Serbuk Colek memang sedap jika dicicah dengan jambu, mangga, nanas dan sebainya. Pedas-pedas manja, masin dan manis. Memang susah nak berhenti bila dah menjamahnya. Bagi anda yang suka makan Colek Buah, resipi Serbuk Colek perkongsian saudari Mariana Zainal ini boleh dicuba. Sesuai sangat buat stok di rumah. Selamat mencuba!
CARA BUAT SERBUK COLEK SEDAP
BAHAN-BAHAN:
20 tangkai cili kering – beli online disini
Segenggam udang kering (tak nak letak pun boleh tapi kurang rasa. Sebaiknya letak) – beli online disini
3 ketul belacan sebesar ibu jari (nak lebihkan pun boleh) – beli online disini
2 1/2 cawan gula pasir halus
(kalau guna gula pasir kasar kena kisar sekali dengan bahan-bahan lain)
2 sudu kecil garam halus (kurang rasa baru tambah)
CARA MEMASAK:
1. Dengan api sederhana perlahan, sangai (goreng tanpa minyak) cili kering hingga garing kemudian angkat dan biarkan sejuk.
2. Kemudian sangai udang kering dan belacan hingga garing. Biarkan sejuk juga.
3. Kisar cili kering, kering dan belacan guna pengisar kering hingga halus.
4. Dalam satu bekas, satukan gula pasir, bahan kisar dan garam. Gaul rata. Jika kurang garam boleh tambah.
5. Serbuk Colek sedia untuk dinikmati bersama buah potong.
Ni snek tradisional yang min cukup suka makan sejak zaman kanak-kanak lagi. Kalau kita berjalan-jalan ke Melaka banyak dijual digerai-gerai tepi jalan. Ada juga yang memanggilnya Rengginang atau Ginang.
Foto :bahuluberintinaz.blogspot.com
Bahan asasnya beras pulut campur air, garam pewarna (jika suka) dan campurkan sedikit kapur yang sudah dicampurkan dengan sedikit air (kacau larut). Bahan-bahan murah aje tapi buatnya agak renyah juga, tetapi berbaloi-baloi usahanya, krap…krup..perrghh sedap kudapan ni..
INANG-INANG
Foto : deskgram.net
BAHAN-BAHAN :
1 kg beras pulut
Lebih kurang 6 cawan air / separa dgn pulut
Garam secukup rasa
Pewarna kuning, hijau dan merah | biru pun boleh
Sedikit kapur yg dicampur dengan sedikit air
Cara menyediakan dan memasak:
Rendam pulut dengan air, kira-kira satu jam. Basuh pulut dan toskan air. Masukkan dlm loyang, letak air paras pulut jer. Gaul dgn sedikit garam. Kukus hingga pulut masak.
Bahagikan pulut kepada 3 bahagian. Setiap bahagian titiskan dengan pewarna. Jangan banyak sikit jer. Gaul pulut ngan pewarna tu biar sekata.
Letak pulut atas dulang atau loyang besar. Tekan pulut dan ratakan nipis-nipis.
Sebelum tu basahkan sikit tangan dengan air air kapur. Terap pulut bulat-bulat. Susun dalam dulang dan jemur sampai betul-betul kering.
Foto : westernfood.yolesite.com
5. Kalau cuaca panas, jemur 2 hari okay dah.
6. Bolehlah digoreng buat makan sambil menonton tv.
Nota : Goreng dengan minyak penuh dengan nyalaan api sederhana biar kembang rata. Bila minyak dah panas sungguh boleh aje goreng dengan api kecil.
Menu tauhu begedil pernah viral dan menjadi kegilaan suatu ketika dulu. Sehingga sekarang pun, ramai orang yang masih sukakan tauhu begedil dan menjadi punca rezeki untuk jualan.
Menerusi resipi yang dikongsi Nuryusra Ibrahim Kutty ini, cara buat tauhu begedil paling mudah, sedap dan tak guna banyak kos.
Sangat berbaloi dicuba dan resipi ni boleh guna untuk niaga.
1. Tumis bawang bersama isi ayam. Dah masak, asingkan ayam dan toskan minyak 2. Gorengkan kentang. Kemudian, kisar kentang bersama ayam tadi.
3. Masukkan bawang goreng, daun sup, serbuk lada putih, lada hitam, kiub ayam, garam dan gaulkan bersama kentang dan ayam yang telah dikisar.
4. Tauhu kering dipotong X tapi jangan sampai terputus. Kemudian, sumbat kentang dalam tauhu. 5. Pecahkan telur dan kacau. Gaulkan telur dengan tauhu yang telah disumbat dan goreng hingga telur agak garing.
1. Goreng semua bahan kecuali gula, kicap pekat dan kicap manis, garam dengan sedikit minyak hingga layu. Kemudian toskan minyak dan kisar. 2. Kemudian, masukkan gula, kicap pekat, kicap manis dan garam. Gaul hingga sebati. Sedia untuk dihidang.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.