A (PASTRI):
- 300gm tepung gandum
- 120gm shortening
- 120gm mentega
- 1 biji telur
- 2 sudu makan air sejuk (berais)
- Sedikit garam
BAHAN-BAHAN INTI:
- 150gm bayam | bersihkan dan celur
- 1 cawan krim masakan
- 1 sudu makan mentega
- 1 labu bawang besar | cincang dadu
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- ½ sudu teh oregano kering
- ½ sudu teh basil kering
- Garam, serbuk lada hitam dan lada sulah secukup rasa
- Parutan keju parmesan/cheddar secukupnya | pilihan
CARA MEMASAK:
- Satukan kesemua bahan A dan uli hingga sebati.
- Simpan doh di dalam peti sejuk selama 30 minit. Ketepikan.
- Sementara itu, buat inti quiche. Panaskan mentega di dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Masukkan bayam celur yang dicincang sedikit, krim masakan dan kacau rata. Tambah oregano, basil, lada hitam, lada sulah dan garam secukup rasa. Tutup api. Ketepikan.
- Keluarkan doh dari peti sejuk. Canaikan doh dan letak doh di dalam acuan tart/pai.
- Tuang inti ke dalam acuan doh dan kemaskan keliling acuan.
- Tabur parutan keju secukupnya jika suka.
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170-180C hingga keperang-perangan.
- Angkat dan sedia dinikmati.
Elakkan Membazir Mee Kuning, Goreng Jadi Muruku
Kalau ada mee kuning dan hampir tamat tempoh, bolehlah cuba resipi paling senang dan sedap ini.
Resipi snek muruku mee kuning yang dikongsikan Ariff Budiman Zainal Abidin ini, hanya menggunakan 3 bahan utama saja. Mudah sangat kan?
SNEK MURUKU MEE KUNING
BAHAN-BAHAN:
Mee kuning
Tepung bestari (terpulang sama ada nak guna perisa spicy atau original) – beli online di sini
Daun kari
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA MEMBUAT:
1. Basuh mee kuning dan toskan hingga kering.
2. Gaul dengan tepung bestari dan panaskan minyak.
3. Goreng mee dan taburkan daun kari.
4. Bila buih yang digoreng kurang, baru angkat dan biar hingga sejuk. Sedap walaupun tak sama macam guna tepung muruku.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Kredit resipi: Ariff Budiman Zainal Abidin
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Hanya Guna 3 Bahan, Nan Gua Bing Sedap Untuk Tahun Baru Cina
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official: